Monday, March 30, 2009

Tuesday, March 24, 2009

Nizar Calon Kita...

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu

Wednesday, March 18, 2009

SPM 20A.





Tahniah kepada student ni.Membuktikan pelajar susah pun mampu berjaya.Inilah rumah pelajar terbaik SPM 2008.

Anak kepada seorang nelayan yang bapanya menyewa rumah ini dengan bayaran RM90 sebulan.

Terlalu ramai keluarga Malaysia yang terpaksa hidup sebegini tanpa ada bantuan.Ini adalah basic needs kepada sesebuah keluarga,sebijik rumah.Bukannya bapa dia orang Indonesia ataupun Myanmar yang duduk merempat.

Cuba bayangkan jika dia ingin ke Universiti nanti,memerlukan belanja yang beribu-ribu,beli buku,beli komputer,mungkin dia akan bernasib baik sebab dia Insya Allah akan dapat tawaran biasiswa tapi pelajar-pelajar yang juga susah dan juga dapat keputusan yang baik,bagaimana pula nasib mereka?

Sebab aku dapat berita ni dari Utusan jadi aku tak tau la tujuan berita ni untuk menyedarkan masyarakat secara ikhlas ataupun sekadar nak memberikan imej buruk kepada Kerajaan Negeri.Macam TV3 yang menukar nama sekolah tempat dia belajar ke nama sekolah lain,mungkin kerana malu nak admit student terbaik Malaysia datang dari sebuah sekolah yang ditubuhkan hasil projek Kerajaan PAS Negeri Kelantan

Wednesday, March 11, 2009

APRIL FOOL UNTUK NAJIB.


Aku punya satu kenangan manis pada 1hb April.Setiap 1hb April aku selalu terkenangkan satu peristiwa yang aku boleh katakan indah dalam hidup aku.Waktu tu tahun 1999,aku baru sampai di Kuala Lumpur dari Alor Setar.Di Puduraya,aku berjumpa dengan beberapa orang kawan aku dan kami naik teksi dari Puduraya ke sekolah aku di Cheras.

Sampai saja di depan sekolah,lebih kurang jam 8:00 pagi,nampak ada satu banner di gantung dekat pintu gerbang."Tahniah kerana mencapai 100% Gred 1"

"Eh,biar betol?"fikir kitorang beramai-ramai,cepat benar diorang tau result.Siap sempat buat banner.Seolah kami sangsi memandangkan sekolah aku sebelum ni tak pernah lagi dapat 100% gred 1.Aku takut wujud harapan-harapan palsu memandangkan hari itu 1hb April 1999.Jadi sedikit takut,mana tau kami menghampakan sekolah dan sekolah "membalas dendam" dengan membuat kelakar di pagi hari.

Nasib baik mesej di banner tu betul.Jadi,aku berasa lega sebab aku memang kantoi trial exam waktu tu.Rupanya sekolah aku dah diberitahu awal-awal mengenai berita tu jadi kami 113 orang memang berasa sangat2 gembira walaupun result Kimia aku dapat P7.Hahaha,peduli hapa aku,aku memang kantoi Kimia dari 1st kelas Kimia.

Ironinya,sekolah aku mendapat ucapan tahniah dari Menteri Pendidikan waktu tu,siapa lagi kalau bukan Najib Tun Razak.,mngkin kerana sekolah aku score dalam beberapa subjek sains tulen.Tapi aku tujuan aku cerita ni bukan nak pasal result SPM tahun tu.Bila difikir-fikir,dah 10 tahun dah aku ambik result SPM aku dan waktu tu Najib adalah seorang Menteri Pendidikan,kini dia bakal naik jadi PM dan kemungkinan dia akan jadi PM baru pada 1 hb April 2009.

Bila difikirkan,peralihan kuasa ini tidak ada mana-mana pihak yang tentukan kecuali Pak Lah sendiri.Jika Pak Lah enggan,bererti tunggulah lagi si Najib dan Rosmah sampailah Pak Lah ni turun sendiri.Tak ada orang boleh paksa Pak Lah turun dan aku tak rasa Najib akan desak Pak Lah turun secara terbuka jika Pak Lah main April Fool dengan dia.

Bayangkan,jika Najib sampai ke Seri Perdana,nampak banner besar,"Tahniah Kepada Perdana Menteri ke 6" tersengih lebar dia dalam kereta.Turun kereta naik lif,masuk ofis Perdana Menteri tengok-tengok Pak Lah tengah duduk di meja dan menjerit "April Fool!"Lalu Najib pun hilang sengihnya,bertanya lah dia kepada Pak Lah,"U dah janji dengan I,U nak turun.."Janji politician sama politician,macam-macam boleh jadi.

Jadi,pada pandangan aku,selagi kes Altantuya ni tak setel,selagi tu lah Pak Lah sepatutnya duduk kat situ diam-diam dan buatperangai biasa dia.Nak tidur ke,nak meleleh ke air liur,aku rasa majoriti rakyat tak peduli.Yang penting,seorang Perdana Menteri yang ingin naik mesti naik secara bersih,secara terhormat,disegani rakyat.Pak Lah pun naik secara terhormat,cuma lepas berkhidmat,ramai yang naik meluat.

Sekarang,peluang Pak Lah untuk diingati dalam sejarah Malaysia hanya tinggal ini sahaja.Hentikan semua yang buruk dalam UMNO dan kembalikan semula maruah pemimpin-pemimpin.Pak Lah hanya ada tak sampai sebulan nak buat keputusan dan nampak ada pihak-pihak yang cuba mendorong Pak Lah supaya terus duduk di situ lagi.

Jadi,Pak Lah,keputusan di tangan anda?Mahu dikenang sebagai seorang reformis atau mahu dikenang sebagai seorang Perdana Menteri yang tiada makna?Kuasa ada pada tangan anda.Berikanlah Najib kenangan "indah" untuk diingati setiap 1hb April.Anda tentu tidak mahu rakyat terus menerus menyalahkan anda kerana memilih pengganti yang terlalu banyak "tengkorak dalam almari" nya.

Mahu dikenang sebagai pejuang patriotik atau mahu dikecam sebagai pejuang lembik.Kuasa ada pada tangan anda,Abdullah Ahmad Badawi.Bantulah rakyat,inilah peluang anda.

Friday, March 6, 2009

Hj Nizar boneka DAP?

Hj Nizar boneka DAP?
Artikel ini ditulis oleh Misbahul Munir, Setiausaha Politik MB Perak

Image

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
Last Updated ( Mar 05, 2009 at 04:33 PM )

Tuesday, March 3, 2009

DUN Perak bersidang bawah Pokok....



“Hai tikar pandan terbang, bawalah kami balik ke negara Pasir Berdengung. Zam zamm… Alakazamm!!”

Dan mereka pun sampai ke negeri Perak. Sorry, Pasir Berdengung.

P Ramlee memang best. Teringat lagi cerita “alip min nun wau, alip tendang wau, sarkis”. Sharp. Sinis tetapi tepat.

Masa tengok cerita Laksamana Do Re Mi dulu, tak pernah aku terpikir macamana ada negeri yang boleh bersidang kat bawah pokok. Takkanla koro sangat sampai takdak bangunan langsung, sampai terpaksa menongkat dagu bawah pokok. Menteri2nya pun semua dok bawah pokok. Angkara Menteri Pasola yang merampas kuasa, habis dibakarnya satu negeri. Jadi tinggallah mereka, pemerintah yang sah, terpaksa bersidang di bawah pokok.

Lebih kurang 30 tahun selepas itu, perkara yang sama berlaku. Negeri dirampas, semua tempat2 sah dinafikan, yang akhirnya memaksa kerajaan asal yang masih sah bersidang dan bermesyuarat di tempat parking, kat bawah pokok. Kali ini, bukan Pasir Berdengung, tapi negeri yang terkenal dengan sejarah Pasir Salak, Perak. Inikah yang dikatakan Nostradamus Malaya? Entahlah, tapi P Ramlee memang tajam pemikiran kritisnya.

Perkara bersidang di bawah pokok ini membuktikan kepada rakyat secara nyata dan jelas bahawa kerajaan haram BN sekarang, dalam bahasa yang agak lembut sedikit - agar tiada pihak yang tersentuh, tadak teloq! Kalau kalian dah sahkan kerajaan korang sah, apa kejadahnya yang pegi tutup tempat bersidang? Bukankah korang boleh minta Polis untuk tidak membenarkan sesiapa menceroboh - jika ada asasnya? Atau mintak injuksi dari mahkamah untuk mengharamkan persidangan? Janganla dok main tipu, pastu acilut belakang Sultan! Ajak main bola, tapi tiang gol bawak lari sembunyik. Ajak ikut undang2, tapi time nak besidang kunci dewan!