Friday, May 30, 2008

BUKA JALAN - BUKTI KEJAYAAN RAKYAT

Kabinet arah jalan BMC dibuka
May 30, 08 3:03pm
Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada lalulintas. Jika Bukan Pakatan Rakyat yang menyokong usaha penduduk ini , jangan harap BN Pusat nak melayan kesemua tuntutan ini.

Syabas Pakatan.

Thursday, May 29, 2008

Akhirnya ke UMNO jua.

oleh Ustaz Idris Ahmad Thu May 29, 08 11:09:11 am MYT

Dengan rasmi Ezam memohon masuk Umno pada 28/5/08. Borang diserah sendiri pada Dato' Seri Abdullah Badwi di Bangunan Parlimen. Pelik, tapi itu yang berlaku pada saudara Ezam yang saya kenali rapat dan saya kagum dengan stail kepimpinan beliau. -->-->
Beliau sanggup di ISA, dipenjara kerana OSA. Satu ketika dulu menurut Tun Musa Hitam beliau matang waktu muda kerana kehebatan beliau waktu memimpin gerakan PKR.
Namun beliau telah membuat keputusan sendiri untuk menyertai Umno dalam keadaan Umno sudah tidak laku, terutama di kalangan generasi siber.
Tidakkah beliau terfikir kawan-kawan beliau yang balik menyertai Umno seperti Roslan Kassim, Zaid Mat Arif, Hamdan Taha, Hanafiah Man dan lain-lain lagi. Di manakah mereka sekarang ini dalam persada politik Umno.
Saya cuba merayu beliau melalui SMS supaya jangan masuk Umno. Beliau membalas kepada saya jam 2.10 pagi 26/5/05 ketika saya dalam perjalanan pulang berceramah di Selinsing Perak. SMS beliau menyatakan sudah final untuk ke UMNO dan ada agenda tersendiri.
Apabila mengingatkan kehebatan beliau tiba-tiba beliau masuk Umno. Maka di sini kita perlu mengambil pengajaran bersama;
1.Doalah selalu supaya kita mati dalam perjuangan Islam seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w "Wahai hati yang berbolak balik, tetapkanlah hati dalam agamamu".
2. Perjuangan biarlah jelas, bukan untuk agenda peribadi mana-mana pihak.
3.Sering muhasabah diri kalau kita meninggalkan perjuangan satu pengkhianatan kepada perjuangan dan sahabat-sahabat yang lain.
4. Mendatangkan fitnah kepada perjuangan parti, kerana orang menganggap bahawa semua orang yang berjuang tidak boleh dipercayai.
5. Masalah peribadi jangan menjadi alasan untuk kita keluar parti. Kerana perjuangan kita, mesti nawaitu kerana Allah.
Akhirnya kita perlu berdoa "Ya Allah kalau hidup ini baik untuk agamamu dan hidupku maka panjanglah umurku, Ya Allah kalau hidup ini tidak baik untuk agamamu dan hidupku matikanlah aku".
Biarlah kita mati atas prinsip yang benar dan hidup mulia. Jangan mati dalam keadaan kita dianggap tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Apa yang kita hendak cari dalam dunia ini melainkan keredaan Allah, bukan keredaan manusia. Wallahua?lam

Wednesday, May 28, 2008

TUN- Dengan Singapura pun takut.......

Video terkini - Tun menyelar Paklah kerana takut dengan Singapura.

Tuesday, May 27, 2008

SIAPA LEBIH ARIF BAHASA TAMIL?

cuba kita lihat mana lebih pakar bahasa tamil antara YB Harun Idris (BN-Tangga Batu) dengan YB Gobalakrishnan (PKR- Padang Serai). Ini bermula bila Harun meminta YB Pas duduk semasa dia ingin meneruskan ucapan. Mari saksikan.

TOK GURU UMRAH - SELAMAT PERGI DAN KEMBALI


Hari ini Tok guru akan berangkat menunaikan umrah dan jawatannya akan dipangku oleh YB Husam Musa setelah Timb beliau dimasukkan ke hospital setelah mengadu sakit. Keberangkatan Tok Guru diiringi penyokong seramai 1000 orang di Lapangan terbang Kota Bharu. Kita mendoakan selamat pergi dan kembali.
Takbir

Monday, May 26, 2008

PULAU PISANG PULA BAKAL TERLEPAS?


