Wednesday, June 18, 2008

Undi Tak Percaya PM Isnin Ini (23June08)

TERBARU (3.00 petang): 'Serangan' pertama SAPP terhadap Barisan Nasional (BN) dilancarkan hari Rabu dengan pengumuman parti itu akan membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri di Dwewan Rakyat, Isnin depan. Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dalam sidang media petang ini berkata, kedua-dua Ahli Parlimennya, iaitu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul berkenaan. Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menentukan siapa yang akan membawa usul undi tidak percaya berkenaan, sama ada Ahli Parlimen SAPP atau ada Ahli Parlimen dari parti lain yang akan berbuat demikian.

Jika undi tidak percaya ini mendapat sokongan yang kuat pada isnin maka lanskap politik negara bakal berubah, dimana PM baru perlu dicari segera bagi mengisi kekosongan ini. Pada kiraan ini telahan Anwar yang mengatakan Pakatan Rakyat sudah hampir ke Putrajaya hampir menjadi realiti.

No comments: