Sunday, June 29, 2008

LIWAT - Konspirasi alih isu besar

Sekali lagi Sdr Anwar diuji dengan tuduhan liwat sepertimana yang dialaminya dahulu. Umum mengetahui taktik tak bertamadun ini tidak kemana dan telahpun dibuktikan tidak benar sama sekali. Bagi PR isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih isu besar iaitu Isu kenaikan Minyak dan akaun berkanun Raja Petra kes Altantuya. Saban hari rakyat meratip tentang kesan berantai kenaikan minyak dan ini membuatkan BN cemas untuk berhadapan dengan suara rakyat. Maka bagi mengalih perbualan ini maka isu besar perlu direka. Jadi kita berdoa agar saudara Anwar tetap mendapat perlindungan dari Allah.

Saudara boleh terus ke pautan harakahdaily atau malaysiakini bagi mendapatkan isu terkini kes ini. sekian.

Tuesday, June 24, 2008

PR JANGAN JADI PENIPU MACAM PAKLAH

Pertamanya kita disentak tentang kemenangan PR memerintah 5 negeri + 1 wilayah. Keduanya Kenyataan bahawa 16 sept ini PR akan berada di Putrajaya. Ketiga, kenaikan harga minyak hampir RM3/liter. Keempat, SAPP hilang kepercayaan kepad PM dan ingin usul undi tak percaya, namun gagal usul pun sehingga berita ini ditulis.

setelah 100 hari PR di negeri selain kelantan, Selangor dan Perak negeri yang cukup kuat dibelasah oleh BN seperti kempen pilihanraya sedang berjalan. Ada janji berjaya dilaksanakan tetapi timbul isu lain yang mirip seperti pemerintahan khir toyo juga. Terbaru S/U sulit MB Selangor disiasat kerana didakwa terlibat dengan penyalahgunaan kuasa. Apa yang ingin ditegaskan disini PR jangan mengikuti jejak BN yang mengamalkan tipu dan memeras rakyat dan perkauman.

Friday, June 20, 2008

Menanti PM Baru....PAS dipersimpangan

Senario terkini membayangkan Pakatan Rakyat sudah dekat Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya. Penguasaan terhadap kerajaan Pusat bakal menimbulkan konflik baru dalam perjuangan PAS. Sekadar mengambil contoh sepertimana yang berlaku di Selangor dimana PAS terpaksa berjuang demi rakan atau perjuangan? Isu konsert Mas Idayu dan Ela menimbulkan tanda tanya tentang penguasaan Pas dalam pentadbiran negeri. Dimana kelainan Pakatan dan BN dalam isu konsert dan hiburan.

Selain itu exco kerajaan tempatan pula mensyaratkan semua projek perumahan perlu menyediakan tanah untuk rumah ibadat tanpa saiz. Jika ini terlaksana Surau , Kuil, Gareja dan mana-mana rumah ibadat lain akan berada dalam satu taman perumahan. Adakah ini cadangan yang bijak atau sebaliknya? Pas belum memberi komen atas syarat ini.

Dua contoh diatas sudah cukup membuatkan Pas berada dalam keadaan tertekan antara menjaga rakan atau perjuangan. Pas berada dipersimpangan sekarang diperingkat dasar negeri. Bagaimana pula diperingkat pusat nanti. Apakah Pas merelakan dasar yang tidak selari dengan perjuangan lebur demi mendapat sokongan populis rakyat?

Marilah kita fikirkan.....

Bandingkan Mahfuz dan Salehudin berhujah.


mcm inilah YB PAS....

Wednesday, June 18, 2008

Ucapan yang membuatkan BN bungkus.

saksikan.

Undi Tak Percaya PM Isnin Ini (23June08)

TERBARU (3.00 petang): 'Serangan' pertama SAPP terhadap Barisan Nasional (BN) dilancarkan hari Rabu dengan pengumuman parti itu akan membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri di Dwewan Rakyat, Isnin depan. Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dalam sidang media petang ini berkata, kedua-dua Ahli Parlimennya, iaitu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul berkenaan. Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menentukan siapa yang akan membawa usul undi tidak percaya berkenaan, sama ada Ahli Parlimen SAPP atau ada Ahli Parlimen dari parti lain yang akan berbuat demikian.

Jika undi tidak percaya ini mendapat sokongan yang kuat pada isnin maka lanskap politik negara bakal berubah, dimana PM baru perlu dicari segera bagi mengisi kekosongan ini. Pada kiraan ini telahan Anwar yang mengatakan Pakatan Rakyat sudah hampir ke Putrajaya hampir menjadi realiti.

