Senarionya begini. Majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah diadakan di podium Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya petang Jumaat. Hadir pada majlis itu ialah Datuk Mokhzani Mahathir selaku Pengerusi SIC. Majlis itu sepatutnya bermula jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob. Di tingkat atas bangunan kementerian itu Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya bermula jam 3 petang.Ia berlarutan hingga jam 6 petang. Di bawahnya pula setelah menunggu hingga jam 5 petang majlis dimulakan tanpa kehadiran menteri. Akhirnya mengapa Ismail Sabri tidak muncul walaupun majlis berkenaan cuma dibawah bangunan itu saja terjawab semasa sidang akhbar selepas mesyuarat pasca-kabinetnya. Baginya ia soal semata-mata soal prinsip.Ini berikutan tindakan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu umum keluar UMNO pada 21 Mei lalu.
Umum nya , Bapa Dafi ini kena menyedari bahawa lantikan Mokhzani adalah lantikan dalam Kerajaan bukannya lantikan UMNO. Adakah SIC itu kepuyaan UMNO? Dangkal benar menteri UMNO/BN ini. Pemikiran macam UMNO kampung (macam kamal Lopong) untuk mentadbir Kementerian belia dan Sukan.
1 comment:
Umat Islam Perlu Betulkan Cara Berfikir
Kemajuan memang diperlukan,
Tapi bukan mengejar kemajuan korbankan iman,
Iman tidak boleh ditukar dengan kemajuan,
Membangun tidak salah
Membangunlah! Membangunlah!
Tapi jangan mengabaikan perintah Allah,
Perintah Allah itu keselamatan kita dunia Akhirat,
Hendak maju, majulah, tidak salah,
Tetapi bukan mengejar kemajuan
Korbankan maruah bangsa, maruah negara,
Lebih-lebih lagi maruah agama,
Maruah agama ada hubungan dengan Tuhan,
Tuhan adalah segala-galanya,
Maruah bangsa dan negara, lebih-lebih lagi agama,
Mesti dipertahankan,
Kalau perlu dipertahankan dengan nyawa,
Nyawa itu adalah murah,
Maruah bangsa, negara dan agama,
Tidak ada tukarannya,
Jadi umat Islam samada pemimpin ataupun rakyatnya,
Jangan kerana mengejar kemajuan
Macam orang kafir mengejar kemajuan,
Tidak fikir halal haram
Dan tidak fikir Tuhan,
Umat Islam ada caranya yang tersendiri,
Tak sama orang kafir,
Orang kafir hanya memikirkan hidup di dunia semata-mata,
Orang Islam hidup Akhirat lebih utama,
Sebab di Akhirat destinasi akhir kita,
Di sana kita berlama-lama,
Tidak diukur dengan masa,
Hidup di dunia ini,
Walau seindah manapun adalah murah,
Dibandingkan hidup di Akhirat,
Jangan kita tertipu dengan kehidupan orang kafir,
Sebab itu Tuhan nak mengingat orang Islam
Di dalam Al Quran yang maksudnya:
"Janganlah memperdayakan kamu
serba adanya orang kafir di dalam negara"
Setengah negara umat Islam mengejar kemajuan,
Kemajuan tidak dapat dicapai,
Tapi iman sudah dikorbankan,
Kemajuan tidak sampai ke mana,
Tetapi syariat Tuhan sudah diabaikan,
Jadi umat Islam samada pemimpin atau rakyat jelata
Kena betulkan cara berfikir,
Kalau salah berfikir kita akan menjadi hamba orang,
Seperti yang berlaku kepada dunia Islam hari ini.
Pesanan RockBugis
Post a Comment