Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, pagi tadi.
Namun, tegasnya, isu berkaitan undang-undang masih belum selesai.
"Pendakwaan masih mencurigakan. Siasatan tidak telus dan menimbulkan banyak kecurigaan kepada masyarakat," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk mengikuti sidang mahkamah yang mendengar permohonan memindahkan kes liwat beliau ke Mahkamah Tinggi.
Menurut Anwar, kes pembunuhan Altantuya itu telah dijalankan secara tidak profesional kerana badan kehakiman bersifat menindas apabila kes-kes melibatkan pembesar.
"Kes ini melibatkan Najib (Timbalan Perdana Menteri) dengan penyebaran SMS, tetapi kenapa ia tidak disiasat secara telus," katanya.
Tambah Anwar, apabila melibatkan kes berkenaan, banyak bukti seperti SMS tidak dikaji secara terperinci
Friday, October 31, 2008
Sunday, October 26, 2008
Orang kuat Markaz tercedera.
sedikit perkara sedih yang menimpa saudara faizal (Dato sheik) yang tercedera setelah serpihan besi tersusuk ke betis nya ketika sedang memesin rumput. Diharap saudara/i yang membaca blog ini dapat ziarah beliau.
Monday, October 20, 2008
SHAMSIAH FAKEH?
Shamsiah Fakeh ialah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya] (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah dari PKM, Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.
Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Friday, October 17, 2008
Khairy yang disisihkan.
1.Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno.
2.Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.
3.Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.
4.Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula
pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh.
5.Datuk Mukhriz dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Khairi kerana, arus sekarang ialah orang benci pada Pak Lah kerana gagal capai keputusan cemerlang dalam PRU 12. Kebetulan pula Datuk Mukhriz orang yang langtang kritik Pak Lah lepas pilihanraya, suaranya senada dengan bapanya.
6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Khairi inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Khairi baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.
7.Kita pun tidak nampak apa agenda Datuk Mukhriz hendak bawa dalam Pemuda Umno. Yang kita tengok ia lebih kepada emosi dan sentimen kemarahan pada Pak Lah, kerana bapa dia marah Pak Lah batal jambatan bengkok, tukar CEO Proton dan lain-lain isu peribadi yang melibatkan kepentingan dirinya. Kita tidak dengar agenda yang besar
yang akan dibawa oleh Datuk Mukhriz. Dari segi pemikiran agama dan tindakan ia akan bersikap macam bapa beliau nanti.
8.Datuk Mukhriz patut kena ada wawasan untuk membetulkan sistem dan ekonomi yang rosak sejak bapa beliau memerintah 22 tahun. Sistem kehakiman, penggunaan dana awam,
masalah sosial yang rosak teruk sekarang. Inilah yang beliau kena lakukan bukan agenda peribadi.
9.Saya yakin pemuda Pas dan pemuda Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang memimpin pemuda Umno, adinda-adinda saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti Umno yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negar ini. Khairi atau Mukhriz sama sahaja.

Tuesday, October 14, 2008
ALI KETAM DAN SHAHRUKH KHAN
ketawa bila mendengar Melaka dibawah TYT (bekas s/u UMNO) akan memberi gelaran Datok kepada aktress Bollywood Shahrukh Khan. Begitu murah dan mudah pangkat sebegitu besar ini diberikan kepada pelakon yang tiada jasa sedikit habuk kepada Malaysia maupun negeri Melaka.
Apa jadahnya Ali Ketam ni...nampak akan kebodohan kepimpinan UMNO/BN di Melaka . Ini boleh dijadikan senjata makan tuan ketika pemilihan UMNO sedang rancak berjalan. Insan kurang cerdik ini ingin dilantik ke No2 memimpin negara? ...ghenti kan lerr.
Pas Melaka sudah mengeluarkan kenyataan kesal diatas pemberian ini. Begitu juga dengan persatuan seniman negara. Ali Ketam memang ada darah campuran mamak , mungkin juga dia sangat berminat untuk memberi "datok" kepada artis filem kuch-kuch ta heeee.

Saturday, October 4, 2008
Gambar sekitar Majlis Hari Raya 3/10/08
Subscribe to:
Posts (Atom)