Tuesday, January 26, 2010
ROSMAH PELUK LEE CHONG WEI...APA KESS...
Sebelum kita ulas apa kelakuan Datin Seri ini, ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010 yang berakhir Ahad lalu.
Tujuan penulisan ini dibuat bukan untuk mengulas kehebatan Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dalam straight set, tetapi untuk mengulas kelakuan seorang isteri pemimpin negara ini.
Tanpa menafikan perasan keterujaan rakyat Malaysia selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya merangkul juara Terbuka Malaysia sebanyak 6 kali, tetapi tindakan Penaung Permata ini bagi saya tidak boleh diterima apatah lagi sebagai umat Islam yang waras.
Adakah tidak cukup dengan hanya mungkin menjabat tangan mengucapkan tahniah? Kenapakah perlu dipeluk anak muda ini? Adakah ini contoh yang boleh diikuti oleh anak didik Permata Negara? Pasti media massa utama tidak menyiarkan foto ini demi untuk menjaga air muka Penaung Pertama dan suaminya.
Justeru itu nasihat saya, berpada-padalah dalan meraikan kejayaan. Cukuplah hanya segelintir artis menjadikan peluk memeluk ini sebagai budaya. Jangan ia juga menjadi budaya di kalangan pemimpin tertinggi negara apatah lagi di kalangan rakyat jelata.
Yang beringat
Saturday, January 16, 2010
ANAK RAJA KELANTAN IMAN SOLAT HAJAT.
Betapa hebatnya selepas 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Pemangku Sultan Kelantan Tg Faris Petra mengimani solat hajat ribuan rakyat di Satdium Sultan Mohammad IV. Perisitiwa ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara. Misi dan visi PAS khasnya PAS Kelantan mendekatkan islam kepada siapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang pewaris raja adalah sesuatu yang membanggakan.
Hal ini atau perkara ini adalah kecil bagi UMNO. Sebab sudut pandangan dan nilai hidup UMNO dan PAS amat berbeda sekali. UMNO rasa bangga dan berjaya bilamana setiap kali raja-raja bersama rakyat akan diakhiri dengan Nyayian Karaoke bersama artis di malam hari dengan Jamuan menghabiskan duit rakyat. Atas alasan upacara rasmi dan keraian.
Sebenarnya raja-raja juga tidak amat selesa dengan cara dan gaya UMNO. Mereka sudah terbuai lama dan buaian itu menyedarkan sesetangah raja. Sebab semua itu, tiada kesudahan, matlamat hidup atas dunia bukan hanya berhibur dan nikmati nikmat keduniaan semata-mata. Jauh lebih daripada itu.
Thursday, January 7, 2010
Nizar Kemalangan
POH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.
Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.
Ds. Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi. Nothing serious. Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan 'Seruan Islam'.
Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.
Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya di atas dalam kemalangan itu.
Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.
Ds. Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi. Nothing serious. Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan 'Seruan Islam'.
Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.
Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya di atas dalam kemalangan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)