Sunday, August 31, 2008

YB Anwar sibuk berbincang

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

"Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

"Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi," katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

"Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat)," kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA & SELAMAT BERPUASA


Seluruh warga AJK Pas Cawangan Kg Pulau ingin mengucapkan salam Merdeka dan juga selamat berpuasa kepada seluruh ahli ,pendokong PAS dan penduduk Kg Pulau.

Wednesday, August 27, 2008

Ayuh YB Anwar...

Paklah dalam reaksi awalnya mengatakan "BN tetap kuat". Najib pula "ini bukti demokrasi". Syed Hamid lagi jauh " Pilihanraya paling ganas dalam malaysia". Khairy, Hisham lembik tiada komen. Seluruh jentera BN terutamanya UMNO cukup terluka kali kedua setelah luka pada 8 Mac lalu masih berdarah lagi. Keputusan PPauh umpama menyapu garam pada luka yang belum sembuh.Tinggalkan cerita Umno disitu, biar mati beragan.

PR cukup selesa pada ketika ini, namun cabaran kedua adalah mengatur langkah mcm mana mahu mengambil Putrajaya dlm "step" seterusnya. Bagi PR Anwar adalah ikon atau simbol perjuangan dan pembelaan rakyat. Dalam hal ini bagaimana PAS ingin mewarnai adunan PR ini yang menjadi tandatanya sekarang. Memang kita berhasrat menabalkan Tn Guru Hj Hadi sebagai PM jika boleh...tapi kita kena faham realiti pakatan longgar ini masih belum menerima idea dan corak pimpinan PAS sebagai pimpinan no 1 negara. Oleh itu kita ambil jalan tengah atau " win-win situation" iaitu Pas lebih mudah berdakwah dan membawa Islam bersama PR berbanding BN/UMNO. Itu matlamat kita...Jadi Ayuh YB Anwar.

Monday, August 25, 2008

UMNO kena Sumpah...


IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

Saturday, August 23, 2008

Imbasan 2007- Puteri UMNO Sambut merdeka





Sedihnya parti cap ayam orang melayu ini yang gagal memahami antara halal dan haram. Membaca Al-Quran memang bagus, tetapi cara pakaian aduhai seksi melampau.

Friday, August 22, 2008

BN TURUN MINYAK KERANA TAKUT PENGARUH ANWAR.

Selepas sekian lama berdolak dalik tentang harga runcit minyak, hari ini kerajaan Paklah mengumumkan
harga runcit turun sebanyak 15sen mulai esok. Sebelum ini Paklah ada berkata minyak akan diturunkan pada 1sept nanti bukannya dalam waktu terdekat . Apa sudah jadi? jawapannya Paklah bohong lagi...

Dulupun paklah pernah berbohong tentang tarikh pembubaran parlimen...jadi apasaje yang dicakap paklah, rakyat tetap kata paklah bohong.

Tidak seperti Anwar apa yang diungkapkan pasti dilaksanakan cuma pendekatan dan tarikhnya mungkin berubah-ubah, tetapi matlamat tetap dibuat.

Syabas Anwar, BN/UMNO gerun dengan aura kamu...

Thursday, August 21, 2008

Fitnah terkini untuk Anwar.

Semakin dekat tarikh pembuangan undi, makin galak gelagat UMNO/BN menabur fitnah bagi menyekat kemaraan Anwar. Terbaru mengenai timbalan menteri UMNO mendakwa Anwar pernah mengacau dan mengoda isteri beliau. tak pasal-pasal isu ini timbul...aduhai UMNO/BN apalagi fitnah yang kau ada keluarkan lah lagi.

Wednesday, August 20, 2008

Tersirat disebalik sumpah Saiful.


Okeh..aku amat2 berdebar-debar,dua tiga hari ni kepala aku ligat je nak buat research pasal Sumpah oleh Saiful Bukhari.Jadi,sebab dah ada orang kecoh2 pasal orang yang temankan dia menyumpah-nyumpah tu,ini hasil research aku.

Kalau anda tengok gambar di atas,ada dinyatakan Saiful ditemani oleh bapanya dan juga Imam Masjid Wilayah,Ramlang Porigi.Ok la tu,cukup la tu,saksi yang ada pun dah kukuh dah tu.(gambar dari Utusan Malaysia)

Tapi membaca pasal siapa yang hadir tu membuatkan aku nak tau jugak,siapa saksi2 yang ada tu.Sebab:

1) Kes ni kes yang sangat besar,seorang lelaki bersumpah yang dia telah diliwat lelaki lain

2) Untuk kes yang mempunyai magnitud sebesar ni,ia dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa pemberitahuan kepada umum.

