Tuesday, December 1, 2009

BTN- Rombak walaupun tak punya masalah.

TPM kata BTN takde masalah dan ianya perlu dikekalkan bagi membentuk sikap nasionalisme negara. Dengan bongkaknya TPM sembab ini mempelawa Lim Kit Siang agar menjadi peserta BTN. Namun nada yang berlainan pula muncul dari mulut ahli kabinet BN Dato Nazri Aziz, yang mana kabinet telah bersetuju untuk merombak BTN untuk kesesuaian semasa.

mana satu yang betul? Apa perlu dirombak jika ianya jelas tidak mempunyai masalah? Atau Muhyiddin dah mula nyanyok sekarang?...sekian.

Thursday, November 19, 2009

KOTA SEPUTEH- MASIH ADA HAKIM YG BERANI

Aku nak jugak ucap tahniah kat Hakim 'Yang Arif' Apandi Ali. Pasainya dia berani melawan 'tokey'. Bukan senang nak jumpak hakim yang macam ni kat Malaysia sekarang ni. Ingatkan bila dah tukar hakim, kompom kes Adun Kota Seputeh ni Umno menang macam yang aku tulis sebelum ni, rupanya speaker Kedah yang menang. Memang berani la hakim ni.

Sebelum ni masa kes MB Perak, Hj Nizar di Mahkamah Persekutuan, ada jugak sorang hakim yang berani. Walaupun Umno dah bagi 'skema jawapan' untuk kes tu tapi hakim tu bagi jawapan lain. Dia berani iktiraf Hj Nizar sebagai MByang sah.

Tapi tak lama la status tu. Hakim Mahkamah Persekutuan begitu 'effision' sekali dalam nak wala' kepada Umno, takdan pun Hj Nzar Nak buat apa-apa, esoknya mahkamah dah bersidang yang akhirnya menafikan keabsahan Hj Nizar dan kemudian mengesahkan pulak Dr. Zambry sebagai MB 'mahkamah' Perak.


Status MB Perak la ni masih dalam fasa menunggu tah bila hakim-hakim mahkamah rayuan yang 5 orang tu nak buat keputusan. Walaupun semua penghujahan dari kedua-dua belah pihak dah habih tapi mahkamah tetap jugak nak tangguh. Tangguh untuk buat keputusan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan. Mungkin lepas Dun Perak dibubarkan la kut baru depa terhegeh-hegeh nak buat keputusan.


Kali ni pulak baru sekali lagi kita jumpak sorang hakim yang berani. Walaupun Muhyiddin dah bagi terang-terang 'skema jawapan' hakim tu tetap buat jawapan sendiri yang berlawanan dengan 'skema jawapan' yang Muhyiddin bagi.


Untuk para penggila Pilihanraya Kecik. Aku mintak bawak-bawak bertenang, bawak-bawak bersabar. Belum tentu lagi akan ada PRK kat Kota Seputih. Walaupun hakim tu dah buat keputusan arahkan SPR untuk buat PRK tapi "mahkamah menetapkan Jumaat untuk mendengar permohonan formal untuk menangguhkan keputusan mahkamah."

Apa maksud menangguhkan keputusan mahkamah?Aku mana tau. Masa 'kuliah di Universiti Politik Terbuka Perak' dulu aku cuma ambik kursus jangka pendek. Aku tak ambik bab undang-undang. Kalau bab undang-undang ni Cyberboron yang pakar. Tu pun mungkin cuma 'pakar' bab undang-undang negeri Perak ja la kut.


Aku yakin lepas ni keputusan tu akan dicabar pulak di mahkamah yang lebih tinggi. Apa-apa pun kena tunggu hari Jumaat ni dulu apa cerita pulak. Mungkinkah hakim akan ditukar sekali lagi?

Thursday, November 5, 2009

AUDIT NEGARA- KRJAAN MELAKA BAYAR PADA ORANG MATI

MAYAT PUN DAPAT DUIT?.....

4.5.2 Penerima Bantuan Yang Telah Pun Meninggal Dunia
Pemberian bantuan hendaklah diberikan kepada penerima yang masih hidup dan menepati isyarat kelayakan. Senarai penerima bantuan orang tua dan bantuan am berumur 70 tahun dan ke atas yang dibayar melalui bank bagi bulan Jun 2008 telah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran Negeri Melaka, bagi mengesan status sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Hasil pengesanan terhadap senarai tersebut menunjukkan lima penerima telah meninggal dunia.
Semakan Audit mendapati sejumlah RM12,720 telah dibayar kepada penama terlibat
melalui akaun bank mereka walaupun status penerima bantuan telah meninggal dunia.

SILA BACA DLM INI: http://adlyzahari.blogspot.com/

Monday, October 26, 2009

PAS SUDAH PECAH ?



Cadangan Tn Guru Nik Aziz untuk mengadakan EGM telah membuat akhbar lalat milik BN bercempera keseronokan. Dengan liputan utama disemua akhbar sambil melebelkan "pas sudah pecah".

Hakikatnya semua andaian itu adalah salah samasekali. Apapun pujian harus diberikan kepada seluruh pimpinan Pas terutamanya Tn Guru kerana mengambil respon dengan hujah dan pandangan ahli akademik berkaliber Dr Aziz Bari.

Ini berbeza dengan UMNO (parti Pak Malau) yang mengambil sikap "denial" menafikan atau mengelak bilamana UMNO mendapat kritikan dari ahli akademik terkemuka. Apa sikap UMNO bila dikritik Tan Sri A samad Said, malahan Tun Mahathir sendiri mengkritik tetap tidak diambil peduli oleh group Pak Malau ini.

Monday, October 12, 2009

Tiada Kekalahan dalam perjuangan Islam.


Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Tuesday, October 6, 2009

LUAHAN HATI BAPA ALTANTUYA.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia. Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.

Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini. Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.

Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu. ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Terima kasih.
Yang ikhlas, daripada seorang warga Mongolia yang anak perempuannya dibunuh oleh polis di Malaysia: Dr Shaariibuu Setev.

Sumber : http://merdekareview.com/bm/index.php

Tuesday, September 29, 2009

ISA JUGAK .....YANG BN DIPILIH.




Sep 29, 09 4:09pm
Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.


Malaysiakini

Ambik kat hang Mahadet!! Najib pun tak mau dengar cakap hang dah.. dulu sebelum dia jadi PM boleh la, sekarang dia dah berkuasa.. lu siapa?

Dah tak laku dah kata-kata hang tu..Duduk rumah la.. jaga cucu lagi baik, petang-petang boleh jugak pergi ke Masjid..

Friday, August 28, 2009

BN- Retak Menanti Belah





Satu tamparan lagi ke muka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Mohd Yassin yang menyatakan Pakatan Rakyat retak menanti belah. Selepas MCA, parti kedua terbesar BN mengalami krisis yang parah ekoran isu PKFZ dan Chua Soi Lek yang dipecat, kini MIC, parti ketiga terbesar di dalam BN pula hadapai krisis yang parah.

Apa yang berlaku di dalam MCA dan MIC menunjukkan BN sebagai parti yang retak menanti belah, dan UMNO kini terkai-kapai sendirian. Itu akibat dari kecelupran Muhyiddin yang menuduh parti orang lain retak menanti belah, sedangkan BNlah kini yang menghadapi masalah itu.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, beliau telah memutuskan hubungan dengan anak didiknya, Datuk S Sothinathan yang akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti itu pada 12 September ini.

"Saya tidak akan menerima beliau kerana beliau telah membelakangkan hasrat saya (dengan bertanding jawatan nombor dua)," katanya yang sekaligus menamatkan spekulasi beliau kemungkinan akan menerima Sothinathan selepas pemilihan parti.

"Saya tidak pernah mengiktiraf atau menyokong beliau. Saya meminta beliau supaya menyokong penyandang jawatan timbalan presiden Datuk G Palanivel, tapi beliau tidak dengar cakap saya," katanya.

Samy Vellu berkata, Sothinathan telah mengelirukan perwakilan dengan memberitahu cerita yang berlainan kepada orang yang berlainan bagi meraih undi.

"Saya yang membawa beliau ke dalam parti ketika beliau hanyalah kakitangan Koperasi Pekerja Jaya.

"Beliau telah lupa dan sekarang, apabila beliau berjumpa dengan orang-orang yang tidak menyukai saya, beliau memberitahu mereka supaya mengelak daripada saya.

"Tapi apabila beliau bertemu dengan penyokong saya, beliau memberitahu mereka yang saya seperti bapanya dan oleh itu, mereka (penyokong saya) perlu mengundi beliau," katanya.

Sothinathan, 49, penyandang jawatan naib presiden akan mencabar Palanivel dan bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden.

Samy Vellu, yang mengiktiraf Palanivel untuk terus memegang jawatan itu berkata, politik bukan satu permainan.

"Tidak ada ruang untuk orang yang tidak serius dan memandang mudah ahli-ahli yang lain," katanya.

Samy Vellu berkata, beliau adalah orang yang melantik Sothinathan sebagai setiausaha agung parti yang membolehkannya berhubung rapat dengan perwakilan dan pengerusi cawangan.

"Saya tidak harap beliau (Sothinathan) menghargai tetapi saya tidak mahu beliau memperdaya perwakilan dan ahli-ahli parti dengan mempercayai yang beliau adalah orang Samy Vellu.

"Beliau adalah beliau yang sekarang kerana saya. Tanpa saya, beliau tidak akan menjadi Ahli Parlimen Teluk Kemang, seorang Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.

"Beliau menjadi seseorang hari ini kerana saya dan hari ini, beliau menggunakannya (kedudukan) untuk mencemarkan nama dan kerja-kerja yang saya lakukan untuk parti," katanya.

Samy Vellu berkata, beliau mahu membina ahli-ahli pasukan dalam MIC namun Sothinathan ingin menjadi bekerja sendirian.

"Apa yang saya tahu, apabila orang yang saya didik menipu saya, saya akan menyingkirkannya dari fikiran saya dan ramai ahli-ahli MIC dan pengerusi cawangan tahu tentang ini," katanya.

Wednesday, August 26, 2009

HANTU GIGI...



khairi berkata ada pengundi hantu di pmtg pasir, aku puas mencari mana satu hantu yang dikatakan itu..akhirnya aku jumpa seorang yang bergelar hantu gigi.

PMTG PASIR- PAS KALAH KAT UNDI POS JE...

Peti undi  PAS  BN MAJORITI

Samagagah  1397  594  803

Pmtg Ara  1397  1075  322

Pmtg Pauh  875  354  521

Bkt.Inder 1302 862 440

Kg Pelet  738 546 192

Kubang Se 773 275 498

Tanah Lia  971  500  471

Cross Str 938 300 638

Pmtg Teng 1225 555 570

Undi Pos  2 6 4

Saturday, August 22, 2009

PANTUN KHAS UNTUK UMNO

Bila rakyat menentang UMNO,
Rakyat dituduh anti-Melayu.
Macamlah PKR, PAS dan DAP
Tiada seorang pun Melayu?

Bila rakyat menentang krisis Perak,
Rakyat dituduh tak patuh istana.
Macamlah rakyat tak tahu UMNO,
Perkosakan istana dan mahkamah?

Bila rakyat menentang Ketuanan Melayu,
Rakyat dituduh pro-bukan Melayu.
Macamlah Ketuanan Melayu,
Menjamin hak orang-orang Malaysia.

Bila rakyat menentang rasuah,
Rakyat dituduh tak kenang budi.
Macamlah rasuah itu
Cara manusia berbudi?

Bila rakyat menentang ISA,
Rakyat dituduh ancam keselamatan negara.
Macamlah di Malaysia
Tak ada mahkamah untuk dibicara?

Bila rakyat menentang kenaikan harga minyak,
Rakyat dipaksa ubah gaya hidup.
Macamlah menteri bayar duit minyak
Bila naik kereta import?

Bila rakyat menentang kenaikan tol,
Rakyat dipaksa menaiki bas.
Macamlah menteri sudi nak berulang-alik
Dengan menaiki bas?

Bila rakyat menentang berleluasanya jenayah,
Rakyat dituduh tidak bekerjasama.
Macamlah rakyat tak tahu
Polis kawan dengan penjenayah.

Bila rakyat menentang PPSMI,
Rakyat dituduh tolak kemajuan.
Macamlah orang Jepun dan Jerman
Guna Bahasa Inggeris untuk kemajuan?

Bila rakyat menentang Mahathir,
Rakyat dituduh sebagai pro-Anwar.
Macamlah dalam UMNO
Tiada golongan anti-Mahathir?

Bila rakyat menentang tiadanya gaji minima,
Rakyat dituduh boros berbelanja.
Macamlah rakyat tak tahu
Rumah pak menteri besar mana?

Bila rakyat menentang berleluasanya arak,
Rakyat dituduh pro-PAS.
Macamlah rakyat tak tahu
Sesetengah pak menteri dan kerabat kaki arak?

Bila rakyat menentang kezaliman di Gaza,
Rakyat dizalimi dengan ISA di Malaysia.
Macamlah baik sangat Mahathir sua tetek di Gaza,
Di Malaysia dia sua asid sama arsenik.

Monday, August 17, 2009

PAS LWN BN(umnoNGOK)




Pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir akan menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman. Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Salleh Man dan calon BN, Rohaizat Othman menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Bukit Mertajam.

Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya. Pegawai SPR Roslan Yahya berkata sebanyak 15 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 2 0gos nanti.

Salleh tiba seawal 8.35 pagi dengan diiring Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Md Isa, Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim serta pemimpin akar umbi Md Sabu. Beliau diarak lebih 1,000 orang sejauh 400 meter ke pusat penamaan calon.

Manakala Rohaizat tiba tidak lama kemudian dengan 400 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi.Tidak ketinggalan juga kelihatan MB Halam Perak Dr Zambry Kader.


Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang bertanding di Bukit Gantang, Penanti juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi Adun di Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terakhir ekoran tersesat jalan lalu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas akibat diserang sakit jantung.

SPR menetapkan Tarikh pengundian pada 25 Ogos ini,Tarikh teropong anak bulan puasa pagi tadi dah di IKBN Permatang Pauh...Bulan Penuh!

Thursday, August 13, 2009

UMNOOO SEDANG MENCARUT...



ALAHAI UMNOO..APSAL MARAH SANGAT SAMPAI MENCARUT..KAN TAK ELOK...INILAH DIA BUDAYA MELAYU DLM UMNO...HASIL LAMA SANGAT DITAMPOK KUASA.

DULU WAKTU KITA MARAHKAN BRITISH PUN TAK SAMPAI MENCARUT..

Monday, August 10, 2009

Berhala Najib di Batu Caves....apa komen Harussani?



Dulu masa penyokong bukan "MeLAYU" Pakatan Rakyat Naikkan 'Replika DSAI"... habis semua kecoh termasuk tok-tok alim UMNO? Sekarang apa macam mana!!!!! Puaka Najib

Monday, August 3, 2009

DEMO ISA- TUN M SUDAH LUPA




TUN M kata demonstrasi bukan budaya melayu...gambar diatas bukan melayu ke?...sebab merekalah British memilih berlembut dengan kita. Jadi apa beza dengan gambar baju merah tu..

Monday, July 27, 2009

MANA FATWA HARUSSANI?



mana fatwa tok mufti bilamana chip 1Malaysia bersama "puaka" nya sedang menyalakan apa untuk agama hindu? Tetapi pantas memberi komen bila Ds Nizar memegang lilin.

Harus-harus...dan diharuskan kot.

Friday, June 26, 2009

Thursday, June 18, 2009

AKU JUMPE DARI YOUTUBE....LAYAR LA SENDIRI

http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA&feature=player_embedded

Tuesday, June 16, 2009

NIZAR TUNAI JANJI




Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap MB Perak pilihan rakyat, YAB Ir Nizar Jamaludin hari ini telah mencatat sejarah mengangkat sumpah di Parlimen sebagai Ahli Parlimen. Sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada rakyat Perak bahawa nasib rakyat Perak akan terus diperjuangkan di Parlimen sebaik sahaja beliau menjejakkan kakinya di Parlimen terlaksana sudah. Setelah beliau mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen, YAB Nizar seterusnya melaksanakan sumpahnya kepada rakyat Perak iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat Perak iaitu pembubaran Dun Perak.

Tanpa membuang masa, tanpa mengira risiko yang bakal menimpanya, YAB Nizar terus melaungkan `Bubar Dun, Hidup Rakyat' di Parlimen serta diikuti oleh semua MP dari PR. Kini, suara lantang tokoh muda dari Pas itu akan menjadi teman buat DS Anwar di barisan hadapan yang pastinya akan `mengecutkan' perut MP dari Umno/Bn. Akhirnya, seperti biasa kuasa yang ada pada Speaker digunakan untuk menyelamatkan maruah Umno/Bn di dalam Parlimen. Bersuara `Bubar Dun dan Hidup Rakyat' kini lebih bahaya atau dikira kurang baik dari bersuara mencarut, lucah dan sebagainya. Itulah Parlimen Malaysia yang juga melahirkan spesis yang sama di Dun Perak.

Ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menganggap mereka yang bersuara serta memakai tanda `Bubar Dun' sebagai mereka yang `putus wayar' adalah satu ulasan yang dikira sebagai kehabisan modal untuk berhujah. Nazri Aziz dikenali sebagai `tukang kipas' paling hebat di era mana-mana PM pun. Dahulu, Tun Mahathir adalah mangsa kipas beliau hinggakan tidak kering tangan Tun dikucup oleh menteri yang tidak bijak ini. Apabila Tun tidak lagi memegang kuasa, beliau `meludah' Tun kemudiannya mengipas pula Pak Lah. Kini, Pak Lah pun hilang kuasanya, Nazri kini mencari sasaran baru untuk terus dikipas demi mengisi perutnya. Sebab itulah tidak hairan jika Tun kini baru sedar bahawa Nazri itu siapa dan Tun sendiri secara berterus terang bahawa beliau tidak senang dengan kehadiran orang yang pernah mengucup tangannya itu berada di dalam kabinet Najib.

Walau apa pun tindakan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap YAB Nizar serta rakan-rakan dari PR, yang penting mesej dari YAB Nizar telah disuarakan sebagaimana janji dan sumpah beliau kepada rakyat Perak. Apakah kita melihat tragedi yang berlaku di dalam Parlimen memberi isyarat bahawa rundingan, pakatan atau perbincangan tentang `Kerajaan Perpaduan' yang dicetuskan sekarang boleh dianggap FULL STOP? Biarlah pemimpin Pas yang menjawabnya.

Monday, June 15, 2009

AMENDE KERAJAAN PERPADUAN NI?

bagi semua pendokong dan penyokong PAS dan PR diharap bertenang dan tidak mengikut rentak akhbar perdana yang memainkan isu kerajaan perpaduan. Kita yakin dengan langkah yang bakal diambil pimpinan PAS dan PR dalam selesaikan isu dan kemelut ini.

sekian

Sunday, May 31, 2009

MENANG LAGI DAHHHHH




SUASANA SAMBUTAN RAKYAT BILA PR DIISTIHARKAN MENANG....

Thursday, May 14, 2009

Zambry Berkata - Rakyat Menjawab

cyberboron, Wednesday, May 13, 2009
Kata Zambry :

Seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan ringkas akhbar, saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran yang terbuka, tanpa mempersoalkan keputusan itu.

Keputusan itu membuktikan mahkamah adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan, dan sekali gus menolak persepsi yang diada-adakan oleh Pakatan Pembangkang.

Bagaimanapun saya dan rakan-rakan akan meneruskan perjuangan kami menegakkan keadilan dan membela rakyat. Ini adalah tradisi dan intipati perjuangan Barisan Nasional.

Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
Rakyat menjawab :

Baguslah kalau sungguh Zambry boleh terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan tidak mempersoalkannya. Baguslah kalau semua mahkamah mahu berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab perundangan.

Tulus dan mulus bunyinya kenyataan Zambry. Tetapi hanya rakyat yang UMNO totok dan rendah IQ sahaja sedia menelan kata-kata Zambry itu.