DUN Sanglang Perlis - PAS Menang Petisyen

Mahkamah Pilihan Raya hari ini memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan berikutan petisyen yang dikemukakan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Bagaimanapun, semua keputusan sama ada Ustaz Hashim diisytiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula dipulangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hakim Pilihan Raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani semasa membaca penghakimannya memutuskan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan dibatalkan berdasarkan tuntutan pertama di dalam petisyen berkenaan.
Namun begitu, bagi tuntutan kedua iaitu mengisytiharkan Ustaz Hashim sebagai pemenang, beliau memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa berdasarkan Seksyen 35C dalam Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 yang telah dimansuhkan pada tahun 2003.

Tuesday, June 17, 2008

Ringkasan Kenaikan Minyak

saksikan video sedutan ucapan mengenai kenaikan harga minyak.

Roslan Aziz BONGOK...




Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik."Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi pada seorang ustaz dan kata pada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya.Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam. Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan keseluruahn PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik. "Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri."Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa."Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

Monday, June 16, 2008

Pelaksanaan Syariah - Pemuda PAS terburu-buru?

Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan. Sementara itu cadangan yang di bawa oleh PAS ini ditentang hebat oleh rakan Pakatan DAP dan PKR.

Persoalannya sekarang , bagaimana PAS ingin membuka fikiran kedua-dua kelompok Parti ini untuk menerima cadangan PAS ini. Penulis merasakan PAS perlu mengambil pendekatan seperti Parti Refah di Turki yang berjaya mengubah satu demi satu perundangan sekular kepada Islam.

Disana Refah tidak menyebut Islam dalam setiap langkah yang diambilnya, tetapi lebih bersifat kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Bilamana rakyat sudah mulai mesra dengan setiap perkara baru yang dilaksanakan maka barulah Refah mengatakan itulah Islam. Maka PAS disaran mengambil metodology serupa dalam menangani isu yang sama disini. Jangan melabelkan perkara itu dan ini adalah Islam sedangkan kebaikannya belum dapat diterima DAP dan PKR.

Komen Nik Aziz tentang kenaikan Minyak

Royalti Terengganu- Bukti PAS betul.

Tahniah kepada rakyat t'ganu yang selama ini dinafikan haknya oleh UMNO selama ini. Tetapi yang menjadi kepelikan kepada kita semua bagaimana pakla boleh memberi hak royalti ini semula sedangkan yang beria-ia minta dikembalikan adalah PAS dan Pakatan Rakyat. Kita semua agak keliru pakla ini perdana menteri BN atau PAS?...Bagaimanapun rakyat t'ganu patut bersyukur dengan pemberian haknya semula.

Thursday, June 12, 2008

ESOK!!!!- DEMO membantah kenaikan harga minyak


sila sertai demo esok bermula dari kg baru ke KLCC...sebarkan kepada kengkawan

Mashitah Tawar diri bertanding


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr. Masitah Ibrahim secara rasminya mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Walaupun sejarah UMNO melihat ‘orang agama’ hayat politik mereka tidak panjang, tetapi bagi Dr. Masitah, perlu ada penyesuaian dalam pendekatan untuk memastikan golongan yang berlatarbelakangkan agama terus relevan dalam perjuangan politik. "Saya tak nak kata orang UMNO tak nak terima (orang agama). Cuma dalam politik ini pembawakan orang agama ini dia lain, mungkin dia terpaksa nak kena jadi sama macam orang yang bukan dari berlatarbelakangkan agama.
p/s- Amcam , kiah petpot, mokyam, Yam Jalil bila nak bertanding? asyik jaguh kampung jerrr

Wednesday, June 11, 2008

Terkilan dengan YB Salehudin?

Banyak rakan-rakan yang menyaksikan debat perdana malam tadi agak terkilan dengan "kurang pedas" dengan hujah YB Salehudin yang mewakili Rakyat malam tadi. Namun sekalung tahniah patut diberikan kepada YB kerana berjaya melontarkan idea-idea bernas...saksikan sedutannya. [minit 4.25 ada sms dari deli kg pulau terpapar]

Tuesday, June 10, 2008

Abdullah Jual Pasir pada Singapura - TUN

"Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus"

Petikan keseluruhan artikel ini boleh dilayari http://chedet.com. Apa motif kepada penjualan ini tiada siapa ketahui.

makin lama-makin parah kerajaan BN pada tika ini, marilah kita panjatkan doa agar Allah memberi kita insan yang beriman dan beramanah untuk memimpin kita.

Monday, June 9, 2008

Pak Lah Potong 10% elaun keraian , PAS Tak Pernah ambil pun.

Elaun keraian melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Mengumumkan langkah-langkah penjimatan yang akan menjimatkan RM2 bilion setahun, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak.
Abdullah berkata penjimatan itu termasuk membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.

Beza benar dengan apa yang dilakukan oleh MB Kelantan Datok Nik Aziz yang selama 18 tahun memerintah tidak pernah mengambil langsung elaun keraian. Ini lah bezanya pemimpin yang berjiwa rakyat dengan pemimpin bernafsu kebendaan.

