Semakin hari semakin pelik media tempatan, bila UMNO bermesyuarat agong pemimpin-pemimpin BN akan ditemuramah untuk beri pandangan dan pemimpin-pemimpin pembangkang langsung tidak diberi peluang untuk mengulas. Bila PAS bermuktamar sekali lagi media tempatan mendapatkan ulasan dari pemimpin-pemimpin BN tidak pula diberi peluang kepada pemimpin-pemimpin PAS atau pun PR untuk memberi ulasan.
Memang pelik sepatutnya ulasan yang lebih tepat datang dari mana-mana parti yang sedang bermesyuarat bukan dari parti yang menentang. Apa yang boleh dilihat media di Malaysia merupakan media yang cukup ketinggalan zaman dan pengecut. Mereka hanya mampu mengampu dan taat pada pemerintah. Mungkin suatu hari nanti media tempatan akan dipandang sinis oleh masyarakat. Masyarakat akan meninggalkan media tempatan dan mempercayai media luar. Ini akan merugikan negara dan semangat patriotik akan hilang.
Inilah keadaan sekarang, Malaysia dibelenggu oleh mentaliti kapitalis dan kuku besi. Mereka mengawal dan menyekat penyebaran berita yang benar. Mereka takut dengan kebangkitan rakyat yang benci dengan kongkongan berita yang berat sebelah. Jika Malaysia ingin dihormati oleh rakyatnya dan masyarakat dunia, perubahan dasar penyiaran perlu dibuat untuk menentukan berita yang disampaikan lebih adil dan saksama.
Janganlah kita maju sekadar dalam berita Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 dan lain-lain media Malaysia sahaja tetapi akikatnya Malaysia mundur di sudut mata masyarakatnya sendiri dan masyarakat dunia. Berubahlah untuk menuju kemajuan sebenar bukan sekadar hiasan dalam tajuk-tajuk utama berita sahaja.
No comments:
Post a Comment