Tuesday, August 10, 2010

PAS PULAU LANCAR RAYUAN DERMA UNTUK MAT JAWA

TARIKH: 10 August 2010 /29 Syaaban
RUJ: MEMO/2010(2)

RAYUAN DERMA UNTUK EN MUHAMMAD (MAT JAWA)

Pada 1 ogos yang lalu telah berlaku satu muhsibah kepada En Mohd (Mat Jawa) dikampung Seri Jeram. Seluruh rumah beliau telah dijilat api dan hangus sama sekali. Alhamdulilah beliau sempat menyelamatkan diri.

Pas cawangan kampung Pulau turut merasa simpati terhadap apa yang menimpa En Mohd (Mat Jawa) ini, maka rayuan derma dilancarkan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung beliau sekeluarga. Oleh yang demikian Pas amat berbesarhati jika Tuan/Puan dapat menghulurkan sedikit sumbangan dan akan diserahkan En Mohd dalam masa terdekat.

Sumbangan bolehlah disalurkan kepada saudara Khalid ditalian (012-9267115).


“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”

No comments: