Thursday, July 26, 2012

Puasa dapat, Haji dah buat, solat alhamdulilah..apa nak buat lagi...tunggu mati saje lah....

Selepas terawih diMasjid , duduk bersama seorang warga tua yang bongkok lebih kurang 78tahun umurnya, Dengan menyapa tentang kesihatannya lantas dirinya rancak berborak sehingga jam 10.15 malam. Dia berkata kesihatannya baik, apa nak buat lagi....Puasa dapat, Haji dah buat, solat alhamdulilah..apa nak buat lagi...tunggu mati saje lah....


Yela...itu sahaja balasku. Namun dalam diri ini berkata-kata, apakah semua ini cukup untuk berhimpun dipadang masyhar nanti, nak menempuh alam kubur nanti? Bukankah kita diajar perbanyakkan amalan didunia dengan meletakkan diri kita dlm kelompok yang yang menyeru kepada makruf..agar dividen ini senantiasa berterusan sehingga kiamat...Tetapi kebanyakkan dari kita sibuk mengumpul harta dan kerja bermatian-matian bagi melunaskan hutang rumah, kereta dan lain-lain keperluan dunia....


Kita kurang berfikir rumah ,kereta semuanya akan tinggal apabila nafas kita terhenti dan tiada dividen yang kita dapat dari harta ini. Sebetulnya kita kena mempersiapkan diri dan memasukkan diri kita dengan mana-mana aktiviti yang memberikan dividen berterusan selepas kita mati....


umpama menanam benih pokok ...selagi buahnya boleh memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain selagi itu penanamnya mendapat dividen....begitulah hendaknya diri kita.


fikirkanlah.....

Monday, July 16, 2012

BANGGA MENGHAMPIRI ZINA?

APA SUDAH JADI ..REMAJA HARI INI,....


KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Bintang remaja pop nombor satu dunia, Justin Bieber kembali sekali lagi ke Malaysia bagi menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang pertama bagi album keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World Stage Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.
Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan kehadiran ratusan media daripada seluruh rantau Asia Tenggara termasuk para peminat bertuah yang mendapat peluang keemasan berjumpa idola dunia ini.
Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat kemunculan sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan anda' yang pertama terpacul daripada mulut remaja yang baru berusia 18 tahun itu.
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.
Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.
Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.
Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.
Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.