Friday, August 27, 2010
YB DAP Masuk Masjid
Terbaru, isu ADUN dari DAP masuk surau..dikatanya wanita ini telah menghina Islam, dan PAS secara langsung dipersalahkan kerana kelakuan ADUN ini..
Alasan mereka, sebab tak tutup aurat..tak pakai tudung...dan alasan sebab tak mandi junub (hadas besar).
Jadi, kita nak tanya , kalau wanita bukan Islam dilarang masuk masjid atas alasan tak mandi junub atau sedang datang haid, apakah lelaki bukan Islam yang dikatakan boleh masuk masjid telah mandi junub? Mereka ini tahukah apa tu mandi junub? sah ke mandi junub dorang?..ada ke dlm syarat2 bukan Islam yg ingin memasuki masjid/surau hendaklah mandi junub dahulu?
Bagaimana pula dengan kontraktor cina yang pasang lampu, aircond , microphone dan plaster syiling di dalam masjid. Kenapa kita tak kecoh pasal itu?
Gambar atas ni antara contoh (pelancong) bukan Islam yg melawat masjid Putrajaya , Apakah wanita dan lelaki ini telah suci dari hadas besar, sudah mandi junub, dan wanita itu tidak datang bulan (haid).
Kesimpulannya, tiada dalil yang melarang, maka hukumnya harus. Banyak kelebihan kepada dakwah jika mereka datang ke masjid, dapat menyaksikan bagaimana orang Islam melakukan ibadat dan mendengar khutbah/ceramah dsb. Ulama' menjelaskan bahawa pelawat2 ke masjid ini hendaklah ditemani oleh orang Islam, dan hendaklah mereka berpakaian menutup aurat.
Obama juga pernah memasuki masjid di Turki, tiada kesalahan oleh mana-mana ulama pun, tetapi Umno meletakkan satu kesalahan disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment