
Penceramah Umno diseluruh negara sedang menabur propaganda bahawa Anwar adalah seorang manusia yang paling keji, buruk, pembelit, kaki jantan, kaki perempuan dan 1000 gelaran lain. Manusia yg dahulunya di agung-agung sebagai gandingan mantap Mahathir-Anwar ini dikecam sebegini rupa. Terbaru anwar dicop akan membuang institusi raja apabila dapat bersimpuh di atas kerusi PM nanti.
umno sebenarnya terlupa, merekalah yang mengecam Raja-raja melayu. Semua panglima Umno menyerang istana bermula dari Tun M, Ghaffar Baba, Nazri Aziz dan menteri-menteri kanan yang lain. Coretan akhbar jelas mempaparkan akan perbuatan biadap kepada istana itu. Hinggakan Umno sanggup meminda undang-undang agar kekebalan raja melayu di rungkai di Parlimen. Semua parti oposisi menentang. Ini termasuklah DAP, Pas dan lain-lain turut menentang . Sebaliknya Umno dengan megah menghapuskan kekebalan Raja. Apa sudah jadi?