Kerajaan Malaysia memang lemah ...itu komen YB Mahfuz Omar terhadap apa yang berlaku kepada Pulau Batu Puteh. Ketika ini kerajaan Singapura pastinya sedang berusaha untuk menjadikan Pulau Pisang pula sebagai miliknya. Walaupun secara jelas Singapura hanya diminta untuk menyelenggara Rumah Api di Batu Puteh dan Pulau Pisang sahaja tetapi mereka bukan bodoh untuk menyelenggara sahaja.
Yang pasti nelayan kita telah dinafikan untuk mendekati pulau tersebut walaupun ianya milik Negara kita. Sifat bertolak ansur atas menjaga hati jiran telah diambil kesempatan oleh Kerajaan Singapura. Kerajaan BN memang lemah dan Kerajaan UMNO Johor paling lemah dalam hal ini. Kenapa kedaulatan ini tidak dibangkitkan oleh mereka yang mendakwa menjaga kepentingan Melayu.
Dari segi sepadan maritim Singapura telah mendapat kelebihan bilamana Pulau Batu Puteh ini menjadi miliknya...apa tidaknya mungkin disitu mereka boleh meletakkan "base" kapal selam mereka yang hanya 7Km dari Pengerang Johor. Kenapa Najib selaku menteri Pertahanan kita tidak terfikir soal ini. Disebabkan itu Singapura lebih bersungguh mendapatkan Pulau ini kerana ada kepentingan negaranya. Tetapi pimpinan negara sekali lagi berlembut dalam hal maruah negara. Apapun sekali lagi tahniah diatas "PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL" yang mengadaikan negara.

Friday, May 23, 2008

PULAU BATU PUTEH- BERPUTIH MATA ANGKARA SUK BODOH




Selepas pertikaian selama 28 tahun diantara Singapura mengenai ketuanan Pulau Batu Putih ini maka hari ini ICJ di Hague Belanda memutuskan ianya milik Kerajaan Singapura.

Alangkah sedihnya bilamana tanahair kita terlepas satu demi satu ketangan asing hasil penjajahan British dulu.


Jika diturut kata akal kedaulatan pulau ini sepatutnya milik negara kerana Singapura sendiri adalah milik kita. Tapi semua ini hanya tinggal sejarah. Maka selaku generasi pasca merdeka harus sedar bahawa kesilapan pimpinan terdahulu membawa implikasi besar kepada insan pada masa ini.


Hujah yang cukup dangkal digunakan disini dimana surat yang dikeluarkan oleh pemangku SUK Johor pada ketika itu dimana Johor tidak berminat kedaulatan Pulau tersebut. Hanya seringkas itu ayat yang digunakan dalam surat tersebut...berdebah betul SUK itu.

Thursday, May 22, 2008

EZAM- JANGAN JILAT APA YANG DILUDAHI

Tersentak dengan berita sdr Ezam masuk semula UMNO ketika Tun sendiri keluar dari parti yang diasaskannya (setelah diharamkan 1988). Semua orang sedang membenci UMNO takkan dikala itu Sdr Ezam nak meletakkan dirinya disitu.

Penulis pernah berbuka puasa dirumah beliau pada tahun 2006 ketika adanya Dato Seri Anwar disana. Ketika itu nada ucapannya cukup menyengit menentang kebobrokkan UMNO dan diharapkan sdr Ezam kekal dengan semangat itu.

Mari kita sama-sama berdoa agar sdr Ezam dapat menetapkan perjuangannya agar senantiasa diatas landasan Islam dan kebenaran. Saksikan Video nya dibawah ini ketika bersama BA dahulu.

Tuesday, May 20, 2008

Idealisme PAS patut dicantum dengan kebijaksanaan Dr M

Oleh SALAHUDDIN HAJI AYUBKetua Dewan Pemuda PAS Pusat


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang positif keputusan berani bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno semalam. Tindakan ini bukan sekadar satu tekanan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi juga merupakan satu isyarat kepada rakyat bahawa parti perkauman itu tidak relevan lagi dalam politik Negara ini. Ini adalah kali keempat seorang presiden Umno keluar parti selepas Dato’ Onn Jaafar melakukannya pada 1951, diikuti oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pada 1988. Secara jelas menunjukkan bahawa Umno adalah parti yang tidak baik pada pandangan bekas presidennya sendiri. Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan idea-idea pembaharuan untuk membangunkan negara adalah seorang tokoh yang masih relevan di Negara ini. PAS memang semenjak dahulu berselisih pandangan dengan beliau, tetapi bukan dalam soal idea-idea pembangunannya, sebalik desakkan PAS untuk beliau menerima Islam sebagai asas pembangunan negara. Oleh kerana Dr Mahathir telah melihat dan menyedari kepincangan Umno pada hari ini dan beliau mengakui dasar-dasar pembangunan PAS di Kelantan adalah lebih baik, maka idealisme perjuangan PAS patut dicantum dengan kebijaksanaan pemikiran pembangunan Dr Mahathir. Caranya ialah dengan tokoh negarawan itu menyertai PAS. DPP Pusat dengan berbesar hati menyokong seruan Mursyidul Am PAS supaya Dr Mahathir menyertai parti ini. DPP Pusat juga ingin mengajak Dr Mahathir untuk kembali kepada fitrah manusia dengan menerima Islam sebagai asas perjuangan dalam seluruh kehidupan. DPP Pusat percaya bahawa selama ini Dr Mahathir mempunyai keyakinan terhadap kebolehan Islam, tetapi beliau menerima nasihat yang salah daripada ulamak kerajaan sehingga gagasan Islam tidak selari dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Jika Dr Mahathir sudi menyertai PAS, kesilapan-kesilapan ini masih boleh diperbetulkan dan beliau berpeluang untuk melihat Islam dalam konteks yang lebih menyeluruh seperti mana yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW. DPP Pusat dengan ini mengajak Dr Mahathir dan ahli-ahli Umno yang sedar akan penyelewengan Umno untuk membina kekuatan baru bangsa Melayu berasaskan Islam dengan menyertai PAS.

Monday, May 19, 2008

BERSIAP SEDIA...MUNGKIN ADA PILIHANRAYA 2009

Dengan pengumuman Dr M keluar UMNO , maka kita menjangkakan akan ramai lagi pemimpin umno kanan yang akan menurut jejak langkah bekas Presiden yang pernah memimpin UMNO selama lebih 22 tahun ini. Jika ini terjadi bagi mendapat mandat dan kepercayaan rakyat dan pelabur luar maka PakLah berkemungkinan besar akan meminta parlimen dibubarkan untuk pilihanraya semula. Selain dari tekanan yang sedia ada iaitu ancaman lompat parti BN ke PR , keluarnya Dr M dari Umno melengkapkan hipotisis bahawa Perdana Menteri baru bakal dilantik sebelum hujung tahun ini. Samaada Anwar atau Najib, Kuli atau Muhyiddin akan menjadi percaturan terkini sekarang. Bualan umum tidak memihak kepada PakLah lagi.

Bagi kita pendokong PR antara kerja yang mesti dilakukan kini adalah seperti dibawah:-

1. Memastikan semua pendokong/penyokong kita telah mendaftar sebagai pengundi. (Omarojik, Hafez dah daftar lum)
2. Merapatkan kembali sususan gerakerja parti agar lebih mantap dari dahulu.

awas...PRU 13 hampir tiba.

Sunday, May 18, 2008

Insentif RM1000- bertuahnya Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan insentif RM 1000 bagi anak kelahiran negeri itu yang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah. Ini merupakan insentif kedua yang dilakukan selepas pemberian 20m padu air percuma bulan jun ini. Bertuahnya mereka yang mendiami dinegeri selangor. Kita harus bertanya kenapa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) boleh membuatnya.....kenapa BN tak mampu sedangkan ia mendakwa ianya sebuah kerajaan yang kaya...

Friday, May 16, 2008

SAH....MEREKA TERLIBAT

Sah memang mereka ini terlibat dalam mengatur pelantikan hakim semasa zaman Tun Mahathir , itu ulasan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya Diraja Klip Video VK Lingam. Ini menunjukkan bahawa Dato Seri Anwar (DSAI) bukannya mereka-reka cerita bagi kepentingan politik semata-mata. Insyaallah akan ada lagi jerung yang namanya akan dikeluarkan lagi selepas ini.
Dengan pendedahan ini memperlihatkan betapa rapuhnya sistem perundangan negara. Mana maruah kita ?