Persepsi rakyat terhadap UMNO dan terhadap mahkamah bukannya datang tak semena-mena dalam mimpi. Rakyat melihat dan melalui sendiri pengalaman penyalahgunaan institusi kehakiman oleh UMNO sejak puluhan tahun. Bukan hanya satu dua kes tetapi sudah ratusan kes. Rakyat tak sebodoh Zambry yang menyangka orang ramai telah lupa kes pemecatan Tun Salleh Abas, kes DS Anwar Ibrahim dan kelakuan jijik Peguam Negara dari zaman Mokhtar Abdullah hingga ke zaman Ghani Patail. Rakyat tak lupa video Linggam correct correct correct yang membuktikan perogolan institusi kehakiman dalam hal perlantikan hakim. Rakyat tidak buta atau pekak terhadap kes Musa Hasan yang dikuasai oleh mafia penjenayah Malaysia. Akhirnya Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman yang jadi mangsa.

Persepsi rakyat terhadap UMNO dan mahkamah bukan setakat persepsi tetapi realiti. Zambry boleh terus dendangkan irama sumbang itu untuk menipu rakyat. Rakyat yang dungu akan masuk perangkap Zambry. Biarlah semua yang dungu itu menyokong UMNO. PR tak rugi apa-apa.

Rakyat yang dungu boleh menerima kewajaran permohonan Zambry di Mahkamah Rayuan diterima, dibicarakan dan diputuskan dalam masa hanya dua jam. Rakyat yang dungu boleh terima kewajaran permohonan DS Nizar di Mahkamah Rayuan hari ini (13 Mei) hanya akan dibicarakan 5 hari kemudian (18 Mei). Permohonan Zambry dibicarakan dan diputuskan on the spot. Sebaliknya mahkamah berdolak-dalik beberapa jam sebelum menerima urusan memfailkan permohonan DS Nizar. Selepas diterima, tarikh perbicaraan ditetapkan 5 hari kemudian. Tak boleh pula dibicarakan on the spot macam permohonan Zambry.

Ini bukan persepsi tetapi realiti. Zambry sama saja dengan pemimpin UMNO sepanjang zaman. Penipu dan penjenayah. Perampas hak rakyat. Pencabul keadilan.

Zambry memang muka tak malu kerana cuba mengaitkan nilai perjuangannya (dan perjuangan UMNO) dengan Mandela dan Ghandi. Tokoh kemerdekaan Afrika Selatan dan India itu adalah pejuang tulen. Mereka menentang penjajah. Mereka menentang ketidakadilan sistem apartheid dan sistem kasta.

UMNO adalah penjenayah apartheid dan kasta versi Malaysia. ISA, OSA, AUKU, Akta Hasutan, Akta Polis dan Akta Mesin Cetak merupakan roh sistem apartheid dan sistem kasta.

UMNO boleh berhimpun di mana saja. PR tak boleh. UMNO boleh kata apa saja. PR tak boleh. Silap sikit polis akan tangkap dan dakwa di bawah Akta Hasutan. UMNO boleh terbitkan apa saja. PR tak boleh. UMNO boleh guna semua jentera dan premis kerajaan ketika pilihanraya. PR tak boleh.

Apa bezanya sistem apartheid dan sistem kasta dengan sistem pemerintahan Malaysia di tangan UMNO? Saling tak tumpah, seia sekata. Kalau Mandela dan Ghandi ada di depan Zambry, pasti basah muka Zambry diludah oleh dua tokoh pejuang keadilan dunia itu.

Wednesday, May 6, 2009

Tuesday, April 28, 2009

TENGOK SAMPAI HABIS

MENJELANG SIDANG DUN 7 MEI

Sebelas hari menjelang sidang DUN Perak beberapa peristiwa panas dan ganas akan mengambil tempat dalam catatan sejarah. UMNO akan lakukan apa saja untuk mempertahankan kuasa yang dirampas dua bulan lalu. Pakatan Rakyat juga akan bertarung habis-habisan untuk menyekat kemelampauan UMNO-BN.

Hee Yit Foong kini menjalani sessi kaunseling dan motivasi khas untuk berperanan sebaik mungkin mengendalikan sidang DUN 7 Mei. Exco Kanan (haram) kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengasuh Hee sedang berusaha meyakinkan Timbalan Speaker itu. Hee masih serba salah, tetapi exco kanan itu gigih berusaha. Selepas tampil bersama Jamaludin dan Osman mengisytiharkan keluar parti pada 4 Februari lalu, Hee berjaya dinasihati oleh exco itu agar tetap pendirian.

Kalau Hee Yit Foong mengendalikan sidang DUN, kemana perginya Sivakumar ketika sidang itu nanti? Pokoknya, Sivakumar mesti tidak hadir. Soal bagaimana memastikan ketidakhadiran Sivakumar sedang dipertimbangkan semasak-masaknya oleh kerajaan rampasan kuasa.

Pilihan pertama ialah menangkap Sivakumar. Setakat ini ada banyak laporan polis telah dibuat terhadapnya. Dia boleh ditangkap bila-bila masa dan ditahan reman selama seminggu. Kalau dia ditahan antara tarikh 1 hingga 6 Mei, sidang DUN pada 7 Mei akan dikendalikan oleh Hee secara sah. Sebaik saja sidang bermula, UMNO boleh mengusulkan pemecatan Sivakumar dan mencadangkan Hee atau Nasarudin sebagai Speaker baru. Usul itu akan menang dengan 29 menyokong dan 27 menentang.

Pilihan kedua ialah memujuk Sivakumar seperti pujuk-tawar-ugut yang dibuat terhadap 4 pelompat sedia ada. UMNO tak perlu bimbangkan apa-apa risiko undang-undang kerana semua jabatan/agensi/suruhanjaya penguatkuasaan undang-undang telah menyembah taat setia.

Pilihan ketiga ialah menghilangkan Sivakumar seperti di awal kes 3 pelompat daripada PR menjelang rampasan kuasa tempohari. Pilihan keempat ialah menguzurkan Sivakumar dengan cara menghilangkan upaya fizikalnya untuk hadir ke sidang DUN. Kalau Sivakumar sakit teruk atau cedera teruk pada saat-saat akhir menjelang 7 Mei, sudah tentu dia tak dapat menghadiri sidang.

Namun begitu UMNO masih mengkaji secara serius kesan tindakan yang akan dibuat itu. Setakat ini belum terjumpa kaedah yang meyakinkan untuk mempositifkan persepsi rakyat akibat langkah meng'ghaib'kan Speaker itu. Sama ada jangka pendek atau jangka panjang, kelihatannya UMNO tetap rugi. Penyokong PR akan semakin marah dan benci. Sebahagian pengundi atas pagar akan beralih simpati kepada PR. Begitulah report yang dikemukakan oleh sekelian mata dan telinga UMNO di seluruh pelosok negara.

Tapi UMNO tak ada banyak pilihan. Kalau Sivakumar mengendalikan Sidang, UMNO akan berdepan dengan bermacam-macam risiko. PR ada ruang yang cukup luas untuk menguasai sidang. Tiga pelompat yang asal boleh diusir dari dewan. Tujuh pesalah gantung boleh dihalau oleh Speaker dengan alasan yang lain pula. Yang tinggal hanya 21 ADUN BN berbanding 27 ADUN PR (tak termasuk Speaker). Ketika itu kalau nak bubarkan DUN, Pakatan Rakyat boleh mengusulkannya. Kalau nak sabitkan mana-mana ADUN BN atas apa-apa kesalahan lalu dihukum gantung macam Gobind Singh, PR boleh melakukannya. Jawabnya lingkup bahanalah UMNO.

Oleh itu by hook or by crook Sivakumar mesti tiada dalam sidang DUN 7 Mei.

Wednesday, April 8, 2009

Alhamdulilah - PR Kekal diatas Bukit


satu perkara yang cukup menarik dalam kempen adalah banner ini

Friday, April 3, 2009

Monday, March 30, 2009

Tuesday, March 24, 2009

Nizar Calon Kita...

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu

Wednesday, March 18, 2009

SPM 20A.





Tahniah kepada student ni.Membuktikan pelajar susah pun mampu berjaya.Inilah rumah pelajar terbaik SPM 2008.

Anak kepada seorang nelayan yang bapanya menyewa rumah ini dengan bayaran RM90 sebulan.

Terlalu ramai keluarga Malaysia yang terpaksa hidup sebegini tanpa ada bantuan.Ini adalah basic needs kepada sesebuah keluarga,sebijik rumah.Bukannya bapa dia orang Indonesia ataupun Myanmar yang duduk merempat.

Cuba bayangkan jika dia ingin ke Universiti nanti,memerlukan belanja yang beribu-ribu,beli buku,beli komputer,mungkin dia akan bernasib baik sebab dia Insya Allah akan dapat tawaran biasiswa tapi pelajar-pelajar yang juga susah dan juga dapat keputusan yang baik,bagaimana pula nasib mereka?

Sebab aku dapat berita ni dari Utusan jadi aku tak tau la tujuan berita ni untuk menyedarkan masyarakat secara ikhlas ataupun sekadar nak memberikan imej buruk kepada Kerajaan Negeri.Macam TV3 yang menukar nama sekolah tempat dia belajar ke nama sekolah lain,mungkin kerana malu nak admit student terbaik Malaysia datang dari sebuah sekolah yang ditubuhkan hasil projek Kerajaan PAS Negeri Kelantan

Wednesday, March 11, 2009

APRIL FOOL UNTUK NAJIB.


Aku punya satu kenangan manis pada 1hb April.Setiap 1hb April aku selalu terkenangkan satu peristiwa yang aku boleh katakan indah dalam hidup aku.Waktu tu tahun 1999,aku baru sampai di Kuala Lumpur dari Alor Setar.Di Puduraya,aku berjumpa dengan beberapa orang kawan aku dan kami naik teksi dari Puduraya ke sekolah aku di Cheras.

Sampai saja di depan sekolah,lebih kurang jam 8:00 pagi,nampak ada satu banner di gantung dekat pintu gerbang."Tahniah kerana mencapai 100% Gred 1"

"Eh,biar betol?"fikir kitorang beramai-ramai,cepat benar diorang tau result.Siap sempat buat banner.Seolah kami sangsi memandangkan sekolah aku sebelum ni tak pernah lagi dapat 100% gred 1.Aku takut wujud harapan-harapan palsu memandangkan hari itu 1hb April 1999.Jadi sedikit takut,mana tau kami menghampakan sekolah dan sekolah "membalas dendam" dengan membuat kelakar di pagi hari.

Nasib baik mesej di banner tu betul.Jadi,aku berasa lega sebab aku memang kantoi trial exam waktu tu.Rupanya sekolah aku dah diberitahu awal-awal mengenai berita tu jadi kami 113 orang memang berasa sangat2 gembira walaupun result Kimia aku dapat P7.Hahaha,peduli hapa aku,aku memang kantoi Kimia dari 1st kelas Kimia.

Ironinya,sekolah aku mendapat ucapan tahniah dari Menteri Pendidikan waktu tu,siapa lagi kalau bukan Najib Tun Razak.,mngkin kerana sekolah aku score dalam beberapa subjek sains tulen.Tapi aku tujuan aku cerita ni bukan nak pasal result SPM tahun tu.Bila difikir-fikir,dah 10 tahun dah aku ambik result SPM aku dan waktu tu Najib adalah seorang Menteri Pendidikan,kini dia bakal naik jadi PM dan kemungkinan dia akan jadi PM baru pada 1 hb April 2009.

Bila difikirkan,peralihan kuasa ini tidak ada mana-mana pihak yang tentukan kecuali Pak Lah sendiri.Jika Pak Lah enggan,bererti tunggulah lagi si Najib dan Rosmah sampailah Pak Lah ni turun sendiri.Tak ada orang boleh paksa Pak Lah turun dan aku tak rasa Najib akan desak Pak Lah turun secara terbuka jika Pak Lah main April Fool dengan dia.

Bayangkan,jika Najib sampai ke Seri Perdana,nampak banner besar,"Tahniah Kepada Perdana Menteri ke 6" tersengih lebar dia dalam kereta.Turun kereta naik lif,masuk ofis Perdana Menteri tengok-tengok Pak Lah tengah duduk di meja dan menjerit "April Fool!"Lalu Najib pun hilang sengihnya,bertanya lah dia kepada Pak Lah,"U dah janji dengan I,U nak turun.."Janji politician sama politician,macam-macam boleh jadi.

Jadi,pada pandangan aku,selagi kes Altantuya ni tak setel,selagi tu lah Pak Lah sepatutnya duduk kat situ diam-diam dan buatperangai biasa dia.Nak tidur ke,nak meleleh ke air liur,aku rasa majoriti rakyat tak peduli.Yang penting,seorang Perdana Menteri yang ingin naik mesti naik secara bersih,secara terhormat,disegani rakyat.Pak Lah pun naik secara terhormat,cuma lepas berkhidmat,ramai yang naik meluat.

Sekarang,peluang Pak Lah untuk diingati dalam sejarah Malaysia hanya tinggal ini sahaja.Hentikan semua yang buruk dalam UMNO dan kembalikan semula maruah pemimpin-pemimpin.Pak Lah hanya ada tak sampai sebulan nak buat keputusan dan nampak ada pihak-pihak yang cuba mendorong Pak Lah supaya terus duduk di situ lagi.

Jadi,Pak Lah,keputusan di tangan anda?Mahu dikenang sebagai seorang reformis atau mahu dikenang sebagai seorang Perdana Menteri yang tiada makna?Kuasa ada pada tangan anda.Berikanlah Najib kenangan "indah" untuk diingati setiap 1hb April.Anda tentu tidak mahu rakyat terus menerus menyalahkan anda kerana memilih pengganti yang terlalu banyak "tengkorak dalam almari" nya.

Mahu dikenang sebagai pejuang patriotik atau mahu dikecam sebagai pejuang lembik.Kuasa ada pada tangan anda,Abdullah Ahmad Badawi.Bantulah rakyat,inilah peluang anda.

Friday, March 6, 2009

Hj Nizar boneka DAP?

Hj Nizar boneka DAP?
Artikel ini ditulis oleh Misbahul Munir, Setiausaha Politik MB Perak

Image

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
Last Updated ( Mar 05, 2009 at 04:33 PM )

Tuesday, March 3, 2009

DUN Perak bersidang bawah Pokok....



“Hai tikar pandan terbang, bawalah kami balik ke negara Pasir Berdengung. Zam zamm… Alakazamm!!”

Dan mereka pun sampai ke negeri Perak. Sorry, Pasir Berdengung.

P Ramlee memang best. Teringat lagi cerita “alip min nun wau, alip tendang wau, sarkis”. Sharp. Sinis tetapi tepat.

Masa tengok cerita Laksamana Do Re Mi dulu, tak pernah aku terpikir macamana ada negeri yang boleh bersidang kat bawah pokok. Takkanla koro sangat sampai takdak bangunan langsung, sampai terpaksa menongkat dagu bawah pokok. Menteri2nya pun semua dok bawah pokok. Angkara Menteri Pasola yang merampas kuasa, habis dibakarnya satu negeri. Jadi tinggallah mereka, pemerintah yang sah, terpaksa bersidang di bawah pokok.

Lebih kurang 30 tahun selepas itu, perkara yang sama berlaku. Negeri dirampas, semua tempat2 sah dinafikan, yang akhirnya memaksa kerajaan asal yang masih sah bersidang dan bermesyuarat di tempat parking, kat bawah pokok. Kali ini, bukan Pasir Berdengung, tapi negeri yang terkenal dengan sejarah Pasir Salak, Perak. Inikah yang dikatakan Nostradamus Malaya? Entahlah, tapi P Ramlee memang tajam pemikiran kritisnya.

Perkara bersidang di bawah pokok ini membuktikan kepada rakyat secara nyata dan jelas bahawa kerajaan haram BN sekarang, dalam bahasa yang agak lembut sedikit - agar tiada pihak yang tersentuh, tadak teloq! Kalau kalian dah sahkan kerajaan korang sah, apa kejadahnya yang pegi tutup tempat bersidang? Bukankah korang boleh minta Polis untuk tidak membenarkan sesiapa menceroboh - jika ada asasnya? Atau mintak injuksi dari mahkamah untuk mengharamkan persidangan? Janganla dok main tipu, pastu acilut belakang Sultan! Ajak main bola, tapi tiang gol bawak lari sembunyik. Ajak ikut undang2, tapi time nak besidang kunci dewan!

Tuesday, February 10, 2009

Pilihanraya kecil Parlimen dan Negeri - PAS sudah sedia

Satu PRK akan diadakan ekoran perletakkan jawatan di Dun Bkt Selambau Kedah. PRK Juga akan diadakan di Parlimen Bukit Gantang Perak ekoran kematian Ahli Parlimen Pas disana.

Thursday, February 5, 2009

LOMPAT SIKATAK LOMPAT

Mungkin kah Sultan sendiri tak nampak apa masalahnya atau Sultan nampak apa yang kita semua tak nampak,tapi kepada rakyat Perak,silalah ke stadium malam ni untuk menunjukkan ketidak puas hatian anda kerana tidak mahu lagi dijajah UMNO.

Mungkin ada yang tak suka Nizar jadi Menteri Besar jadi apakah salahnya jika pilihanraya negeri diadakan untuk rakyat sendiri memilih dan kemudian diadakan lagi satu pilihanraya untuk rakyat Perak memilih Menteri Besar mereka sendiri.

Ni,asyik2 undi ikut parti,yang naiknya Tukang sapu duit rakyat.Yang tukang pilih orang yang nak naik tu pun Tukang sapu duit.

Perlembagaan kena tukar.Kerajaan pun kena tukar.
Sebab rakyat aje yang tak bertukar-tukar,semua dah naik bosan dan marah.

Kerajaan dipilih untuk menjadi wakil rakyat,bukan untuk menjadi wakil kutip duit dan pressure rakyat untuk memenuhkan visi masing-masing.

Tuesday, February 3, 2009

PERAK- MANA SATU BETUL?

Dalam seminggu ini, banyak akhbar dan media memberi tumpuan isu ADUN yang dikhabarkan melompat di Perak. Bermula UMNO masuk PKR, tiba-tiba PKR mahu masuk BN. Ini rentetan politik yang amat jelik dan tidak boleh diterima akal.

UMNO masuk PKR boleh dilakukan secara terang-terangan , sebaliknya 2 Adun PKR mengambil sikap sembunyi sebelum menyatakan hasrat ingin melompat. Dalam kekalutan ini surat aku janji menjadi umpan bagi bagi menarik mereka keluar dari tempat sembunyian 2 Adun ini tadi. Jika tidak sudah tentu mereka terus sembunyi dan menyusahkan pentadbiran negeri. Syabas PR.

Speaker sudah memberi kata muktamad bahawa kerusi adun ini kosong dan sudah dimaklumkan kepada SPR. Peliknya disini kenapa SPR tidak mahu membuat Praya disini. Alasan bahawa terdapat percanggahan sepatuntnya tidak timbul, ini kerana Speaker ibarat Sultan dalam DUN negeri. Kenapa membelakangkan kuasa sultan disini?

YB DSAI memujuk adun UMNO secara terangan " mari bersama kami PR" tidak seperti Najib yang membawa habuan jutaan ringgit untuk tujuan melompat parti. betul ke ni?


FIKIR LA.

Friday, January 30, 2009

ALI RUSTAM KENA BOOO...

SAKSIKAN LA...KM MELAKA YANG PALING BANGANG DI KEMPEN KUALA TERENGGANU


http://www.youtube.com/watch?v=y0V_d09a_Z8&eurl=http://www.video-politik.blogspot.com/&feature=player_embedded



Monday, January 19, 2009

PAS MEMANG KUAT

Sokongan masyarakat Cina dan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 949 undi berbanding Mac 2008, sebaliknya Barisan Nasional (BN) hilang sebanyak 2,310 undi.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya Cina semakin menerima PAS.

Katanya, apa yang lebih penting kesepakatan Pakatan Rakyat telah berpadu tenaga sehingga berjaya dibuktikan pada pilihan raya kecil itu.

"Saya amat bersyukur di atas kemenangan tersebut kerana sekaligus akan merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina khasnya DAP yang sebelum ini dianggap ekstrem.

"Dalam masa yang sama kemenangan ini juga berjaya merapatkan hubungan gerakan Islam yang dibawa PAS untuk dihayati semua pihak," ujarnya di sini semalam.

Thursday, January 1, 2009

KUALA TERENGGANU..CALON PAS/PR ADALAH


YB Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon Pas atau PR di PRK Kuala Terengganu. Beliau kini adalah Adun Wakaf Mempelam yang dimenanginya dalam piliharaya lalu.