Monday, September 29, 2008
MARKAZ TERBUKA RAYA.
PAS KG PULAU MENJEMPUT SEMUA WARGA KG PULAU, PENDOKONG & PERJUANG KE MAJLIS MARKAZ TERBUKA RAYA PADA JUMAAT 3HB OKTOBER BERSAMAAN 3HARI RAYA BERTEMPAT DI MARKAZ PAS KG PULAU.
MAJLIS BERMULA JAM 9.00 MALAM.
SEMUA DIJEMPUT HADIR. SEKIAN.
Friday, September 26, 2008
Tuesday, September 23, 2008
DSAI Jumpa TN Guru - Bincang apa ntah.
Thursday, September 18, 2008
ANWAR MINTA PAKLA ADAKAN SIDANG TERGEMPAR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.
"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September," katanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.
Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.
Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Saturday, September 13, 2008
Wednesday, September 10, 2008
Tshirt Pas- Tarikh tutup Jumaat ini
Tuesday, September 9, 2008
BN P Pinang berpecah- UMNO dakwa Cina malaysia mcm yahudi
Monday, September 8, 2008
Iftar (Buka Puasa) Pas Kg Pulau
Seperti biasa semua diminta membawa juadah ringkas (kuih muih) dan sejadah. Hubungan ukhwah yang kita ingin kan.
sekian. sebarkan.
Friday, September 5, 2008
Thursday, September 4, 2008
BN semakin gentar.
sumber-suara keadilan-
Tuesday, September 2, 2008
Terkini Pasal Baju
Monday, September 1, 2008
Belanjawan 2009 umpama Gula-gula getah "chewingum"
Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.
Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM 209.7 bilion.
Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 bilion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 bilion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM 197.2 bilion.
Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 bilion kepada RM 154.2 bilion. Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.
Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.
Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.
Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan Umno-BN berbanding meraih populariti yang kian hilang.
RM 35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM 4.4 bilion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM 35 bilion itu?
MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!
Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?
ANWAR IBRAHIM