3) Orang yang paling layak mengadili muhalabah Saiful ni mestilah seorang yang boleh dipercayai dan juga sangat-sangat dihormati.Mesti orang yang dipilih adalah paling cikai pun IMAM BESAR MASJID

Dan apa yang aku dapat?
Ramlang Porigi?Imam Masjid Wilayah?Hahahahaha.

Dia bukannya Imam Besar pun.Dia seorang Pembantu Hal Ehwal Islam.Aku bukan nak menidakkan kebolehan dan ilmu Encik Ramlang kita ni tapi untuk kes yang sebegini besar,takkanlah seorang Pembantu Hal Ehwal Islam dihantar untuk menjadi saksi.

Jadi,hanya ada 2 orang saksi.Satu,bapa Saiful.Satu lagi, Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Wilayah. Dia Juga adalah merupakan ahli UMNO Caw Sri Machang Bkt Mertajam PPauh (No ahli: 03405843)Yang paling menghairankan aku,bila aku bukak website Masjid Wilayah,website tu kosong.Takde apa.Hanya ada skrin putih.Adakah sebab takut rahsia terbongkar?(tapi dah terlambat pun)

Paling best,pegang Al-Quran pakai tangan kiri.Skrip sumpah pegang tangan kanan.Mana satu lagi suci adik oi?Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh call 03 62018780 ext.158 dan boleh bercakap terus dengan Encik Ramlang Porigi.

Cara Muat turun Video dalam internet..

Banyak rakan-rakan bertanya tentang untuk download video dalam internet .

caranya:-

1. Download aplikasi realplayer disini

2. Install aplikasi ini setelah download.

3. Restart PC...dan anda boleh download mana-mana video dlm internet . selamat mencuba.

Tuesday, August 19, 2008

GELAGAT PUTERI UMNO



memang tak malu dan tak bermaruah gelagat puteri umno yang tidak dipaparkan oleh media BN/Umno.

Saturday, August 16, 2008

SAIFUL ALJUBORI BODOH

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.
"Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.
Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.
Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.
Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.
Hukum yang disebut sebagai li'an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.
Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.
"Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.
"Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral," tegasnya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.
"Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
"Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah," katanya lagi.
Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.
Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.
"Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada," ujarnya lagi.
Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.
"Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila," katanya.
Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.
Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.- tajdid_

Wednesday, August 13, 2008

PPauh - Umno dah perang saraf

Terkini- BN/Umno telah mula menabur dakyah bahawa Lim Kit Siang akan dilantik sbg Tmb Perdana Menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan pada 16 sept ini. Ini merupakan perang saraf yang cukup licik bagi membangkitkan kemarahan orang melayu di permatang pauh...

Umno /Bn juga telah membuat dua versi kabinet bayangan dimana versi kedua meletakkan Haji Hadi dilantik Timb Perdana Menteri. Dengan itu kedua-dua versi ini maka orang melayu dan cina di PPauh pasti marah dan boleh menjatuhkan Anwar. Harap jelas dengan perkara ini.

Tuesday, August 12, 2008

PAS ancam keluar Pakatan?


Hari ini Dato seri presiden menyatakan akan keluar dari sebahagian gabungan PR jika Islam tidak menjadi tunggak kepada pentadbiran kerajaan baru 16 sept ini. Dengan penegasan terbaru ini bakal menimbulkan tandatanya kemana halatuju Pas selepas ini.


Lagi amat menyedihkan kenyataan ini dikeluarkan disaat PR sedang berhadapan dengan Pilihanraya kecil PP44 PPauh dimana DSAI adalah calon nya. Bagi kita ahli bawahan cukup terkeliru dengan cakap-cakap sebegini.


DAP yang cukup keras kepala dengan ideologi kesamarataan dalam bangsa dan agama cukup mengusarkan pakatan lain khususnya Pas. Apapun kita mengharapkan DSAI dapat merungkaikan semua persoalan ini dengan bijak agar UMNO/BN terus berkubur.




Baju Parti- Belum nampak bayang




Dimaklumkan bahawa idea nak buat baju parti masih belum nampak bayang. Ini kerana pembekal hanya ada design yang tak berapa sesuai dengan apa yang kita plan. Jadi aku buka pada semua yang ada kontraktor lain yang boleh buat ...boleh masuk tender. Kroni pakla pun bole.




