Paklah dalam reaksi awalnya mengatakan "BN tetap kuat". Najib pula "ini bukti demokrasi". Syed Hamid lagi jauh " Pilihanraya paling ganas dalam malaysia". Khairy, Hisham lembik tiada komen. Seluruh jentera BN terutamanya UMNO cukup terluka kali kedua setelah luka pada 8 Mac lalu masih berdarah lagi. Keputusan PPauh umpama menyapu garam pada luka yang belum sembuh.Tinggalkan cerita Umno disitu, biar mati beragan.
PR cukup selesa pada ketika ini, namun cabaran kedua adalah mengatur langkah mcm mana mahu mengambil Putrajaya dlm "step" seterusnya. Bagi PR Anwar adalah ikon atau simbol perjuangan dan pembelaan rakyat. Dalam hal ini bagaimana PAS ingin mewarnai adunan PR ini yang menjadi tandatanya sekarang. Memang kita berhasrat menabalkan Tn Guru Hj Hadi sebagai PM jika boleh...tapi kita kena faham realiti pakatan longgar ini masih belum menerima idea dan corak pimpinan PAS sebagai pimpinan no 1 negara. Oleh itu kita ambil jalan tengah atau " win-win situation" iaitu Pas lebih mudah berdakwah dan membawa Islam bersama PR berbanding BN/UMNO. Itu matlamat kita...Jadi Ayuh YB Anwar.
No comments:
Post a Comment