Tuesday, December 20, 2011
KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
Ramai rakyat terkeliru dengan istilah kerajaan dan pembangkang di Malaysia.
Orang UMNO khususnya menyangka bahawa UMNO ialah kerajaan Malaysia. Maka siapa sahaja yang menjadi kakitangan kerajaan mesti sokong UMNO atau jadi ahli UMNO dan tidak wajar menentang UMNO.
Kemudian mereka menggangap bahawa UMNO yang beri gaji dan pangkat kepada kakitangan kerajaan. Oleh itu, kakitangan kerajaan tidak boleh menentang UMNO. Bagi mereka yang menentang UMNO bermakna kononnya menentang kerajaan. Malah ada juga menganggap kononnya UMNO yang beri jalanraya, letrik, air dan pembangunan!
Mereka juga menganggap siapa yang tidak sokong UMNO atau BN adalah pembangkang dan pembangkang adalah musuh negara.
Ada orang kata pandangan/anggapan seperti di kalangan orang UMNO ini adalah bodoh, dungu, bahalol, bongok, bengap, dan sempit. Saya kata tidak begitu. Tetapi pandangan itu berputik dari sikap dan emosi taksub, fanatik, dan ektremis orang UMNO.
Sebagai rakyat kita harus faham bahawa kerajaan mempunyai sistem, jentera, dan manusia. Sistem dalam kerajaan digerakkan oleh ejensi (jentera) dan di dalamnya terdapat manusia. Di kalangan manusia ini ada yang ahli UMNO, PAS, DAP, PKR, dll dan ada juga yang tidak berparti, dan mereka juga bekerja dalam sistem dan ejensi kerajaan. Saya tidak fikir kalau ahli UMNO sahaja yang bekerja dalam ejensi kerajaan maka Malaysia boleh bergerak seperti yang ada pada hari ini. Hari ini ramai orang bijak dan berpelajaran sudah tidak mahu bersama UMNO lagi.
Artikel 10 dalam Perlembagaan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih mana-mana pertubuhan berdaftar dan sah di negara ini, termasuk badan politik. Maka menjadi ahli parti politik atau NGO berdaftar selain daripada UMNO adalah sah dan tidak salah di sisi undang. Dan tidak berdosa juga di sisi agama sekiranya seseorang itu mahu menjadi ahli PAS. Ini yang tidak fahami oleh orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis termasuklah yang ada pangkat seprti Dato’ dan Dr. serta yang belajar tinggi.
Begitu juga jika ada ahli PAS yang mempunyai anggappan yang sama terhadap UMNO.
Kerajaan di Malaysia terbahagi kepada dua: Pusat/Fedral dan Negeri. Di peringkat Pusat, kerajaan Malaysia dikuasai oleh BN. Rakyat menghormati ‘the goverment of the day’. Tetapi di Parlimen, terdapat dua kumpulan: parti pemerintah dan parti pembangkang. Oleh kerana parti pembangkang berada dalam Parlimen, maka parti pembangkang juga adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia. Ini juga tidak difahami oleh setengah orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis. Saya tidak pernah dengar MCA, MIC dan komponen parti lain dalam BN yang berfikiran sempit seperti setengah ahli UMNO. Saya kata “setengah” bukan semua.
Di peringkat kerajaan negeri pula, ada negeri yang diperintah oleh BN dan ada yang diperintah oleh PR. Jadi setiap negeri ada ‘government of the day’. Dalam ertikata lain, rakyat harus memahami bahawa kita menerima ‘government of the day’ sebagai kerajaan negeri yang sah. Bagi kakitangan kerajaan, siapa yang menjadi ‘the government of day’ maka kita harus ikut kerana mita adalah kakitangan kerajaan, walaupun menyokong parti yang berlainan.
Tetapi bagi orang yang buta hati, taksub, fanatik, dan ekstermis parti, dan tidak mahu bekerja lagi sebagai kakitangan kerajaan di bawah ‘the government of day’, eloklah dia berhenti. Bagi orang yang faham beza antara parti politik dan ‘the government of day’, mereka akan terus bekerja seperti biasa kerana mereka berkerja untuk rakyat dan kerajaan dalam sistem dan ejensi kerajaan. Tapi inilah juga yang tidak difahami oleh setengah orang UMNO!
Kalau kerajaan negeri yang memerintah itu dari PR, makna BN di negeri itu adalah pembangkang, bukan pemerintah. Janganlah UMNO-BN perasan bahawa mereka pemerintah pula. Masalah timbul apabila setengah orang UMNO-BN mengganggap bahawa BN masih lagi jadi pemerintah di negeri yang sudah diperintah oleh PR. Ini satu pandangan orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis, walaupun ada orang kata pandangan UMNO ini menunjukkan kebodohan mereka.
Di Pusat, dengan adanya parti pembangkang dalam Parlimen maka berlaku ‘check and balance’ dalam pengurusan dan pentadbiran negara. Begitu juga di peringkat negeri, dengan adanya parti pembangkang seperti BN di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, maka parti pemerintah dari PR tidak boleh membuta tuli dan ikut suka nak buat apa.
Apabila tidak ada ‘check and balance’ , maka akan berlaku pelbagai penyelewengan, kepincangan, penindasan, rasuah, dan kerja kotor di kalangan pimpinan dari parti yang memerintah. Tengok sahajalah negeri Selangor sebagai contoh di zaman BN. Selepas BN jatuh di Selangor, barulah rakyat tahu akan sopak, kurap, dan kudis pada kerajaan lama Selangor.
Sebagi kesimpulan, kita harus iktiraf dan hormati Artikel 10 dalam Perlembangaan. Ejensi kerajaan bukan milik UMNO. Bukan UMNO yang bagi gaji pada pegawai kerajaan, tetapi dibayar dari duit cukai rakyat yang datang dari pelbagai parti dan yang tidak berparti. Pegawai kerajaan tidak harus takut untuk memilih parti mana yang mereka ingin ceburi atau sokongi. Ini bukan zaman batu atau primitif. Ini adalah hak asasi kita dan hak kita di sisi Perlembagaan Malaysia.
Kalau ada rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO yang masih tidak faham konsep kerajaan dan pembangkang, saya nasihatkan baca pepatah Melayu, “jangan jadi bodoh tidak boleh diajar, degil tak boleh disuruh”. Tepuk dada tanya iman, bukan tanya selera sebab selera banyak nafsu dan kepentingan.
Sunday, December 18, 2011
PAPAGOMO (umno) DEDAH KRU KAPAL SELAM NEGARA.....INI BAHAYA
zahid hamidi (menteri pertahanan) cukup tidak bertanggungjawab apabila membenarkan Blogger menaiki kapal selam pertahanan negara. Apa perlunya blogger? Ini soal pertahanan. Mana boleh sebarang orang sesuka hati membuat video dan merakam gambar didalamnya.
Jika pihak pro pembangkang yg melakukan perkara ini, pasti kering air liur dimaki dan dicerca oleh BN/Umno. Setiap hari ada saja demo bantah itu dan ini. tetapi kenapa senyap...wahai pemuda Umno, Perkasa, Zul Nordin..Ezam kotak...ini soal keselamatan..KENAPA DIAM?
Wednesday, December 14, 2011
RM 500 untuk pancing undi 5 tahun.
Tahniah kepada kerajaan Bn kerana berani meniru dasar PR di dalam pemberian pelbagai insentif berbentuk wang segera kepada rakyat. Namun ada sedikit persepsi yg sukar ditanggalkan oleh BN adalah pemberian ini berkait rapat dengan PRU13. Dipihak PAS/PR secara tak langsung telah memberi contoh teladan kpd BN agar lebih banyak memberi dasar yg "mesra" rakyat untuk terus berkuasa.
Rakyat yg layak harus digesa mengambil peluang ini kerana ianya bukan duit BN tetapi hasil mahsul negara iaitu duit dari cukai kita juga. Sepertimana selangor air 20m percuma adalah bukan duit anwar atau PR tetapi duit rakyat selangor.
cuma bukan duit ukuran kita didalam memilih kerajaan untuk rakyat...tetapi apakah dasar kerajaan yg patut kita fikirkan. Kerana dasar memainkan peranan utk jangka dan halatuju sebenar tahun demi tahun. INGAT JANGAN KERANA RM500, KITA MERANA UTK 5 TAHUN LAGI....FIKIRKAN LAH
Saturday, October 8, 2011
BUDGET 2012--------TIRU PR LAGI....
Pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa sebahagian kandungan bajet 2012 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak diambil dari buku jingga dan dokumen negara berkebajikan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat – buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS.
“Terutama dalam bantuan kepada nelayan dan petani, yang memang terdapat dalam bajet Pakatan Rakyat. Saya tidak terkejut dengan bajet itu.
“Bajet Pakatan Rakyat telah diambil oleh Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Najib membentangkan bajet 2012 di bangunan Parlimen petang semalam dengan kos RM232 bilion.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat – buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS.
“Terutama dalam bantuan kepada nelayan dan petani, yang memang terdapat dalam bajet Pakatan Rakyat. Saya tidak terkejut dengan bajet itu.
“Bajet Pakatan Rakyat telah diambil oleh Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi malam tadi.
Najib membentangkan bajet 2012 di bangunan Parlimen petang semalam dengan kos RM232 bilion.
Friday, May 27, 2011
MARI PERTAHAN UTUSAN....LOYA..LOYA
Kata Zahid Hamidi "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini."
Hakikatnya ialah "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu adalah milik UMNO dan merupakan penyumbang dana untuk UMNO selain itu ianya juga adalah medium UMNO untuk terus memperbodohkan rakyat"
seorang lagi menteri yang bercakap tidak menggunakan akal yg waras. Utusan kini banyak memainkan isu yang tak benar didalam memperjuangkan nasib melayu...
Hakikatnya ialah "Rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu adalah milik UMNO dan merupakan penyumbang dana untuk UMNO selain itu ianya juga adalah medium UMNO untuk terus memperbodohkan rakyat"
seorang lagi menteri yang bercakap tidak menggunakan akal yg waras. Utusan kini banyak memainkan isu yang tak benar didalam memperjuangkan nasib melayu...
Wednesday, May 25, 2011
Bila menteri macam guru kemas..
Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Umno/Bn yg memerintah pusat menjaga keseluruhan hal pelaburan, ekonomi, keselamatan dll.Mana mungkin harga barang boleh diturunkan di negeri-negeri kerana semua ini diselaraskan diperingkat nasional. Jika harga barangan berbeza di negeri diperintah pembangkang sudah tentu, berpusu-pusu rakyat ke negeri tersebut untuk mendapatkannya. jadi guna la akal fikiran bila bercakap.
Umno/Bn yg memerintah pusat menjaga keseluruhan hal pelaburan, ekonomi, keselamatan dll.Mana mungkin harga barang boleh diturunkan di negeri-negeri kerana semua ini diselaraskan diperingkat nasional. Jika harga barangan berbeza di negeri diperintah pembangkang sudah tentu, berpusu-pusu rakyat ke negeri tersebut untuk mendapatkannya. jadi guna la akal fikiran bila bercakap.
Subscribe to:
Posts (Atom)