Elaun keraian melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Mengumumkan langkah-langkah penjimatan yang akan menjimatkan RM2 bilion setahun, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak.
Abdullah berkata penjimatan itu termasuk membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.
Beza benar dengan apa yang dilakukan oleh MB Kelantan Datok Nik Aziz yang selama 18 tahun memerintah tidak pernah mengambil langsung elaun keraian. Ini lah bezanya pemimpin yang berjiwa rakyat dengan pemimpin bernafsu kebendaan.
Bang Mat (Hj Mohd Sabu) pernah berkata bahawa jamuan keraian dirumah Tok Guru cukup sederhana iaitu kuih-muih dan tapai...cukup. Barulah wang rakyat dapat dijimatkan.
Pas telah lama mendahului apa yang baik untuk rakyat berbanding BN. Layak sangatlah Pas memerintah negara.
No comments:
Post a Comment