Banyak konspirasi keluar pasal forum Majlis Peguam tempoh hari.Ada yang kata itu kerja UMNO.Ada yang kata itu kerja orang bukan Islam nak jatuhkan umat Islam.Entah la.
Apa yang diorang bincangkan pun aku tak berapa jelas.Kesnya lebih kurang macam ni (yang aku paham la):Seorang lelaki India yang telah memeluk Islam telah meng-Islamkan dua anaknya tanpa pengetahuan isteri nya sendiri.Aku tak sure bini dia tu ikut sekali convert ke Islam ke tidak,rasanya tak sebab kalau dah convert kenapa nak dijadikan isu pulak.Mungkin perbincangan forum tu lebih kepada hak-hak seseorang itu untuk memilih agama yang mereka inginkan.
Kalau begitulah kesnya,isterinya ada hak untuk bersuara kerana pilihan itu sepatutnya dibuat oleh kedua-dua pihak dengan persetujuan suami dan isteri tersebut.Pada aku,bila kita dah menganut satu agama tu dan anak2 kita dah menganut agama yang kita anuti,tak semudah itu kita nak suka-suka tukar agama anak kita tu sendiri2.
Kerana isteri dia masih lagi beragama asal,India.Sepatutnya pihak si suami tu berbincang dengan isterinya macam mana yang elok dan mungkin suami sepatutnya juga mengajak isterinya masuk Islam kerana benda tu dah jadi wajib (kecuali diorang dah bercerai)Aku tak nampak kesalahan diadakan forum untuk membincangkan benda2 tu dan sebagai seorang umat Islam aku tak rasa pun kemuliaan Islam tergugat sebab hal-hal macam tu dibawak berbincang ramai-ramai.Ini kerana isteri tu ada hak juga dekat anak-anak dia walaupun dia bukan Islam,dia still manusia dan ibu dekat anak-anak dia (kecuali dia ni seorang mak yang teruk)Mintak maaf kalau apa yang aku tulis ni silap ke tapi daripada apa yang aku baca,itu lah yang aku faham.Ramai betul yang sensitif pasal isu-isu agama kat Malaysia ni tak semestinya semua benda yang orang Islam buat tu betul.Berjuang atas nama Islam tu bagus tapi kadang-kadang bukak dulu mata dan tengok apa benda yang korang perjuangkan tu.
Biasanya kita yang berjuang mati-matian ni tak dapat apa-apa pun,pihak lain yang untung.Ada orang yang cuba buatkan umat Islam marah padahal yang cuba buat orang Islam marah tu pun orang Islam sendiri.Jadi,kalau ada beberapa orang Islam yang akal dia singkat nak berjuang tak tentu hala,jangan ikut.Tu bukan Islam.Tu Islam Hadhari.
No comments:
Post a Comment