Bang Mat (Hj Mohd Sabu) pernah berkata bahawa jamuan keraian dirumah Tok Guru cukup sederhana iaitu kuih-muih dan tapai...cukup. Barulah wang rakyat dapat dijimatkan.

Pas telah lama mendahului apa yang baik untuk rakyat berbanding BN. Layak sangatlah Pas memerintah negara.

Anwar Ulangi Pakatan Bakal Perintah Pusat


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.
Menurut Anwar lagi, pengumuman mengenai ahli Parlimen BN menyertai Pakatan akan hanya didedahkan ketika Parlimen sidang.Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya perlu dibincangkan secara terperinci dengan barisan pemimpin Pakatan.Beliau bercakap dalam satu sidang akhbar selepas mengumumkan senarai anggota Majlis Kepimpinan Tertinggi (MP) PKR di ibu pejabat baru parti itu di Tropicana, Damansara.
p/s- cepat la Dato Seri...aku tak sabar nak tengok pemerintahan dan cara baru.

Friday, June 6, 2008

Keratan Akhbar- Menteri Buat-buat Terperanjat

Noh hairan pengusaha bas mahu naikkan tambang
06/06/2008 6:37pm
SHAH ALAM 6 Jun – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mempersoalkan hasrat pengusaha pengangkutan awam yang mahu menaikkan kadar tambang atau caj perkhidmatan sedangkan mereka semua mempunyai kad fleet dan masih menikmati subsidi diesel yang diselaraskan pada harga RM1.43 seliter.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada semua syarikat pengangkutan awam termasuk pengusaha bas, lori dan teksi tersebut supaya tidak menaikkan tambang sesuka hati atau berdepan dengan kemungkinan permit mereka digantung atau ditarik terus. - Utusan

Komen kita senang jer...dah tahu cendana pula, bengap punya menteri. Driver bas pun nak dapat duit lebih sebab tepung, gula , kopi , beras naik. Itu semua perlukan duit tambahan untuk menampung anak bini. kenapa Noh bengap

Thursday, June 5, 2008

T-shirt Parti- Buka untuk perbincangan




Terkini!!!!
Harga Baju Kiri: RM 32 (sulam ) RM 26 (Blok Cetak)
Harga Baju Kanan: RM 31 (Sulam) RM 25 (Blok Cetak)
kedua-dua contoh diatas adalah dibuka untuk perbincangan bagi mendapatkan idea terbaik. Secara kasarnya begini-[Depan atas kiri] --> PAS KG PULAU
[LENGAN KIRI]--> LOGO PAS
[BELAKANG ATAS]--> UPUPULAU2008.BLOGSPOT.COM
sila bagi komen tentang warna baju, warna tulisan dan apa-apa sahaja. sekian. aku bagi masa selama 1minggu.

PERBANDINGAN HARGA MINYAK DUNIA


Sepatutnya Kerajaan BN membandingkan harga petrol dengan negara-negara pengeluar minyak. Bukannya negara singapura atau Thailand. Jadi apa yang kerajaan buat dengan keuntungan Petronas?

Wednesday, June 4, 2008

NAIK LAGI ....MINYAK



Petrol naik 78 sen, diesel RM1
Jun 4, 08 5:04pm
Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Lepas ini macam-macam barang turut naik..ikan,kopi, gula..(Tanya sama alo mesti dia tahu). alahai nasib-nasib

Mari berdoa untuk kemenangan Dun Sanglang Perlis

Kes Dun Sanglang: Peguam UMNO akui salah umum keputusan


Bashir Ishak Wed Jun 04, 08 12:03:32 pm MYT
KANGAR, 4 Jun (Hrkh) - Mahkamah pilihan raya yang bersidang di sini hari ini menyaksikan peguam yang mewakili responden ketiga (Calon BN, Abdullah Hassan) turut mengakui berlakunya kesilapan dalam keputusan pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu yang mengakibatkan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin tidak diisytharkan sebagai pemenang.
Jega Karuppiah yang mewakili Abdullah berkata demikian di hadapan hakim pilihan raya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani yang mendengar kes petisyen pilihan raya Dun N.15 Sanglang.
Minggu lalu, Timbalan Ketua Bahagian Guaman Jabatan Peguam Negara, Dato' Kamaluddin Md Said yang mewakili Mohammad Daud Abdul Hamid (Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Arau) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden pertama dan kedua membuat pengakuan yang sama berkaitan kesilapan tersebut.
Mahkamah yang bersidang minggu lalu mendengar penghujahan tentang bantahan awal yang dikemukakan Abdullah ke atas petisyen tersebut.
Petisyen ini difailkan oleh oleh Ustaz Hashim untuk mengisytiharkan beliau sebagai pemenang dalam PRU pada 8 Mac lalu. Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Dun tersebut diisytiharkan kalah kepada Abdullah dengan majoriti 149 undi.
Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) yang mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.
Hari ini Zainal Adzam sepatutnya memberikan keputusan berkaitan bantahan awal berkenaan. Bagaimanapun setelah pengakuan yang dibuat tentang kesilapan yang berlaku, maka beliau menetapkan esok untuk mendengar penghujahan sama ada mahkamah boleh memerintahkan Ustaz Hashim diisyhtiharkan sebagai pemenang atau diadakan pilihan raya semula.
Menurut Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang mewakili Ustaz Hashim, dalam kes ini sekiranya diadakan pilihan raya semula maka berlakunya ketidakadilan terutamanya kepada para pengundi yang telah memilih Ustaz Hashim dalam PRU yang lalu.
"Kita akan mengemukakan penghujahan esok dan berdasarkan kuasa yang sedia ada pada mahkamah untuk memberikan keadilan, maka sewajarnya Ustaz Hashim perlu diisytiharkan sebagai pemenang,"katanya. - mks.