Forum "Islam"- Hasil idea Hadhari

Banyak konspirasi keluar pasal forum Majlis Peguam tempoh hari.Ada yang kata itu kerja UMNO.Ada yang kata itu kerja orang bukan Islam nak jatuhkan umat Islam.Entah la.
Apa yang diorang bincangkan pun aku tak berapa jelas.Kesnya lebih kurang macam ni (yang aku paham la):Seorang lelaki India yang telah memeluk Islam telah meng-Islamkan dua anaknya tanpa pengetahuan isteri nya sendiri.Aku tak sure bini dia tu ikut sekali convert ke Islam ke tidak,rasanya tak sebab kalau dah convert kenapa nak dijadikan isu pulak.Mungkin perbincangan forum tu lebih kepada hak-hak seseorang itu untuk memilih agama yang mereka inginkan.
Kalau begitulah kesnya,isterinya ada hak untuk bersuara kerana pilihan itu sepatutnya dibuat oleh kedua-dua pihak dengan persetujuan suami dan isteri tersebut.Pada aku,bila kita dah menganut satu agama tu dan anak2 kita dah menganut agama yang kita anuti,tak semudah itu kita nak suka-suka tukar agama anak kita tu sendiri2.
Kerana isteri dia masih lagi beragama asal,India.Sepatutnya pihak si suami tu berbincang dengan isterinya macam mana yang elok dan mungkin suami sepatutnya juga mengajak isterinya masuk Islam kerana benda tu dah jadi wajib (kecuali diorang dah bercerai)Aku tak nampak kesalahan diadakan forum untuk membincangkan benda2 tu dan sebagai seorang umat Islam aku tak rasa pun kemuliaan Islam tergugat sebab hal-hal macam tu dibawak berbincang ramai-ramai.Ini kerana isteri tu ada hak juga dekat anak-anak dia walaupun dia bukan Islam,dia still manusia dan ibu dekat anak-anak dia (kecuali dia ni seorang mak yang teruk)Mintak maaf kalau apa yang aku tulis ni silap ke tapi daripada apa yang aku baca,itu lah yang aku faham.Ramai betul yang sensitif pasal isu-isu agama kat Malaysia ni tak semestinya semua benda yang orang Islam buat tu betul.Berjuang atas nama Islam tu bagus tapi kadang-kadang bukak dulu mata dan tengok apa benda yang korang perjuangkan tu.
Biasanya kita yang berjuang mati-matian ni tak dapat apa-apa pun,pihak lain yang untung.Ada orang yang cuba buatkan umat Islam marah padahal yang cuba buat orang Islam marah tu pun orang Islam sendiri.Jadi,kalau ada beberapa orang Islam yang akal dia singkat nak berjuang tak tentu hala,jangan ikut.Tu bukan Islam.Tu Islam Hadhari.

Monday, August 11, 2008

UMNO diminta bayar 218 Juta


Umno diminta menulaskan hutang nya kepada syarikat2 yang menyediakan Tshirt, Banner, Banting, Badge dll semasa kempen Pilihanraya 2004. Kini semua syarikat yang terlibat telah membuat tuntutan kepada UMNO/BN



Padan muka UMNO...pandai berhutang..

Thursday, August 7, 2008

Debat Lagi...Lim Guan Eng VS Koh Tsu Koon



Satu lagi debat terbuka akan diadakan diantara DAP dan Gerakan bagi merungkai masalah rakyat dinegeri PPinang. Kedua-dua tokoh ini telah menyatakan persetujuan namun tarikh debat masih dalam perbincangan.

Apa kesudahannya? kita tunggu

Wednesday, August 6, 2008

Terkini- PPauh 26/8, Anwar diminta ke Mahkamah Esok

Pihanraya kecil akan diadakan pada 26/8 dimana hari penamaan calun pada 16/8 ini. Sementara itu Anwar telah diminta hadir ke mahkamah esok dan mungkin didakwa kononnya kes liwat ke atas dirinya.

Monday, August 4, 2008

Itik Gembo-gembo bersara 2009

Selepas Pakla ingin mengumumkan akan bersara pada tahun 2010, hari ini Kak Fidah pulak membuat tindakan yang sama tetapi lebih awal dari Paklah. Kita mengharapkan akan ada lagi selepas ini pimpinan umno yang turut serta kerana riwayat Umno sudah hampir padam.

Tak tahu la kita bila abg kamal kita (bob) nak bersara.

Friday, August 1, 2008

JOM TURUN PMTG PAUH.

Bakal perdana menteri ke6 akan bertanding di Pmtg Pauh kerusi tradisi nya sebelum ini. Kalau dikira prestasi di Parlimen ini mmg sukar BN untuk tembusi pengaruh Sdr Anwar disini. Kita juga mengharapkan begitu agar hasrat PR terlaksana nanti.