Tuesday, April 29, 2008

BANG MAT DI KG LONDANG

Salam semua..
semua diminta menghebahkan ceramah PAS di Kg Londang pada 30 april ini jam 9.00 malam..

sebagai renungan hayati gambar personaliti ini sebelum dan selepas menerima cahaya kebenaran





.

Thursday, April 24, 2008

JANGAN GELOJOH DSAI

Adalah cukup tidak seronok dengan kenyataan DSAI mengenai perubahan tampuk pemerintahan yang bakal berlaku pada september ini. Kenyataan beliau ini seolah-olah seperti seorang yang gelojah bagi merampas kerusi PM malaysia ke6.

Biarlah betul-betul ada dikalangan ahli parlimen BN yang menyeberang baru la kenyataan seumpama ini dikeluarkan. Pakatan Rakyat seharusnya menumpukan usaha memantapkan hubungan antara rakan dan negeri yang sedang diperintah. Rakyat masih lagi menunggu kerangka pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat tentang apa yang ingin kita bawa kepada kemajuan negeri-negeri ini.

Kepada DSAI usahlah bercakap soal ini kerana banyak hal yang lebih berfaedah untuk rakyat harus difikirkan.

Wednesday, April 23, 2008

Projek 2008


Assalamualaikum semua..

Pas Kg Pulau bercadang ingin membuat T-shirt bagi kegunaan aktiviti parti. Maka dengan itu segala sumbangan amat diperlukan bagi menjayakan projek ini.

Segala cadangan dan sumbangan bolehlah diemailkan kepada mhdeli@gmail.com untuk pengetahuan lanjut.

MENCARI KEMENANGAN YANG DIREDHAI ALLAH




Penulis yang turut sama didalam perhimpunan rakyat di Stadium Melawati sebulan lalu cukup terharu dan tersentak dengan kehadiran lautan manusia yang sujud dan berdoa agar kerajaan yang dibina mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti.
Pesuruhjaya PAS Dr Hasan Ali selaku exco kerajaan negeri telah berkata apa erti kemenangan yang diraih jika perintah Allah dipinggirkan. Oleh yang demikian petugas dan ahli Pas diseluruh Negara tingkatkan taqarrub kita kepada Allah dan bantulah kerajaan Pakatan Rakyat yang baru dibina.
Mesej ini cukup jelas meminta kita mengandakan usaha kita dan dekatkan diri dengan Allah agar perjuangan kita sentiasa mendapat petunjuk Islam yang hakiki. Petugas dan ahli Pas perlu rajin ke Masjid dan Surau, menyertai Usrah dan bersedia menjadi sukarela Islam.
Aktiviti masyarakat perlu disertai dan memujuk masyarakat kembali kepada Islam sebenar.
Tidak salah jika kita memberi idea dan tenaga kepada aktiviti masjid walaupun ianya dipimpin JKKK UMNO. Bagi Pas mencari keredhaan Allah mengatasi segala-galanya.


Oleh yang demikian saya merayu kepada semua pemuda petugas dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya ahli PAS dekatkan diri dengan aktiviti parti dan kemasyarakatan agar imej Islam terpancar dalam jiwa penduduk setempat.
Tinggalkan kerja-kerja kurang berfaedah yang bakal mendatangkan fitnah kepada Pas dan gerakan Islam secara umumnya. Insyaallah dengan berkat doa dan kerja kuat bermula dari sekarang, Melaka bakal mengukir sejarah bagi Pas.

Tuesday, April 22, 2008

Menuntut Pembaharuan Kampung.

Pengerusi JKKK Kg Pulau
Ketua Sidang Kg Pulau
Pengerusi Masjid Al-Razak Kg Pulau
Ketua UMNO Caw.Kg Pulau
Ketua Pemuda UMNO Caw. Kg Pulau

Melalui dan salinan kepada

YB AB Karim bin Hj Sulaiman
ADUN Tg BidaraMasjid Tanah Melaka Tarikh: 20hb April 2008

Saya ingin menarik perhatian semua pihak yang berkepentingan di dalam Kampung Pulau ini agar sama-sama membangunkan anak bangsa kita sendiri dengan mengenepikan fahaman politik semata-mata.

Anak belia sangat dahagakan satu bentuk program yang dapat memandu mereka kepada sebuah kehidupan yang sihat dan berilmu. Atas kesedaran itu saya suka mencadangkan program-program berbentuk berikut:-

a) Riadah Belia – Tiadanya aktiviti riadah menyebabkan belia mudah terpengaruh dengan budaya dan amalan kurang sihat, untuk itu JKKK disaran dapat memperbaiki dan menaik taraf padang sepak takraw dan bola tampar supaya dapat digunakan pada waktu siang dan mahupun malam.

b) Kelas Fardu Ain - Meminta pihak Masjid menyediakan program tertentu dengan menyediakan tenaga pengajar muda yang dapat menarik minat belia. Selain itu, seharusnya Jawatankuasa Masjid perlu ada rancangan bagi menyediakan pelapis pegawai syarak bagi masa hadapan di kalangan anak qariah sendiri. Mungkin boleh diambil dikalangan pesara untuk dibentuk sebagai pelapis pegawai syarak.


c) Badan Belia - Meminta pemuda berada didalam sebuah badan yang bersifat mesra penduduk tanpa mengira ideologi politik. Ini bertujuan dapat membantu kerja-kerja amal bila diperlukan oleh anak qariah contohnya majlis walimah atau berlakunya kematian

d) Kelas Tuisyen- Kita mempunyai kepakaran yang banyak , dengan mengumpulkan semua guru-guru dan bekas guru dari anak kampong kita ini, kita mampu mengadakan kelas tambahan/ tuisyen untuk anak kampong. Tidakkah mahu kita melihat anak kampong kita ini cemerlang dalam pelajaran? Mungkin YB boleh turut sama membantu dalam hal ini.

Oleh itu saya mengharapkan , cadangan saya ini diterima pakai oleh semua pihak baik dari yang berwajib mahupun yang berpengaruh di dalam kampong kita ini. Kita amat mengharapkan cadangan ini dapat dicernakan dengan jayanya bagi kebaikan bersama.

Kami dipihak PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) cawangan ini sentiasa bersifat terbuka dan sentiasa membantu pihak JKKK dan Masjid dalam menjayakan niat ini.

Yang benar;

KHAIRUL SALLEH BIN ABU BAKAR
Setiausaha Kerja PAS
Kg Pulau Masjid Tanah Melaka.