Tuesday, June 3, 2008

KG PULAU NAMPAK "CLEAR" MELALUI GOOGLE EARTH


Saudara sekalian..
Kini dengan google earth kita dah boleh lihat dengan jelas kedudukan rumah-rumah kita, Masjid dan juga gerai buah tok sidang dari udara. Semua ini dapat dilihat dengan install aplikasi ini kedalam PC kita.
selamat mencuba

Minyak Naik Lagi....."satu lagi projek Kerajaan BN"

KUALA LUMPUR: Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.

Cuba perhatikan alasan kerajaan yang akan diberikan dalam hal ini tetap sama iaitu ....
1) Naik tetapi tidak membebankan...(Naik yang mcm mana yang membebankan rakyat?)
2) Kadar kenaikan masih rendah dalam negara rantau ini....(Kenapa tak banding gaji pekerja rantau ini)
3) Kesan kenaikan harga pasaran dunia....(Kenapa kat Vanuzuela Rm0.30 sen je)

p/s- Nampak gaya air tebu dak rock pun kena naik Rm1.80 lepas ni

Sunday, June 1, 2008

Ezam - Dilema baru UMNO

Tak pasal-pasal UMNO datang satu bala' baru dalam UMNO bilamana Ezam bersama 7 pengikutnya menyertai UMNO. Perasaan sangsi di kalangan ahli cukup ketara sepertimana yang dinyatakan Naib Presiden Muhyiddin Yassin. Hishammudin juga cukup bimbang dengan kehadiran Ezam ini diatas sikap kritis ketika diluar UMNO dahulu. Bagi Kelab penyokong UMNO (Mykmu) Ezam adalah pengkhianat yang tak boleh diterima langsung dalam parti UMNO ini.
Dalam akhbar hari ini Ezam meminta umno memberi ruang yang adil untuknya....nampaknya penerimaannya masih kabur dan diragui lagi. Hujah Ezam amat tidak berasas, penyertaannya hanya tertarik dengan penubuhan suruhanjaya dan memartabatkan BPR. Ezam seolah terlupa dengan kezaliman UMNO/BN yang lain seperti ISA yang masih mencengkam rakyat. Mana letaknya kebijaksanaan Ezam dalam menilai semua ini. Kedua-dua perubahan yang cuba dilakukan Pakla masih awal dan belum ada titik mulanya tetapi Ezam dan meletakkan kakinya dibelakang Pakla. Kalau begini gaya politik Ezam , saya yakin karier politiknya bakal berkubur.

BAPA DAFI TAK RETI BEZA PARTI DAN KERAJAAN


Senarionya begini. Majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah diadakan di podium Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya petang Jumaat. Hadir pada majlis itu ialah Datuk Mokhzani Mahathir selaku Pengerusi SIC. Majlis itu sepatutnya bermula jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob. Di tingkat atas bangunan kementerian itu Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya bermula jam 3 petang.Ia berlarutan hingga jam 6 petang. Di bawahnya pula setelah menunggu hingga jam 5 petang majlis dimulakan tanpa kehadiran menteri. Akhirnya mengapa Ismail Sabri tidak muncul walaupun majlis berkenaan cuma dibawah bangunan itu saja terjawab semasa sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-kabinetnya. Baginya ia soal semata-mata soal prinsip.Ini berikutan tindakan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu umum keluar UMNO pada 21 Mei lalu.


Umum nya , Bapa Dafi ini kena menyedari bahawa lantikan Mokhzani adalah lantikan dalam Kerajaan bukannya lantikan UMNO. Adakah SIC itu kepuyaan UMNO? Dangkal benar menteri UMNO/BN ini. Pemikiran macam UMNO kampung (macam kamal Lopong) untuk mentadbir Kementerian belia dan Sukan.