Saturday, October 8, 2011

BUDGET 2012--------TIRU PR LAGI....

Pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa sebahagian kandungan bajet 2012 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak diambil dari buku jingga dan dokumen negara berkebajikan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat – buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS.


“Terutama dalam bantuan kepada nelayan dan petani, yang memang terdapat dalam bajet Pakatan Rakyat. Saya tidak terkejut dengan bajet itu.

“Bajet Pakatan Rakyat telah diambil oleh Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Najib membentangkan bajet 2012 di bangunan Parlimen petang semalam dengan kos RM232 bilion.

Friday, May 27, 2011

MARI PERTAHAN UTUSAN....LOYA..LOYA

Kata Zahid Hamidi "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini."

Hakikatnya ialah "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu adalah milik UMNO dan merupakan penyumbang dana untuk UMNO selain itu ianya juga adalah medium UMNO untuk terus memperbodohkan rakyat"

seorang lagi menteri yang bercakap tidak menggunakan akal yg waras. Utusan kini banyak memainkan isu yang tak benar didalam memperjuangkan nasib melayu...

Wednesday, May 25, 2011

Bila menteri macam guru kemas..

Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Umno/Bn yg memerintah pusat menjaga keseluruhan hal pelaburan, ekonomi, keselamatan dll.Mana mungkin harga barang boleh diturunkan di negeri-negeri kerana semua ini diselaraskan diperingkat nasional. Jika harga barangan berbeza di negeri diperintah pembangkang sudah tentu, berpusu-pusu rakyat ke negeri tersebut untuk mendapatkannya. jadi guna la akal fikiran bila bercakap.

Sunday, September 19, 2010

Habis Modal dah....


tak pasal-pasal Naina Marican persoal wang ehsan Rm100 yg diberikan oleh Kerajaan PPinang kepada warga Emas. Umno seolah-olah terlupa bahawa Kerajaan Negeri pada Mac 2008, konsep berjimat cermat yang diamalkan telah berjaya membawa penjimatan sebanyak 35.41 peratus. Peruntukan perbelanjaan sebanyak RM318.56 juta dijimatkan hanya kepada RM283.15 juta.

Ekoran dari penjimatan tersebut, kita telah berjaya menjimatkan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus dari jumlah peruntukkan yang telah diberikan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta dibelanjakan bagi menghargai warga emas sebanyak RM100 setiap orang setahun.

Jadi dakwaan yg dilemparkan mmg tidak masuk akal dan kehabisan modal.

Friday, September 17, 2010

SEKOLAH HAMIL SEDIA TERIMA PELAJAR....

Mana Dato Ali dapat dana yg cukup besar untuk membuka dan mengurus sekolah ini? Perkara yang mendapat tentangan dari segenap pihak tetap diteruskannya....
_____________________________________________________________________
Melaka 17sept- Sekolah hamil yang dinamakan Sekolah Harapan untuk memberi perlindungan kepada remaja hamil di Jalan Pegawai di Melaka, mula dibuka hari ini walaupun belum mempunyai pelajar.

Pengerusinya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata dua bangunan kerajaan telah diubahsuai menjadi sekolah dan asrama yang menelan belanja RM100,000.

"Walaupun sekolah khas di bawah Majlis Agama Islam Melaka (Maim) ini masih belum mempunyai pelajar, ia tetap dibuka dan Maim akan terus menunggu permohonan pelajar hamil untuk memasukinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sekolah itu hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Ghazale Muhamad dan Penyelia Sekolah Harapan, Saimah Hiran.

Ab Rahaman berkata MAIM mengambil pendekatan "buka dahulu sekolah ini" kerana ia akan lebih memudahkan pihak pentadbiran untuk menguruskan kemasukan pelajar pada bila-bila masa.

"Buat permulaan, mereka mungkin malu lagi, selain itu, ia juga dapat memberi gambaran awal kepada ibu bapa pelajar hamil mengenai persekitaran dan segala kemudahan di sini," katanya sambil menegaskan identiti pelajar akan dirahsiakan.

Beliau berkata keseluruhan bangunan Sekolah Harapan itu dilengkapi penghawa dingin termasuk di tiga kelas dengan setiap kelas menampung antara 10 dan 12 pelajar.

Keseluruhan lantai bangunan sekolah dua tingkat itu juga dipasang dengan permaidani bagi memberi keselesaan kepada pelajar hamil mengikuti pembelajaran, katanya.

"Asrama ini mempunyai lima kakitangan terdiri daripada seorang pemandu, seorang penyelia, pengawal dan dua orang kerani," katanya.

Katanya waktu pembelajaran pula adalah sama seperti waktu sekolah biasa dan kelas termasuk kelas komputer dan kemahiran memasak serta menjahit.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekolah ini boleh menghubungi Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka, Rahimin Bani di talian 019-6671564 atau 06-2881534.

Monday, September 6, 2010

IKLAN RAYA MEMALUKAN ISLAM.

Tiada sesiapa suruh atau pinta, pihak TV3 seperti mahu melonjokkan popularitinya dengan menampilkan raya ala 1Malaysia. Namun atas kesedaran semua pihak terutamanya pengguna Facabook, unsur pluralisma yang ditonjolkan mendapat bantahan keras.