Thursday, May 15, 2008

BOIKOT UTUSAN MELAYU DAN B.HARIAN


Hrkh- Semua penyokong pakatan Rakyat (PR) diminta memboikot akhbar harian utama di Negara ini kerana didakwa banyak melakukan pembohongan dan cuba melaga-lagakan kerajaan pakatan Rakyat. Sebenarnya jika kita perhatikan didada - dada akhbar "liar" ini pun memang tiada berita baikpun tentang kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat. Bagi kita akhbar yang harganya RM1.50 hingga RM 2.00 ini memang tiada nilai berita yang boleh diambil darinya.
Elok kita tumpang baca sahaja tetapi jangan membelinya.

Wednesday, May 14, 2008

Klip Video KJ bertarung dgn MP Pakatan

http://www.youtube.com/UPUPULAU


sila click kat situ...seronok

BETUL KE ADA YANG MELOMPAT?





Dalam keadaan tertunggu-tunggu siapa MP BN yang akan melompat pihak akhbar cuba mencari isu lain bagi menutup isu yang kencang bertiup pada ketika ini. Dalam hal ini Melihatkan kepada perbahasan beliau semasa di dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali nampaknya menggunakan status `bebasnya` itu untuk bercakap apa yang menjadi pendiriannya. Keadaan itu menarik minat kita untuk mengetahui apakah yang berada dalam fikirannya berhubung dengan isu lompat parti yang kini menjadi `senjata` utama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan yang baru menggantikan Barisan Nasional (BN). ``Kalau nak buat kenyataan biarlah munasabah, jangan hina kemampuan kita yang boleh berfikir. Kalau Anwar nak jadi Perdana Menteri, dia kena menang pilihan raya umum akan datang bukannya dengan harap ada yang melompat parti menyertainya,`` itulah reaksi spontan beliau

Bagi kita ahli Pas diperingkat bawahan kenyataan lompat ini merupakan bonus kepada perjuangan kita selama ini. Jika benar "lompat" berlaku dan kerajaan baru dapat ditubuhkan maka senanglah kita mendakwah umno totok dikampung kita nanti....teruskan berdoa.

Monday, May 12, 2008

KJ kena lagi


Dewan Rakyat hari ini riuh dengan ungkapan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa". -->-->
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu meningkah.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan 'projek khinzir raksasa' (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.

Bahasa Jiwa Budak Pulau



1) Keunikan bahasa
Tahukah kita semua bahawa bahasa yang digunakan dikampung kita ini cukup istimewa hinggakan sukar difahami oleh orang luar. sekadar beberapa contoh sahaja orang sudah pening memikirkan petuturan kita.

berdesup, dedau, berbere-bere, haram tak apik. (kalau ada tinggalkan kat ruangan chat)

2) Kg Pulau juga mempunyai beberapa tempat atau jalan yang entah apa maksudnya.

- Jalan Gepuh, Jalan Labuh Kapal, Tanjung Kamat, Paya Meranti, Ujung Alo
- Padang Kastam, Julu dan Jilir

3) Nama-nama org lama yang cukup pelik tapi membawa banyak jasa
- Anto Kamo, Baba Peril, Saat Tunjang, Mat Pencong, Baba Mat Lapok...ganas semua nama ini kan.

Jadi...unik kampung kita ini.

Sunday, May 11, 2008

Gambar & Video aktiviti parti

Alhamdulilah kesemua gambar dan video yang diterima telahpun di sunting dan boleh didapati dengan klik pada alamat dibawah:

video: http://www.youtube.com/UPUPULAU

Gambar: http://upupulau2008.fotopages.com

selamat menatap.

Wednesday, May 7, 2008

Hapus Cukai 20% - Antara Kerajaan Berintergriti atau Kerajaan Berjanji


Minggu ini teruk Kerajaan PR Selangor dibelasah dan dikutuk oleh pimpinan UMNO kerana gagal memberi potongan 20% terhadap cukai pintu sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU yang lalu. Tok Najib telah bertindak lebih jauh dengan mengatakan rakyat kini rasa tertipu dan pasti ada yang menyesal kerana mengundi PR.

Ironinya disini ialah mereka yang bising dan kecoh bukannya rakyat yang mengundi PR tetapi mereka yang mengundi BN pula yang membuat bising dan kecoh seolah-olah mereka yang mengangkat Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor.

