Monday, December 29, 2008

Akhirnya...Rahim layak bertanding

apa nak dikato...UMNO semakin hamlau hinggakan dah tidak pandai nak memilih pemimpin.


Akhirnya, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berjaya mendapat lessen melayakkan dirinya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO setelah berjaya mendapatkan pencalonan ke—20.

Beliau memperolehi pencalonan berkenaan daripada UMNO Bahagian Seremban yang bersidang semula hari Sabtu.

Turut dicalonkan bagi jawatan itu iialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Mengulas mengenai pencalonannya itu, Rahim yang juga pemerhati Majlis Tertinggi (MT) ke persidangan Bahagian itu bersyukur kerana mendapat pencalonan yang melayakkannya bertanding.

Tambahnya, walaupun agak lewat melepasi kouta syarat layak bertanding dan jumlah pencalonan yang terendah di kalangan calon-calon lain, Rahim yakin untuk meraih undi dalam pemilihan akan datang.

Monday, December 15, 2008

Ali Rustam Yang bangang...bahalol

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, ini menunjukkan Ali Rustam tidak matang dan mengambarkan sikap sebenar pemimpin Umno yang membuat keputusan berdasarkan dendam politik semata-mata.

"Kalau tak boleh kenapa tak dibuat secara menyeluruh dan diisytiharkan oleh Perdana Menteri agar semua tak boleh lawat Kelantan, adakah Ali Rustam lebih bijak daripada Perdana Menteri dan Menteri Besar lain.

Ali Rustam mana pernah cerdik..macam JKKK kampung aje standard pemikirannya..Macam JKKK umno Lubuk Redan...patut benarlah kepala Babi melekat kat gate rumahnya.

Saturday, December 6, 2008

Shah Rukh Khan dapat Datuk akhirnya




Minat punya pasal, Ali ketam beri title Datuk pada Shah Rukh Khan. YB karim pulak jadi exco penggiring.

Friday, December 5, 2008

P.KECIL K TERANGGANU- PAS MAHU MENANG




marilah kita berdoa agar calon Pas di Tganu diberi kemenangan nanti oleh ALLAH

Thursday, November 27, 2008

SELAMAT BERSIDANG - PKR



Sabtu dan ahad ini, seluruh negara tertumpu di Stadium Melawati Shah Alam terhadap kongress PKR . Kalau ada masa pergi la melawat

Saturday, November 22, 2008

Isu Babi satu konspirasi - Analisis

Baru ini gempar isu kepala babi disangkut dirumah Cikgu Rawi Kg Lubuk Redan. Dengan kejadian tersebut maka ada pihak tertentu yang menggunakan sentimen kaum melayu bertindak mengangtung pelbagai banner dan menganjurkan perhimpunan di Pekan Kuala Sg Baru.

Kalau dilihat dari sudut lain , isu ini segaja ditimbulkan bagi meraih sokongan kepada parti atau individu tertentu. Ini berkemungkinan telah ada "mastermind" yang bertindak agar kaum melayu dinegeri ini dimomok dgn isu perkauman sempit. Maka Babi dijadikan alasan.

Kita yakin pihak pengusaha babi di Paya Mengkuang tidak bertindak bodoh dengan mengangtung kepala babi dirumah cikgu Rawi.Tetapi ada tangan ghaib yang bertindak diatas dua sebab.

1) Membangkitkan semula Isu babi di Negeri ini, bagi menunjukkan kelemahan Ali Rustam dalam menangani kes yang berlarutan sampai hari ini. Ali yang sedang bertarung bagi kerusi no2 pasti akan tercalar prestasi nya kerana gagal selesaikan isu babi.

2) Ingin membangkitkan perasaan marah kaum melayu dan akan mereka berharap bersatu dibawah UMNO semula bagi melawan kaum cina.

oleh itu PAS, PKR , DAP diminta tidak terikut-ikut dengan konspirasi ini.

2)

Wednesday, November 19, 2008

Pengebom Bali Syahid


Misteri Tanda Syahid Amrozi Cs Terkuak

Jum'at, 14-11-2008 | 10:58:12 WIB


Merekapun tetap tersenyum

Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar, atas kondisi jenasah ketiga syuhada Bali . Betapa tidak, ketiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan, meski mereka 'tidak sedang berperang' melawan musuh Islam.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Kantor Berita Islam Muslimdaily.net mendapat ijin dari pihak keluarga, yang diwakili oleh Bp. Ali Fauzi, untuk mempublikasikan photo dua mujahid Bali yakni Amrozi dan Ust. Mukhlas. Bp Ali Fauzi berpesan agar photo ini disebarluaskan untuk memberikan bukti nyata atas misteri dan polemik yang terjadi ke atas Mujahid Bali, terutama Syuhada Tenggulun, terkait status mereka, apakah mati syahid atau tidak. Disamping itu memberikan hikmah nyata kepada seluruh kaum Muslimin bahwa perjuangan Islam yang mereka lakukan benar-benar ikhlas untuk tingginya kalimat Allah, dan bukan sekedar untuk aksi pamer.

Sebagaimana syuhada yang gugur dalam medan jihad, photo kedua syuhada Tenggulun terlihat tersenyum dengan barisan gigi yang terlihat rapi. Apalagi yang terjadi dengan Amrozi. Senyuman khas "The Smiling Bomber" yang seiring dengan kedua mata yang terbuka, terlihat seakan-akan bertemu dengan sesuatu yang membuat kagum. Mungkin sepasang bidadari yang menyambut ramah.

Kondisi tak jauh berbeda terjadi dengan jenasah Ust. Mukhlas. Ulama yang jago berorasi ini memperlihatkan senyuman dengan mata yang juga terbuka. Wajah bersih pun menjadi pertanda yang lain. Wajah bersih yang juga dimiliki oleh sang "Mujahid Hacker," Imam Samudera alias Abdul Azis. Imam memperlihatkan wajah tampan dan bersih, persis dengan kondisi Ust. Mukhlas.

Disamping analisis photo ketiga Mujahid Bali tersebut, keterangan dari lapangan makin memperkuat bukti bahwa ketiga pelaku aksi jihad tersebut adalah para Mujahidin, mereka telah memiliki niat yang tulus dan menemui kematian sebagai seorang syuhada. Berikut adalah bukti dan persaksian dari lapangan.

1. Salah satu pelayat yang kebetulan ikut hadir di kediaman Hj. Tariyem adalah Ust. Abdul Rachim Ba'asyir. Menyaksikan bahwa ketika keranda jenasah masuk dan kain penutup keranda dibuka, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan. Bila merupakan wangi dari minyak wangi, tak akan mampu mengalahkan bau badan para pengunjung dan tidak akan dapat memberikan aroma dengan kadar wangi yang sama." Allahu Akbar. Itu bukan bau minyak wangi. Bukan. Tapi bau wangi dari asy syahid," kata beliau.

2. Selain itu, masih menurut Ust, Abdul Rachim, ketika kain penutup wajah dari Ust. Mukhlas di buka, terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di bagian muka. Kondisi yang sama yang terjadi dengan mereka yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan. Seakan Ust. Mukhlas merasakan kegerahan yang sama yang dengan kegerahan yang dialami oleh para pelayat beliau.

3. Sebagaimana dilansir oleh beberapa media nasional, seperti detik.com, nampak jelas terlihat fenomena datangnya tiga burung hitam di atas kediaman syuhada. Ketiga burung ini jelas bukan burung Gagak seperti yang banyak diberitakan di media, karena memiliki leher yang panjang. Mereka datang begitu saja berputar-putar selama kurang lebih tujuh menit, dan kemudian pergi berpencar. Dua burung hitam terbang ke arah Timur, mereka merepresentasikan diterimanya amalan jihad Ust Mukhlas dan Amrozi, dan satu burung hitam terbang ke Barat, sebagai pertanda syahid atas diri 'Mujahid Hacker' Imam Samudera. Fenomena datangnya burung hitam ini sempat membuat suasana haru dengan teriakan takbir para pelayat.

4. Seperti penuturan adik kandung Imam Samudera, Lulu Jamaludin, kakaknya menampakkan keanehan ketika akan dimasukkan dalam liang lahat. Bau wangi juga tercium dari jenasah Imam. Selain itu luka bekas tembakan peluru tajam terus menerus mengalirkan darah segar. Aliran darah ini keluar seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka. Masih menurut Lulu juga, wajah kakaknya lebih bersih dan tampan dari biasanya.

Kabar terakhir baru saja diterima oleh salah satu kru muslimdaily.net. Beberapa hari yang lalu, tepatnya tiga hari setelah pemakaman Amrozi dan Ust. Mukhlas, keluarga Hj. Tariyem meminta beberapa orang untuk menjaga makam. Hal ini dilakukan untuk menghindari dan menjaga hal-hal yang tidak diinginkan. Beberapa diantara mereka yang ikut jaga adalah Sumarno, Baror, Rosyidin, Mashudi dan beberapa santri pondok Al Islam Tenggulun Lamongan. Mereka mengatakan mencium bau wangi keluar dari dalam kubur (makam). Bau wangi yang sama saat mereka pertama kali membuka kain penutup jenasah syuhada. Namun, bau wangi ini bukan seperti bau dari minyak wangi yang biasa mereka pakai atau dipakai oleh orang kebanyakan.


Jelas sudah keterangan yang diberikan Allah s.w.t. lewat kebesaran-Nya. Meski banyak pihak yang membantah, memberikan suara sumbang, dan menggalang opini massa untuk memojokkan status para Mujahid Bali , serta membuat makar melalui kaki tangan aparat pemerintah, namun Allah berkehendak lain. Dan siapakah sebaik-baik pembuat makar ? (far/MD)

Sunday, November 16, 2008

SIAPA ADA BUKU NI?


SESIAPA YANG ADA MENYIMPAN BUKU NI?...CHEGU BARD SEDANG GIAT MENCARI...

Friday, November 14, 2008

Tuesday, November 11, 2008

UMNO..oh UMNO...


Saksikan Gelagat Dalam Pemilihan UMNO


Monday, November 10, 2008

BIJAK KE...POTONG CARUMAN 3%

Aku agak kecewa besar dengan tindakan kerajaan yang membuat pengurangan caruman EPF daripada 11% kepada 8%,penurunan sebanyak 3 %.Sebab pada pandangan aku tindakan tu tindakan orang tak sekolah,takde akal.Tak layak jadi menteri.Sebab tak relevan langsung dan sebenarnya tak membantu langsung rakyat.Kalau gaji aku Rm2000,gaji bersih aku akan bertambah lah Rm60.Ingat RM60 tu banyak ke?Memang membantu sangat ke?Rm60,2 3 hari belanje dah abis dah.Kita sepatutnya menyimpan sebab aku rasa kalau nak menyimpan sendiri memang susah.Tapi sekarang ni kerajaan suruh pulak kita membelanjakan duit simpanan kita.Seolah-olah macam kerajaan kata "Hah,inilah sumbangan kami kepada anda semua,belanjalah duit tu ikut anda" Padahal itu sebenarnya duit kita jugak,takde kaitan langsung dengan kerajaan pun!Banyak lagi benda diorang boleh buat.Turunkan cukai kereta dan motor.Mungkin announce "Bulan ni anda tak payah bayar installment kenderaan anda.Kerajaan tak nak cukai anda dan kami akan bayarkan installment anda untuk sebulan ni.Sayangilah kerajaan anda"(Aku bagi cadangan ni sebab aku tau anda pun sudah sedia maklum perihal cukai kenderaan kat Malaysia ni)Aku rasa banyak lagi cadangan lagi baik yang kerajaan boleh perkenalkan berbanding dengan penurunan potongan EPF ni.Aku tak berapa ada cadangan nak bagi sebab aku bukan menteri,cuma aku rasa EPF tu penting pada aku dan biarlah potong banyak sekalipun,aku rasa simpanan tu bagusMungkin kalau nak buat perubahan pasal EPF ni,apa yang boleh diubah bukannya buat penurunan.Tapi buat KENAIKAN.Kenaikan INTEREST dia,naikkan la dalam 8% ke?Kata Valuecap boleh untung sekejap je.Takkan la tak nak bagi langsung duit untung tu kat pencarum?Mana fair camni.

Tuesday, November 4, 2008

Obama atau Mc Cain- Rakyat US mengundi hari ini

Siapa pun yang bakal menjadi Presiden US pada esok hari tiada bezanya kerana dasar yahudi memain peranan besar dalam pentadbiran US. Jadi usah diendah apa keputusannya.

Friday, October 31, 2008

RAZAK TERLEPAS

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Abdul Razak Abdullah Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, pagi tadi.
Namun, tegasnya, isu berkaitan undang-undang masih belum selesai.
"Pendakwaan masih mencurigakan. Siasatan tidak telus dan menimbulkan banyak kecurigaan kepada masyarakat," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk mengikuti sidang mahkamah yang mendengar permohonan memindahkan kes liwat beliau ke Mahkamah Tinggi.
Menurut Anwar, kes pembunuhan Altantuya itu telah dijalankan secara tidak profesional kerana badan kehakiman bersifat menindas apabila kes-kes melibatkan pembesar.
"Kes ini melibatkan Najib (Timbalan Perdana Menteri) dengan penyebaran SMS, tetapi kenapa ia tidak disiasat secara telus," katanya.
Tambah Anwar, apabila melibatkan kes berkenaan, banyak bukti seperti SMS tidak dikaji secara terperinci

Sunday, October 26, 2008

Orang kuat Markaz tercedera.

sedikit perkara sedih yang menimpa saudara faizal (Dato sheik) yang tercedera setelah serpihan besi tersusuk ke betis nya ketika sedang memesin rumput. Diharap saudara/i yang membaca blog ini dapat ziarah beliau.

Monday, October 20, 2008

SHAMSIAH FAKEH?

Shamsiah Fakeh ialah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.
Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya] (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah dari PKM, Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.
Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Friday, October 17, 2008

Khairy yang disisihkan.

1.Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno.

2.Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.

3.Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.

4.Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula
pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh.

5.Datuk Mukhriz dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Khairi kerana, arus sekarang ialah orang benci pada Pak Lah kerana gagal capai keputusan cemerlang dalam PRU 12. Kebetulan pula Datuk Mukhriz orang yang langtang kritik Pak Lah lepas pilihanraya, suaranya senada dengan bapanya.

6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Khairi inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Khairi baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.

7.Kita pun tidak nampak apa agenda Datuk Mukhriz hendak bawa dalam Pemuda Umno. Yang kita tengok ia lebih kepada emosi dan sentimen kemarahan pada Pak Lah, kerana bapa dia marah Pak Lah batal jambatan bengkok, tukar CEO Proton dan lain-lain isu peribadi yang melibatkan kepentingan dirinya. Kita tidak dengar agenda yang besar
yang akan dibawa oleh Datuk Mukhriz. Dari segi pemikiran agama dan tindakan ia akan bersikap macam bapa beliau nanti.

8.Datuk Mukhriz patut kena ada wawasan untuk membetulkan sistem dan ekonomi yang rosak sejak bapa beliau memerintah 22 tahun. Sistem kehakiman, penggunaan dana awam,
masalah sosial yang rosak teruk sekarang. Inilah yang beliau kena lakukan bukan agenda peribadi.

9.Saya yakin pemuda Pas dan pemuda Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang memimpin pemuda Umno, adinda-adinda saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti Umno yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negar ini. Khairi atau Mukhriz sama sahaja.

Tuesday, October 14, 2008

ALI KETAM DAN SHAHRUKH KHAN

ketawa bila mendengar Melaka dibawah TYT (bekas s/u UMNO) akan memberi gelaran Datok kepada aktress Bollywood Shahrukh Khan. Begitu murah dan mudah pangkat sebegitu besar ini diberikan kepada pelakon yang tiada jasa sedikit habuk kepada Malaysia maupun negeri Melaka.

Apa jadahnya Ali Ketam ni...nampak akan kebodohan kepimpinan UMNO/BN di Melaka . Ini boleh dijadikan senjata makan tuan ketika pemilihan UMNO sedang rancak berjalan. Insan kurang cerdik ini ingin dilantik ke No2 memimpin negara? ...ghenti kan lerr.

Pas Melaka sudah mengeluarkan kenyataan kesal diatas pemberian ini. Begitu juga dengan persatuan seniman negara. Ali Ketam memang ada darah campuran mamak , mungkin juga dia sangat berminat untuk memberi "datok" kepada artis filem kuch-kuch ta heeee.

Saturday, October 4, 2008

Gambar sekitar Majlis Hari Raya 3/10/08





alhamdulilah majlis yang dirancang terlaksana dengan meriahnya. Tanpa ada perancangan majlis ini telah diserikan dengan kehadiran PJ Melaka Ust Abd Ghani abd Rahman.

Tahniah

Monday, September 29, 2008

MARKAZ TERBUKA RAYA.


PAS KG PULAU MENJEMPUT SEMUA WARGA KG PULAU, PENDOKONG & PERJUANG KE MAJLIS MARKAZ TERBUKA RAYA PADA JUMAAT 3HB OKTOBER BERSAMAAN 3HARI RAYA BERTEMPAT DI MARKAZ PAS KG PULAU.

MAJLIS BERMULA JAM 9.00 MALAM.

SEMUA DIJEMPUT HADIR. SEKIAN.

Friday, September 26, 2008

RAYA

seluruh warga AJK PAS Caw Kg Pulau mengucapkan SELAMAT HARI LEBARAN , MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, September 23, 2008

DSAI Jumpa TN Guru - Bincang apa ntah.

pertemuan terkini antara YB DSAI dengan Tn Guru Nik Aziz & Tn Guru Hj Hadi. Dipercayai sedang sibuk membincangkan isu peralihan kuasa yang kecoh diperkatakan.

Marilah kita berdoa...agar semuanya berjalan lancar.

Thursday, September 18, 2008

ANWAR MINTA PAKLA ADAKAN SIDANG TERGEMPAR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Wednesday, September 10, 2008

Tshirt Pas- Tarikh tutup Jumaat ini

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI DAN PENDOKONG PARTI...TARIKH TUTUP PENEMPAHAN TSHIRT PARTI AKAN DITUTUP PADA JUMAAT INI. SILA BERTINDAK SEGERA .sila hubungi saya atau angah kalid/arjuna untuk tempahan. sekian

Tuesday, September 9, 2008

BN P Pinang berpecah- UMNO dakwa Cina malaysia mcm yahudi

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

Monday, September 8, 2008

Iftar (Buka Puasa) Pas Kg Pulau

Insyaallah kita akan mengadakan satu majlis iftar (buka Puasa) peringkat cawangan kg Pulau pada 20hb sept 08 bertempat di markaz kita. Oleh kerana bulan ini merupakan bulan dimana Al-Syahid ibrahim Libya (ahli Pas) yang dibunuh kejam di Memali, maka kita akan pertontontan semula video tentang pengkisahan kes ini kepada hadiran sebelum tiba waktu berbuka.

Seperti biasa semua diminta membawa juadah ringkas (kuih muih) dan sejadah. Hubungan ukhwah yang kita ingin kan.

sekian. sebarkan.

Thursday, September 4, 2008

BN semakin gentar.

Menurut sumber yang boleh dipercayai BN sedang memaksa semua ahli parlimen BN menghadiri majlis "retreat" yang akan diadakan diluar negara dari 7 hingga 19 september. Ini berikutan ancaman pembentukan kerajaan baru pada 16 september ini sepertimana didakwa YB Anwar.

sumber-suara keadilan-

Tuesday, September 2, 2008

Terkini Pasal Baju


Terkini!!!!
Harga Baju Kiri: RM 32 (sulam ) RM 26 (Blok Cetak)
Harga Baju Kanan: RM 31 (Sulam) RM 25 (Blok Cetak)
amcam setuju tak? SMS kat aku segera..


Robot Solat buatan UIA



layan aje la

Monday, September 1, 2008

Belanjawan 2009 umpama Gula-gula getah "chewingum"

Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM 209.7 bilion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 bilion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 bilion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM 197.2 bilion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 bilion kepada RM 154.2 bilion. Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.

Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan Umno-BN berbanding meraih populariti yang kian hilang.

RM 35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM 4.4 bilion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM 35 bilion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!

Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM

Sunday, August 31, 2008

YB Anwar sibuk berbincang

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

"Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

"Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

"Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA & SELAMAT BERPUASA


Seluruh warga AJK Pas Cawangan Kg Pulau ingin mengucapkan salam Merdeka dan juga selamat berpuasa kepada seluruh ahli ,pendokong PAS dan penduduk Kg Pulau.

Wednesday, August 27, 2008

Ayuh YB Anwar...

Paklah dalam reaksi awalnya mengatakan "BN tetap kuat". Najib pula "ini bukti demokrasi". Syed Hamid lagi jauh " Pilihanraya paling ganas dalam malaysia". Khairy, Hisham lembik tiada komen. Seluruh jentera BN terutamanya UMNO cukup terluka kali kedua setelah luka pada 8 Mac lalu masih berdarah lagi. Keputusan PPauh umpama menyapu garam pada luka yang belum sembuh.Tinggalkan cerita Umno disitu, biar mati beragan.

PR cukup selesa pada ketika ini, namun cabaran kedua adalah mengatur langkah mcm mana mahu mengambil Putrajaya dlm "step" seterusnya. Bagi PR Anwar adalah ikon atau simbol perjuangan dan pembelaan rakyat. Dalam hal ini bagaimana PAS ingin mewarnai adunan PR ini yang menjadi tandatanya sekarang. Memang kita berhasrat menabalkan Tn Guru Hj Hadi sebagai PM jika boleh...tapi kita kena faham realiti pakatan longgar ini masih belum menerima idea dan corak pimpinan PAS sebagai pimpinan no 1 negara. Oleh itu kita ambil jalan tengah atau " win-win situation" iaitu Pas lebih mudah berdakwah dan membawa Islam bersama PR berbanding BN/UMNO. Itu matlamat kita...Jadi Ayuh YB Anwar.

Monday, August 25, 2008

UMNO kena Sumpah...


IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Saturday, August 23, 2008

Imbasan 2007- Puteri UMNO Sambut merdeka





Sedihnya parti cap ayam orang melayu ini yang gagal memahami antara halal dan haram. Membaca Al-Quran memang bagus, tetapi cara pakaian aduhai seksi melampau.

Friday, August 22, 2008

BN TURUN MINYAK KERANA TAKUT PENGARUH ANWAR.

Selepas sekian lama berdolak dalik tentang harga runcit minyak, hari ini kerajaan Paklah mengumumkan
harga runcit turun sebanyak 15sen mulai esok. Sebelum ini Paklah ada berkata minyak akan diturunkan pada 1sept nanti bukannya dalam waktu terdekat . Apa sudah jadi? jawapannya Paklah bohong lagi...

Dulupun paklah pernah berbohong tentang tarikh pembubaran parlimen...jadi apasaje yang dicakap paklah, rakyat tetap kata paklah bohong.

Tidak seperti Anwar apa yang diungkapkan pasti dilaksanakan cuma pendekatan dan tarikhnya mungkin berubah-ubah, tetapi matlamat tetap dibuat.

Syabas Anwar, BN/UMNO gerun dengan aura kamu...

Thursday, August 21, 2008

Fitnah terkini untuk Anwar.

Semakin dekat tarikh pembuangan undi, makin galak gelagat UMNO/BN menabur fitnah bagi menyekat kemaraan Anwar. Terbaru mengenai timbalan menteri UMNO mendakwa Anwar pernah mengacau dan mengoda isteri beliau. tak pasal-pasal isu ini timbul...aduhai UMNO/BN apalagi fitnah yang kau ada keluarkan lah lagi.

Wednesday, August 20, 2008

Tersirat disebalik sumpah Saiful.


Okeh..aku amat2 berdebar-debar,dua tiga hari ni kepala aku ligat je nak buat research pasal Sumpah oleh Saiful Bukhari.Jadi,sebab dah ada orang kecoh2 pasal orang yang temankan dia menyumpah-nyumpah tu,ini hasil research aku.

Kalau anda tengok gambar di atas,ada dinyatakan Saiful ditemani oleh bapanya dan juga Imam Masjid Wilayah,Ramlang Porigi.Ok la tu,cukup la tu,saksi yang ada pun dah kukuh dah tu.(gambar dari Utusan Malaysia)

Tapi membaca pasal siapa yang hadir tu membuatkan aku nak tau jugak,siapa saksi2 yang ada tu.Sebab:

1) Kes ni kes yang sangat besar,seorang lelaki bersumpah yang dia telah diliwat lelaki lain

2) Untuk kes yang mempunyai magnitud sebesar ni,ia dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa pemberitahuan kepada umum.

3) Orang yang paling layak mengadili muhalabah Saiful ni mestilah seorang yang boleh dipercayai dan juga sangat-sangat dihormati.Mesti orang yang dipilih adalah paling cikai pun IMAM BESAR MASJID

Dan apa yang aku dapat?
Ramlang Porigi?Imam Masjid Wilayah?Hahahahaha.

Dia bukannya Imam Besar pun.Dia seorang Pembantu Hal Ehwal Islam.Aku bukan nak menidakkan kebolehan dan ilmu Encik Ramlang kita ni tapi untuk kes yang sebegini besar,takkanlah seorang Pembantu Hal Ehwal Islam dihantar untuk menjadi saksi.

Jadi,hanya ada 2 orang saksi.Satu,bapa Saiful.Satu lagi, Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Wilayah. Dia Juga adalah merupakan ahli UMNO Caw Sri Machang Bkt Mertajam PPauh (No ahli: 03405843)Yang paling menghairankan aku,bila aku bukak website Masjid Wilayah,website tu kosong.Takde apa.Hanya ada skrin putih.Adakah sebab takut rahsia terbongkar?(tapi dah terlambat pun)

Paling best,pegang Al-Quran pakai tangan kiri.Skrip sumpah pegang tangan kanan.Mana satu lagi suci adik oi?Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh call 03 62018780 ext.158 dan boleh bercakap terus dengan Encik Ramlang Porigi.

Cara Muat turun Video dalam internet..

Banyak rakan-rakan bertanya tentang untuk download video dalam internet .

caranya:-

1. Download aplikasi realplayer disini

2. Install aplikasi ini setelah download.

3. Restart PC...dan anda boleh download mana-mana video dlm internet . selamat mencuba.

Tuesday, August 19, 2008

GELAGAT PUTERI UMNO



memang tak malu dan tak bermaruah gelagat puteri umno yang tidak dipaparkan oleh media BN/Umno.

Saturday, August 16, 2008

SAIFUL ALJUBORI BODOH

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.
"Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.
Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.
Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.
Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.
Hukum yang disebut sebagai li'an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.
Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.
"Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.
"Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral," tegasnya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.
"Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
"Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah," katanya lagi.
Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.
Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.
"Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada," ujarnya lagi.
Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.
"Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila," katanya.
Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.- tajdid_

Wednesday, August 13, 2008

PPauh - Umno dah perang saraf

Terkini- BN/Umno telah mula menabur dakyah bahawa Lim Kit Siang akan dilantik sbg Tmb Perdana Menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan pada 16 sept ini. Ini merupakan perang saraf yang cukup licik bagi membangkitkan kemarahan orang melayu di permatang pauh...

Umno /Bn juga telah membuat dua versi kabinet bayangan dimana versi kedua meletakkan Haji Hadi dilantik Timb Perdana Menteri. Dengan itu kedua-dua versi ini maka orang melayu dan cina di PPauh pasti marah dan boleh menjatuhkan Anwar. Harap jelas dengan perkara ini.

Tuesday, August 12, 2008

PAS ancam keluar Pakatan?


Hari ini Dato seri presiden menyatakan akan keluar dari sebahagian gabungan PR jika Islam tidak menjadi tunggak kepada pentadbiran kerajaan baru 16 sept ini. Dengan penegasan terbaru ini bakal menimbulkan tandatanya kemana halatuju Pas selepas ini.


Lagi amat menyedihkan kenyataan ini dikeluarkan disaat PR sedang berhadapan dengan Pilihanraya kecil PP44 PPauh dimana DSAI adalah calon nya. Bagi kita ahli bawahan cukup terkeliru dengan cakap-cakap sebegini.


DAP yang cukup keras kepala dengan ideologi kesamarataan dalam bangsa dan agama cukup mengusarkan pakatan lain khususnya Pas. Apapun kita mengharapkan DSAI dapat merungkaikan semua persoalan ini dengan bijak agar UMNO/BN terus berkubur.