Tuesday, July 13, 2010

Debat Melayu

sila klik url utk dgr debat UMNO vs Pas tentang Melayu bersatu

http://perisik-rakyat.com/2010/07/rakaman-wacana-perdana-bolehkah-melayu.html

BERUK SEDANG MENGAMUK....HAHAHHAHA

Sunday, July 11, 2010

BELANDA ATAU SPAIN?

bagus juga idea sesetengah pemimpin Pas yang sama-sama turun ke perlawanan akhir WC2010 bersama anak muda yang mungkin lepak di kedai mamak diseluruh negara. Keadah ini amat menarik jika semua cawangan Pas dapat ambil tindakan yang sama.

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kepada mereka yang masih mencari-cari tempat sesuai menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara Belanda dengan Sepanyol malam ini, anda dijemput menonton bersama ahli parlimen PAS di Kg. Baru.

Beberapa Ahli Parlimen PAS termasuk Dr. Lo'Lo' Ghazali (Titiwangsa), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Mat Husin (Pasir Putih) dan Nasir Zakaria (Padang Terap) akan meraikan sorakan gol di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Jalan Raja Muda Musa.

Anda boleh meluangkan masa dan "Sembang Santai" bersama pemimpin PAS yang hadir sambil menikmati durian yang disediakan.

Selain menanti kemeriahan perlawanan akhir bermula jam 2.30 pagi esok, Kartunis Zunar akan menghiburkan anda yang datang dengan lukisan-lukisan kartunnya yang menyentuh isu politik semasa tanah air.

Kepada yang berkelapangan, anda dijemput hadir memeriahkan lagi suasana sorakan perlawanan akhir piala dunia awal pagi nanti.