Persoalannya sekarang adakah rakyat akan merasa semua itu jika BN masih lagi memerintah negeri Selangor pada ketika ini? Apa janji BN jika kekal di Selangor? yang pasti slogan selangor maju yang akan dibawa....tidak lebih dari itu.

Dimana air percuma dan cuti bersalin 90 hari? Jadi adakah PR dikira menipu rakyat jika hanya gagal melaksanakan 1 dari semua manifesto yang dijanji. Selain itu PR yang baru berusia 2 bulan menerajui Selangor sudah mula membawa faedah kepada rakyat walaupun menyedari ianya bakal menyusutkan pendapatan negeri. Apa guna kantung bertimbun-timbun jika hasilnya tidak dirasai rakyat selangor. Di sini memperlihatkan bagaimana intergriti PR berbanding BN dalam menguruskan hasil negeri.

BN yang rakus meratah wang Balkis , merendah taraf manusia dengan penyapu dan mengondol bumi cerakah hanya bermatlamat memenuhi kantung peribadi bukannya kantung negeri.
Mana intergriti BN dalam hal ini. Saya penuh yakin dengan rakyat selangor yang mengundi PR bukannya melihat manifesto semata-mata tetapi persoalan besar yang mereka lihat adalah kerajaan yang berintergriti. Dan mengundi PR adalah jawapannya.

Tuesday, May 6, 2008

Pembatalan Dakwat Kuku - alasan direka-reka SPR


Kontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di dalam isu pembatalan penggunakan dakwat beberapa hari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu kini terjawab apabila Dewan Rakyat diberiahu bahawa ianya laporan polis mengenainya dibuat adalah berasaskan kepada khabar angin.Pendedahan yang mengejut itu di lakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar di dalam jawapan bertulisnya kepada soalan ahli parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan.
Pada 4 Mac 2008, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac.Beliau menambah laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan kononnya terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.Sidang akhbar itu telah dihadiri bersama oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.SPR telah mereka-reka cerita kononya pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.Menurut Ab. Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.Dengan nada penuh penipuan sewaktu itu Rashid berkata "SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun demi menjamin kelancaran proses pengundian dan demi ketenteraman serta keselamatan awam, keputusan ini perlu dibuat."Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan ini dengan hati terbuka," kata Ab. Rashid lagi di sidang kahbar berkenaan.KINI menurut jawapan kepada ahli parlimen Batu Gajah itu, Syed Hamid berkata, siasatan polis tidak menemui sebarang bukti di sebalik dakwaan tersebut selepas tiga kertas siasatan dibuka. Demikian dilaporkan leh akhbar online, malaysiakini."Setelah laporan tersebut diteliti, dan pihak polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tidak ada seorang saksipun yang pernah melihat dakwat tersebut."Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti terlibat dalam kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif," kata Syed Hamid lagi.Berikutan itu, tegas Syed Hamid, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut'.Syed Hamid juga berkata, pengadu membuat aduan polis kerana mereka bimbang dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di Thailand dan akan disalahgunakan sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu.Justeru itu kami berpendapat, keempat-empat yang hadir di dalam sidang akhbar perlu dtahan dan ditangkap serta di bawa ke muka pengadilan.Satu siasatan rapi hendaklah dilakukan ketas pembuat-pembuat laporan polis tersebut untuk menentukan bahawa mereka tidak diarahkan untuk berbuat demikian oleh mana-mana pegawai tertinggi kerajaan di dalam satu penipuan terrancang dan sebarang konspirasi yang ada perlu didedahkan untuk pengetahuan rakyat.Kita meminta Kerajaan BN yang berkuasa kini supaya berani mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai tertinginya demi meletakan kebenaran dan keadilan di tempatnya yang lebih wajar agar rakyat tidak ditipu sewenang-wenangnya dengan menggunakan alasan-alasan yang direka-reka.Ketua Polis Musa Hasan dan juga Peguam Negara Gani Patail yang terlibat di dalam memberikan iringan kehormat kepada Pengerusi SPR di sidang akhbar berkenaan untuk melakukan penipuan kepada rakyat perlu diambil tindakan segera dengan melucutkan mereka dari jawatan masing-masing.Sekiranya kerajan BN berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan kepada mereka berkenaan akn mendedahkan lagi fakta bahawa kerajaan di bawah pipinan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah sebuah kerajaan paling lemah dan korup kerana gagal bertindak ke atas pegawai-pegawai tertingginya sehingga mereka itu mampu melakukan konspirasi untuk menipu sekalian rakyat Malaysia.

Khairy Angkuh dengan ISA

Imageoleh: Anak Mangsa ISA


Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka yang begitu 'sayang' dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

"I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'." Lagi pun family I belum ada yang kena ISA", itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo-Lo Mohd Ghazali (PAS Titiwangsa) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni - lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"

Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu. Itulah antara kata-kata sebahagian ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.

Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting (Kemta) segera dibebaskan.

ImageDalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Dato' Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.

Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem, tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.

Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.

Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.

Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.

Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan 'hukuman' yang telah dijatuhkan oleh rakyat.

Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.

Mungkin mereka akan sedar jika Umno sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.

Monday, May 5, 2008

Kongress Pemuafakatan Melayu...untuk apa?

Semangat betul badan-badan yang mendakwa membela melayu berkumpul di negeri kelahiran UMNO bagi menunjukkan kepada umat malaysia bahawa melayu sedang sakit dan perlu pembelaan.

Memang benar melayu sedang sakit, Umno lah yang telah menyebabkan melayu pada hari ini dalam keadaan sakit. Pimpinan melayu (UMNO) merosakkan tanah rezab melayu, Memurtadkan melayu Islam dan pelbagai lagi.
Ini tidak dikira dengan kemungkaran lain yang bersarang dengan tebalnya hingga susah untuk dibaik pulih.

Bagi Pas kekuatan sesuatu bangsa adalah diukur kepada sejauh mana kekuatan Islam dalam umatnya. Kerana Islam merupakan teras kepada kemajuan satu tamadun bangsa didunia ini. Yang mengangkat martabat bangsa arab adalah Islam, bukannya teknologi piramid ciptaan manusia. Jadi Pemuafakatan Islam lebih signifikan berbanding pemuafakatan atas dasar bangsa yang cuba diuar-uarkan konco-konco Umno ini.

Sunday, May 4, 2008

KRISIS MAKANAN MENGHANTUI BN

Belumpun reda dengan isu kenaikan harga petrol yang mengheret kerajaan BN kekancah kegagalan dalam PRU12, timbul pula isu beras yang meningkat secara mendadak pada hari ini. Sepikul beras yang biasanya RM80 kini meningkat kepada RM 120 yang membuatkan rakyat terus bertanya kepada BN apa peranan kerajaan dalam mengekang masalah ini. Maka terciptalah satu lagi selogan baru iaitu BN= Beras Naik. Ini amat bertepatan dengan kegagalan Paklah dan menteri barunya dalam isu ini.

Kerajaan Pakatan di Kedah sebaliknya telah mengambil langkah kedepan dengan mengistiharkan tanah 60ribu hektar untuk lot sawah yang perlu dibuka dan dinaiktaraf.. Syabas Pakatan.

Thursday, May 1, 2008

MARKAZ...UMNO pula prihatin

ntah tiba-tiba begitu ramai insan diluar sana yang cukup prihatin dengan markaz UPU Kg Pulau. Ada yang prihatin tentang bil api dan air sudah dibayar atau sebaliknya. Ada juga yang cukup risau barang-barang dalam rumah tersebut. Untuk makluman pembaca markaz tersebut telahpun mendapat keizinan dari Tuan rumah iaitu Hasnah Idris dan Malik Mohd. Penulis telah pun meminta keizinan sebelum PRU12 dan sekalilagi selepas PRU12 pada 16mac2008. Oleh yang demikian Markaz tersebut akan diletakkan dibawah penjagaan Mohd Husni Said.

antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah usrah kelompok pada setiap khamis malam jumaat. markaz ini juga akan dipastikan bersih. Oleh itu saya berharap pihak teman-teman dapat jelas tentang kedudukan markaz ini.

Agaknya UMNO rela rumah kosong ini punah satu demi satu seperti rumah kosong lain yang ditinggalkan. Sebenarnya Pas Kg ini lebih hebat dari UMNO kerana sehingga kehari ini UMNO masih gagal mendirikan markaz nya sendiri. sekian