Wednesday, May 7, 2008

Hapus Cukai 20% - Antara Kerajaan Berintergriti atau Kerajaan Berjanji


Minggu ini teruk Kerajaan PR Selangor dibelasah dan dikutuk oleh pimpinan UMNO kerana gagal memberi potongan 20% terhadap cukai pintu sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU yang lalu. Tok Najib telah bertindak lebih jauh dengan mengatakan rakyat kini rasa tertipu dan pasti ada yang menyesal kerana mengundi PR.

Ironinya disini ialah mereka yang bising dan kecoh bukannya rakyat yang mengundi PR tetapi mereka yang mengundi BN pula yang membuat bising dan kecoh seolah-olah mereka yang mengangkat Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor.

Persoalannya sekarang adakah rakyat akan merasa semua itu jika BN masih lagi memerintah negeri Selangor pada ketika ini? Apa janji BN jika kekal di Selangor? yang pasti slogan selangor maju yang akan dibawa....tidak lebih dari itu.

Dimana air percuma dan cuti bersalin 90 hari? Jadi adakah PR dikira menipu rakyat jika hanya gagal melaksanakan 1 dari semua manifesto yang dijanji. Selain itu PR yang baru berusia 2 bulan menerajui Selangor sudah mula membawa faedah kepada rakyat walaupun menyedari ianya bakal menyusutkan pendapatan negeri. Apa guna kantung bertimbun-timbun jika hasilnya tidak dirasai rakyat selangor. Di sini memperlihatkan bagaimana intergriti PR berbanding BN dalam menguruskan hasil negeri.

BN yang rakus meratah wang Balkis , merendah taraf manusia dengan penyapu dan mengondol bumi cerakah hanya bermatlamat memenuhi kantung peribadi bukannya kantung negeri.
Mana intergriti BN dalam hal ini. Saya penuh yakin dengan rakyat selangor yang mengundi PR bukannya melihat manifesto semata-mata tetapi persoalan besar yang mereka lihat adalah kerajaan yang berintergriti. Dan mengundi PR adalah jawapannya.

No comments: