Tuesday, April 22, 2008

Menuntut Pembaharuan Kampung.

Pengerusi JKKK Kg Pulau
Ketua Sidang Kg Pulau
Pengerusi Masjid Al-Razak Kg Pulau
Ketua UMNO Caw.Kg Pulau
Ketua Pemuda UMNO Caw. Kg Pulau

Melalui dan salinan kepada

YB AB Karim bin Hj Sulaiman
ADUN Tg BidaraMasjid Tanah Melaka Tarikh: 20hb April 2008

Saya ingin menarik perhatian semua pihak yang berkepentingan di dalam Kampung Pulau ini agar sama-sama membangunkan anak bangsa kita sendiri dengan mengenepikan fahaman politik semata-mata.

Anak belia sangat dahagakan satu bentuk program yang dapat memandu mereka kepada sebuah kehidupan yang sihat dan berilmu. Atas kesedaran itu saya suka mencadangkan program-program berbentuk berikut:-

a) Riadah Belia – Tiadanya aktiviti riadah menyebabkan belia mudah terpengaruh dengan budaya dan amalan kurang sihat, untuk itu JKKK disaran dapat memperbaiki dan menaik taraf padang sepak takraw dan bola tampar supaya dapat digunakan pada waktu siang dan mahupun malam.

b) Kelas Fardu Ain - Meminta pihak Masjid menyediakan program tertentu dengan menyediakan tenaga pengajar muda yang dapat menarik minat belia. Selain itu, seharusnya Jawatankuasa Masjid perlu ada rancangan bagi menyediakan pelapis pegawai syarak bagi masa hadapan di kalangan anak qariah sendiri. Mungkin boleh diambil dikalangan pesara untuk dibentuk sebagai pelapis pegawai syarak.


c) Badan Belia - Meminta pemuda berada didalam sebuah badan yang bersifat mesra penduduk tanpa mengira ideologi politik. Ini bertujuan dapat membantu kerja-kerja amal bila diperlukan oleh anak qariah contohnya majlis walimah atau berlakunya kematian

d) Kelas Tuisyen- Kita mempunyai kepakaran yang banyak , dengan mengumpulkan semua guru-guru dan bekas guru dari anak kampong kita ini, kita mampu mengadakan kelas tambahan/ tuisyen untuk anak kampong. Tidakkah mahu kita melihat anak kampong kita ini cemerlang dalam pelajaran? Mungkin YB boleh turut sama membantu dalam hal ini.

Oleh itu saya mengharapkan , cadangan saya ini diterima pakai oleh semua pihak baik dari yang berwajib mahupun yang berpengaruh di dalam kampong kita ini. Kita amat mengharapkan cadangan ini dapat dicernakan dengan jayanya bagi kebaikan bersama.

Kami dipihak PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) cawangan ini sentiasa bersifat terbuka dan sentiasa membantu pihak JKKK dan Masjid dalam menjayakan niat ini.

Yang benar;

KHAIRUL SALLEH BIN ABU BAKAR
Setiausaha Kerja PAS
Kg Pulau Masjid Tanah Melaka.

No comments: