Wednesday, July 30, 2008

UMNO TUNJUK BAIK....ADA MAKNA TU

Perak dan Pahang sudah mula menawar bentuk kerjasama dengan PAS atas nama perpaduan melayu konon. Dalam hal ini Pas pasti tertekan antara menerima atau menolak. Jika menolak sudah pasti akan dijadikan isu Umno bahawa Pas menolak perpaduan. Jika menerima Pas dikira mengkhianati PR dan sdr Anwar.

PAS mula dipandang serong kawan dan lawan. Walaupun MB kedah (bercakap Macam UMNO) berkata dalam politik semua kemungkinan boleh berlaku tetapi dalam PAS jangan benarkan semua ini berlaku. Apa yang ingin dibela hasil perpaduan ini? Sepatutnya PAS perlu bertegas jika pergabungan berlaku maka perkara pokok adalah Malaysia kena kearah negara keadilan, Kebajikan selaras dengan Islam.

Dari situ kita rungkai satu persatu mana-mana yang tidak selari dengan impian baru ini. Pada hemat saya biarlah kita berlawan dengan UMNO dari menjadi biawak hidup dibawah telunjuk nya.

Saturday, July 26, 2008

Bubar Pas dan UMNO - Nik Aziz

Tn Guru mencadangkan agar kedua-dua parti terbesar melayu dibubarkan dan diganti dengan parti berlandaskan Islam bagi memimpin melayu dan Islam di negara ini. Cadangan ini ada asasnya kerana akhir-akhir ini kedua-dua pemimpin dalam UMNO dan Pas seperti hilang arah bila mendapat kuasa. Ini menjadikan Pas dan UMNO seperti tidak mendokong perjuangan masing-masing. Namun apa kita sedar parti baru yang bakal dibina kelak memenuhi kehendak dan matlamat Islam atau tidak? ...sama-sama kita fikirkan.

Friday, July 25, 2008

Kenapa MB Kedah kecewakan Pakatan Rakyat?

MB kedah yang datangnya dari PAS seringkali membuat kenyataan yang cukup mengecewakan pakatan rakyat. setiap apa yang diutarakan pasti menungkah aliran dari MB pakatan yang lain.

Umpamanya boikot Utusan malaysia, kerajaan Kedah masih belum memboikot akhbar ini sedangkan sudah diputus diperingkat tertinggi parti.

Kedua, Isu penebangan balak dikawasan tadahan air yang jelas bertentangan dengan prinsip dan manifesto Pas dan PR.

ketiga, sokongan terbuka kepada MB terengganu diatas pembelian Mercedes mengantikan V6.

Pelik betul la MB kedah ini, tiada kesepakatan dalam membuat keputusan parti dalam mentadbir negeri.

Wednesday, July 23, 2008

Mercedes dan V6

sukar difahami kenapa tiba-tiba kerajaan Ahmad Said di trganu menukar semua kenderaan rasmi dari V6 ke Mercedes atas alasan nak jimat kos selenggara. Keseluruhan wang rakyat mencecah 3.4 juta atas pembelian merc ini. Jika benar nak jimat kos sepatutnya Ahmad menukar V6 dengan yang baru dan menjual secara tender V6 lama, jadi apa masalahnya?

Ironinya kerajaan UMNO Tganu ini boleh lagi mengatakan duit ini bukan duit royalti tetapi duit kerajaan negeri. Apa beza duit kerajaan negeri dengan royalti? sedangkan kedua-dua duit tersebut adalah duit rakyat.

Jika kerajaan Pakatan Rakyat yang membuat tindakan yang serupa sudah tentu teruk dibelasah media, tetapi Najib dab Paklah cukup berlembut bila perkara ini dilakukan puak-puak mereka.

Thursday, July 17, 2008

Anwar boleh dijamin - malaysiakini

Peguam anwar berkata kemungkinan anwar akan dibebaskan pada jam 1 ptg ini. Beliau yakin anwar boleh dijamin dan dibebaskan pada hari ini juga.

Wednesday, July 16, 2008

Syabas Anwar- berjaya bawa mesej rakyat.

Debat malam tadi memperlihatkan kemenangan kepada PR kerana berjaya membawa mesej kepada umum secara langsung diseluruh negara. Anwar berjaya membentangkan fakta bagaimana menurunkan harga minyak sebanyak 50sen dari nilai sekarang. Beliau juga berjaya menangkis dakwaan agen IMF dan isu perletakan Tan sri Ani Arope dari TNB.

Anwar juga lantang menyebut syarikat Kroni dalam pengawalan diesel negara. Semua ini memberi pemahaman yang cukup jitu apa sebenarnya peranan PR dalam politik tanahair. Anwar juga nampak tenang walaupun diasak dengan serangan peribadi .

Namun rakyat agak tersentak bilamana anwar kini telah ditahan di IPK jam 1.00 ptg tadi seperti penjenayah besar. Kita berdoa agar Anwar akan dibebaskan dan diberi layanan sebagai warganegara yang merdeka.

Tuesday, July 15, 2008

Kenapa Isu liwat di cipta?

Sila dgr apa penjelasan sdr saifudin dlm hal ini.

Monday, July 14, 2008

Usul ditolak- MP Pakatan Keluar Dewan.

Tan sUsul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu.Gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.
Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihanraya walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihanraya - berjanji ia tidak akan berlaku.
Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.
Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap perdana menteri dan anggota kabinetnya. Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar makanan.
Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat.ri speaker telah menolak usul undi tak percaya yang dikemukakan pada khamis lalu.

Thursday, July 10, 2008

Usul untuk Dolah , Cek Kosong untuk Najib

Pagi ini usul tak percaya telah dibawa oleh Kak Wan Azizah untuk diputuskan pada Isnin ini. Jika usul ini diterima speaker dewan maka pengundian bagi menentukan kedudukan Dolah bakal diketahui dalam minggu hadapan.
Sementara itu di PWTC Dolah telah menyatakan bahawa ia akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib pada Jun 2010. Ini boleh diumpamakan seperti Najib menerima cek kosong yang hanya boleh ditunaikan selepas 23bulan dari sekarang. Apa akan berlaku jika sekiranya usul dibawa kak wan diterima dan memihak kepada PR? sudahpasti cek yang diterima Najib sudah tidak laku dan berguna lagi. Begitu juga jika Sdr Anwar berada di Putrajaya maka najib pasti berputih mata sepertimana terlepasnya pulau Batu Puteh.

Mengapa tidak semena-mena Dolah ingin memberi kerusinya kepada Najib? Mungkinkah dia sudah mendapat nasihat dari perisiknya bahawa kedudukannya memang tidak stabil atau aura Anwar sudah berlegar-legar di Putrajaya.

Tuesday, July 8, 2008

protes dalam PROTES

perhimpunan PROTES ahad lalu benar-benar gagal dan lari dari matlamat asal. Ini lah natijah awal kepada perancangan yang asyik bertukar-tukar tarikh dan tempat perhimpunan. Dari 4jun ke 15julai dan akhirnya 6 julai dipilih. Begitu juga dengan tempat berhimpun dari KLCC ke Amcorp PJ dan akhirnya ke Stadium Kelana Jaya. Semua ini membuatkan rakyat sudah bosan dan tidak turun dengan ramainya keacara ini.

Selain itu pengisian dalam acara tersebut sudah banyak tercemar dengan hiburan keterlaluan, sepatutnya konsep acara ini dikekalkan sepertimana himpunan BERSIH yang mana lebih tepat walaupun disekat dan dihalang pihak polis.

Ntah mengapa, bilamana pakatan rakyat sudah menguasai beberapa negeri seolah-olah kecut kepada amaran polis hinggakan tunda-tunda dan terus menunda. Ini lah protes kita dalam himpunan PROTES ini. Benar apa yang dikatakan oleh Tn Guru Presiden bahawa himpunan ini mesti diadakan di Jalan Raya bagi menunjukkan rasa protes kita kepada umum.

Friday, July 4, 2008

Tanpa Anwar- Pakatan Rakyat tetap akan perintah Negara

Sama ada Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri atau tidak, itu bukan persoalannya. Beliau mungkin berjaya menjadi Perdana Menteri, ataupun tidak. Tetapi dua hakikat yang wajar dipegang. Pertama, Pakatan Rakyat akan tubuhkan kerajaan, sama ada tahun ini, dan kalau tidak; pada pilihan raya umum akan datang, PRU-13. Kalau tidak, pilihan raya selepasnya. -->
Ini kerana sistem dua parti adalah kedudukan yang semula jadi bagi mana-mana negara ytang matang di dunia. Sejarah telah membuktikannya dan adalah suatu yang dijangkakan bahawa Malaysia juga akan memiliki sistem dua parti. Bukan saja Malaysia tetapi juga negara-negara lain di rantau ini termasuklah Singapura, Brunei, Myanmar dan Laos.
Kedua, dalam perjuangan demokratik ini, Anwar dan keluarganya telah memberi sumbangan besar. Beliau, isterinya, Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar adalah perintis sebuah keluarga pejuang politik yang telah memperjuangkan demokrasi dan akan terus melakukannya pada masa-masa akan datang.
Justeru, sama ada Anwar berjaya menjadi perdana menteri atau tidak, sudah tidak menjadi perkiraan. Malah kalau Wan Azizah menjadi perdana menteri pun, rakyat dipercayai boleh menerimanya. Yang penting adalah sistem dan budaya demokratik distabilkan di negara ini. Dari sistem ini, akan muncul pelbagai pemimpin yang akan mewarnai politik negara. Kalau tidak Wan Azizah, maka rakyat boleh melantik Nurul Izzah.
Dan tidak semestinya daripada keluarga itu. Yang hendak dicapai adalah demokrasi dan nepokrasi. Cumanya dalam sejarah, politik sememangnya mempunyai sifat kekeluargaan. Bagaimanapun, demokrasi melangkaui feudalisme yang bersifat nepotisme. Justeru, kalau tidak Anwar yang menjadi Perdana menteri dari Pakatan Rakyat, Syed Husin Ali pun boleh. Khalid Ibrahim pun boleh. Dan tidak semestinya perdana menteri datang dari kalangan KeADILan. Dari PAS pun boleh. Abdul Hadi Awang, malah Nik Abdul Aziz Nik Mat pun boleh.
Namun begitu sumbangan besar Anwar terhadap demokrasi dan sistem dua parti adalah jelas. Beliau adalah pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi. Daripada seorang pemimpin pelajar dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), beliau sudah menolak Umno. Tetapi penyertaannya ke dalam Umno pula lebih bersifat taktikal dan ternyata Anwar tidaklah berjiwa Umno sebenar.
Sebab itu beliau mudah untuk menerima Umno Baru dengan jangkaan bahawa akhirnya beliau akan melakukan reformasi. Maka beliau menyebut mengenai 'Kebangkitan Asia' ketika dalam Umno Baru lagi. Suatu kesedaran politik yang lebih cenderung terhadap demokrasi dan keadilan, pada waktu yang sama mesra gerakan Islam.
Tetapi beliau gagal dalam Umno Baru. Bagaimanapun, kegagalan beliau itu ada hikmah tersendiri. Ia membolehkan beliau bebas daripada budaya Umno dan terus mewujudkan Parti Keadilan Nasional (PKN) sebagai kekuatan baru. Parti ini mesra gerakan kiri dan lantas dicantumkannya dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Di kalangan ahli politik pembangkang, tiga tokoh yang menjadi penyandar kepada Anwar. Mereka adalah Allahyarham Fadzil Nor, Syed Husin dan Lim Kit Siang. Tanpa sokongan ketiga-tiga ini, gerakan demokratik Anwar tidak akan ke mana. Mereka inilah yang membolehkan penubuhan Barisan Alternatif (BA) dan seterusnya menjadi asas kepada Pakatan Rakyat hari ini.
Fadzil sentiasa menyokong Anwar sejak dari zaman ABIM lagi ketiga beliau adalah timbalannya. Malah ketika Anwar dalam Umno pun, Fadzil masih bersangka baik. Ketika Anwar disingkirkan daripada Umno, Fadzil menjadi obor kepada rakyat Malaysia untuk melihat kebaikan daripada diri Anwar. Selepas Fadzil meninggal dunia, Syed Husin muncul sebagai hati budi KeADILan. Rakyat bergantung pada Syed Husin untuk bersangka kepada Anwar.
Tetapi di antara ketiga-tiga ahli politik itu, Fadzil, Syed Husin dan Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) itulah yang paling kanan dan berpengalaman sebagai ahli parlimen. Beliau yang menjadi ketua pembangkang yang cemerlang menerima kepimpinan Wan Azizah dalam parlimen.
Tetapi di antara ahli-ahli politik pembangkang itu, tidak ada orang yang lebih dipercayai daripada Wan Azizah. Hayat politik Anwar bergantung rapat dengan Wan Azizah dan seterusnya kepada anaknya, Nurul Izzah. Maka akhirnya kalau Anwar gagal menjadi Perdana Menteri, adalah wajar Wan Azizah menggantikan tempatnya. Tidak ada masalah bagi pendokong Pakatan Rakyat.
Sementara pendokong Pakatan Rakyat, baik dari KeADILan, PAS, DAP ataupun parti-parti sekutunya dari kalangan Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Demokratik Malaysia (MDP), mahupun dari pelbagai gerakan yang telah menolak BN menjadi tulang belakang kepada perjuangan mewujudkan sistem dua parti di negara ini.
Justeru, pendokong Pakatan Rakyat mesti mengukuhkan semangat dalam keadaan yang bertambah mengancam. Walaupun ada pembelot yang meninggalkan perjuangan atas pelbagai sebab, tetapi fokus harus diberikan kepada perjuangan khusus untuk mencapai negara yang adil dan demokratik.
Bagi orang Melayu, dokongan terhadap Pakatan Rakyat lebih bermakna lagi kerana tidak ada pilihan lain buat waktu ini. Suatu fahaman baru memperjuangkan bangsa mesti diwujudkan dalam minda Melayu. Apa yang gagal dicapai melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan melalui Agenda Ekonomi Malaysia (AEM). Orang Melayu mesti dijayakan dalam konteks keadilan, suatu perjuangan panjang yang pernah dilaung-laungkan sejak sebelum Umno diwujudkan. Fahaman Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) wajar diserlahkan melalui Pakatan Rakyat.
Dalam keadaan ini, sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat adalah lebih penting lagi. Ini kerana suara mereka amat diperlukan untuk menyerlahkan agenda Melayu.- tajdid _

Thursday, July 3, 2008

Siapa dia budak SAIFUL ini?


Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.