Saturday, August 7, 2010

MEMO UNTUK AJK MASJID AL-RAZAK KG PULAU

PENAMBAHBAIKKAN TERHADAP RUNGUTAN KELEMAHAN URUSAN HAL KEMATIAN OLEH JAWATANKUASA MASJID AL-RAZAK KG PULAU.

Bila berlakunya kematian kerapkali ahli waris arwah pasti merungut tentang urusan pengalian kubur, mandi dan mengkafan mayat. Ini kerana sering berlaku “tarik tali” oleh pihak yang berkaitan dengan mencari alasan untuk mengelak dari memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh anak qariah.

Dengan kesuntukan masa, ahli waris simati terpaksa meraba-raba mencari individu yang boleh menyumbang tenaga untuk mengali kubur dan juga mereka yang arif dalam hal berkaitan mandi, kafan dan urusan kematian. Ada juga kes di mana anak qariah terpaksa menjemput bilal luar untuk mandi mayat. Tidakkah ini menampakkan kedaifan dan kelemahan pihak masjid Al-Razak sendiri.

PAS kampung Pulau adalah sebahagian anak qariah turut merasa malu atas kejadian yang semakin tidak terkawal ini. Oleh itu Pas ingin mencadangkan agar pihak Masjid Al-Razak mengambil ketetapan dan langkah berikut:-
1. Memantau individu yang berkaitan dalam urusan kematian dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang suka mencari alasan bila berlakunya kematian. Langkah memecat dan mengantikan dengan individu yang lebih bertanggungjawab.

2. Memikirkan kaedah yang lebih moden dalam penggalian kubur seperti pengunaan “backhoe” seperti di negeri Selangor. Jika ini memerlukan modal yang besar, pihak masjid Al-Razak boleh merintis idea dengan berkongsi modal bersama masjid-masjid yang berdekatan didalam Dun atau Parlimen ini. Kemudahan ini sudah tentu akan dapat diguna bersama kelak bila adanya kematian.

3. Mengenal pasti calon-calon pengganti kepada pengawai syarak dari awal dengan membiayai mereka yang berminat ke kursus atau kelas-kelas agama yang ada dianjurkan.

4. Menggalakkan dan memberi pendedahan kepada semua anak qariah tentang kemestian dan kepedulian dalam mengurus hal kematian keluarga terdekat. Ini dapat dilakukan dengan memperbanyakkan kelas pengajian di surau dan diluar masjid.

Akhirnya PAS memang berharap perkara ini dapat direalisasikan dengan mengorak langkah segera bagi kebaikan anak qariah bersama. Sekian

“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”

1 comment:

Nazri Ramli said...

Bolehkah Fahaman Politik diketepikan dalam menstrukturkan semula organisasi Masjid?