Friday, August 27, 2010

YB DAP Masuk Masjid



Terbaru, isu ADUN dari DAP masuk surau..dikatanya wanita ini telah menghina Islam, dan PAS secara langsung dipersalahkan kerana kelakuan ADUN ini..
Alasan mereka, sebab tak tutup aurat..tak pakai tudung...dan alasan sebab tak mandi junub (hadas besar).

Jadi, kita nak tanya , kalau wanita bukan Islam dilarang masuk masjid atas alasan tak mandi junub atau sedang datang haid, apakah lelaki bukan Islam yang dikatakan boleh masuk masjid telah mandi junub? Mereka ini tahukah apa tu mandi junub? sah ke mandi junub dorang?..ada ke dlm syarat2 bukan Islam yg ingin memasuki masjid/surau hendaklah mandi junub dahulu?

Bagaimana pula dengan kontraktor cina yang pasang lampu, aircond , microphone dan plaster syiling di dalam masjid. Kenapa kita tak kecoh pasal itu?
Gambar atas ni antara contoh (pelancong) bukan Islam yg melawat masjid Putrajaya , Apakah wanita dan lelaki ini telah suci dari hadas besar, sudah mandi junub, dan wanita itu tidak datang bulan (haid).

Kesimpulannya, tiada dalil yang melarang, maka hukumnya harus. Banyak kelebihan kepada dakwah jika mereka datang ke masjid, dapat menyaksikan bagaimana orang Islam melakukan ibadat dan mendengar khutbah/ceramah dsb. Ulama' menjelaskan bahawa pelawat2 ke masjid ini hendaklah ditemani oleh orang Islam, dan hendaklah mereka berpakaian menutup aurat.

Obama juga pernah memasuki masjid di Turki, tiada kesalahan oleh mana-mana ulama pun, tetapi Umno meletakkan satu kesalahan disini.

Sunday, August 22, 2010

Sumbangan Derma untuk Mat Jawa



Pas Kg Pulau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang turut sama menyumbang kepada qariah kita yang ditimpa musibah pada 1ogos yang lalu. Terima kasih tak terhingga kepada Badan perhubungan dan Pas kawasan Masjid Tanah yang turut sama menjayakan program ini. sekian.

Saturday, August 21, 2010

Guan Eng Ganti Agong?

tak pasal-pasal ketua umno cawangan membuat dakwaan bahawa dia mendengar khatib menyebut nama LGE tanpa menyebut nama agong dalam khutbah ke2. Yang peliknya ada ustaz(ustaz Umno) yang berpendapat menyebut nama agong didalam khutbah adalah rukun dan boleh menjejaskan ibadah solat jumaat....aduh..sedih mendengar penjelasan ustaz separuh masak itu.

Umno buat isu macam budak tadika yang mungkin tidak dapat air kotak. Balik kerumah dgn merungut dan membuat tuduhan tak masuk akal. Cerita sebenarnya begini khatib meminta Allah membukakan hati LGE dan kerajaan pimpinannya agar menerima Islam sebagai cara pemerintahannya. Itu sahaja tanpa menyebut mana-mana pembesar selepas itu. Ini yang membuatkan Umno mencari isu murahan dengan mengatakan LGE ganti Agong. apapunya lemah pemikiran Umno ni.....

Tuesday, August 17, 2010

RAMAI LAGI BELUM DAFTAR NGUNDI...

dari database untuk lokaliti kg ini...ramai lagi anak muda yang lahir selepas tahun 1980 yang masih belum mendaftar ngundi...setakat ini jumlah anak muda yang telah mendaftar seramai 212 orang....harap sebar-sebarkan.

Tuesday, August 10, 2010

PAS PULAU LANCAR RAYUAN DERMA UNTUK MAT JAWA

TARIKH: 10 August 2010 /29 Syaaban
RUJ: MEMO/2010(2)

RAYUAN DERMA UNTUK EN MUHAMMAD (MAT JAWA)

Pada 1 ogos yang lalu telah berlaku satu muhsibah kepada En Mohd (Mat Jawa) dikampung Seri Jeram. Seluruh rumah beliau telah dijilat api dan hangus sama sekali. Alhamdulilah beliau sempat menyelamatkan diri.

Pas cawangan kampung Pulau turut merasa simpati terhadap apa yang menimpa En Mohd (Mat Jawa) ini, maka rayuan derma dilancarkan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung beliau sekeluarga. Oleh yang demikian Pas amat berbesarhati jika Tuan/Puan dapat menghulurkan sedikit sumbangan dan akan diserahkan En Mohd dalam masa terdekat.

Sumbangan bolehlah disalurkan kepada saudara Khalid ditalian (012-9267115).


“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”

Monday, August 9, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN KAREM.

PAS KG PULAU MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DIBULAN RAMADHAN PADA KALI INI 2010.

Saturday, August 7, 2010

MEMO UNTUK AJK MASJID AL-RAZAK KG PULAU

PENAMBAHBAIKKAN TERHADAP RUNGUTAN KELEMAHAN URUSAN HAL KEMATIAN OLEH JAWATANKUASA MASJID AL-RAZAK KG PULAU.

Bila berlakunya kematian kerapkali ahli waris arwah pasti merungut tentang urusan pengalian kubur, mandi dan mengkafan mayat. Ini kerana sering berlaku “tarik tali” oleh pihak yang berkaitan dengan mencari alasan untuk mengelak dari memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh anak qariah.

Dengan kesuntukan masa, ahli waris simati terpaksa meraba-raba mencari individu yang boleh menyumbang tenaga untuk mengali kubur dan juga mereka yang arif dalam hal berkaitan mandi, kafan dan urusan kematian. Ada juga kes di mana anak qariah terpaksa menjemput bilal luar untuk mandi mayat. Tidakkah ini menampakkan kedaifan dan kelemahan pihak masjid Al-Razak sendiri.

PAS kampung Pulau adalah sebahagian anak qariah turut merasa malu atas kejadian yang semakin tidak terkawal ini. Oleh itu Pas ingin mencadangkan agar pihak Masjid Al-Razak mengambil ketetapan dan langkah berikut:-
1. Memantau individu yang berkaitan dalam urusan kematian dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang suka mencari alasan bila berlakunya kematian. Langkah memecat dan mengantikan dengan individu yang lebih bertanggungjawab.

2. Memikirkan kaedah yang lebih moden dalam penggalian kubur seperti pengunaan “backhoe” seperti di negeri Selangor. Jika ini memerlukan modal yang besar, pihak masjid Al-Razak boleh merintis idea dengan berkongsi modal bersama masjid-masjid yang berdekatan didalam Dun atau Parlimen ini. Kemudahan ini sudah tentu akan dapat diguna bersama kelak bila adanya kematian.

3. Mengenal pasti calon-calon pengganti kepada pengawai syarak dari awal dengan membiayai mereka yang berminat ke kursus atau kelas-kelas agama yang ada dianjurkan.

4. Menggalakkan dan memberi pendedahan kepada semua anak qariah tentang kemestian dan kepedulian dalam mengurus hal kematian keluarga terdekat. Ini dapat dilakukan dengan memperbanyakkan kelas pengajian di surau dan diluar masjid.

Akhirnya PAS memang berharap perkara ini dapat direalisasikan dengan mengorak langkah segera bagi kebaikan anak qariah bersama. Sekian

“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”

TAKZIAH- Rumah Mat Jawa (Baulu) Terbakar.


pada 1ogos 2010, tepat jam 1.38 ptg rumah saudara kita Mat Jawa (ayah taukeh baulu) telah terbakar hanggus sama sekali.